13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Kuala Krai, Kelantan | Khalifah Media Networks – Kuala Krai adalah salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri, Kelantan dan juga jajahan kedua terbesar selepas Gua Musang. Bandar ini amatlah popular dengan tanaman pokok getah yang menjadi salah satu sumber ekonomi yang penting. Walaupun daerah ini aktif dalam sektor pertanian tapi siapa sangka, tempat ini juga mempunyai tempat makan yang menarik terutamanya

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Kuala Krai, Kelantan ini.

 

1. DAGO COFFEE – KAFE

Buntu nak pergi kafe mana? Jangan risau, anda cuba singgah di Dago Coffee ini. Kalau nak tahu, Dago Coffee adalah salah satu kafe yang masih ramai tak tahu lagi. Anda pasti akan terpukau melihatnya kerana hiasan dalamannya cukup estetik dan memang sesuai untuk anda yang sukakan instagramable. Bukan setakat tu saja, menu yang ada disini pun cukup mengiurkan. Rata rata pengunjung disini pun mengesyorkan kepada orang ramai untuk datang kesini. Rugi tau. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Dago ini di Dt 02, Jalan Dataran Peladang, Pekan Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 12:30 tengah hari hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-9668853.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/DAGOCOFFEE/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dagocoffee.my/

 

2. ANGORA COFFEE HOUSE – KAFE

Tiba tiba perut terasa kosong? Jangan risau, anda boleh mengisi perut anda yang kosong itu di Angora Coffee House. Untuk pengetahuan anda, dekat sini mereka ada menyediakan pelbagai jenis menu dengan resipi authentic oleh Abichef. Anda pasti akan menambah nambah punya. Lebih lebih lagi kafe ini memperoleh 4.9 bintang di Google Review. Memang best! Dah lah sedap menjilat jari, harga pun cukup berpatutan. Memang sesuai lah kalau ingin makan bersama kawan kawan atau tersayang. Nampak menarik, bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Anggora Coffee House ini di PT 6261, Taman MDKKU pahi, Pahi, 18000 Kuala Krai, Kelantan dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu pada 1 petang hinga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-2532801.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/abi.chef.9/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/angoracoffeehouse/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@angoracoffeehouse

 

3. LEPAK CAFE – KAFE

Anda mahu melepak bersama kawan kawan tapi tak tahu dekat mana yang best? Jangan risau, anda boleh singgah di Lepak Cafe ini. Kalau nak tahu, Lepak Cafe adalah salah satu port lepak yang cukup popular dalam penduduk setempat. Dekat sini, mereka ada menawarkan pelbagai menu yang pasti anda akan rambang mata punya. Antaranya ialah Chicken Chop Bigshow, Burger XXL Leleh, Cheezy Meatball Sandwich, Fish & Chip, Burgembira, Burger Hot Dog, Bing Su, Makanan Panas Family Set dan banyak lagi. Memang terliur dibuatnya. Bukan setakat nampak lazat tapi harga yang ditawarkan pun cukup berbaloi.

Lokasi ini di Batu 3, Jalan Tandop, Tandop, 05400 Alor Setar, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 4 petang hingga 12:30 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:  012-2700139.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/lepakcafe59/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/cafelepak/

 

4. NASKEN COFFEE DASKOH – KAFE

Masih ragu ragu dengan kafe di atas? Jangan risau, anda boleh cuba di Nasken Coffee Daskoh. Untuk pengetahuan anda, Nasken Coffee Daskoh adalah sebuah kafe yang cukup menarik untuk anda kunjungi di Kuala Krai ini. Kafe ini memperoleh 4.9 bintang di Google Review. Rata rata pengunjung disini berpuas hati dengan perkhidmatan disini. Ada bermacam macam jenis menu yang anda boleh cuba, antaranya ialah Americano, Latte, Latte Salted Caramel, Latte Classic Hazelnut, Chicken Chop, Light Bites, Nasi Lemak, Thai Cuisines, Western Food dan banyak lagi. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di PT 5685, Tingkat Bawah, Complex AW126, Lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang, Pekan Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-9052456.

BUSINESS PAGE: https://naskencoffee.com/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/naskencoffee/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Kuala Krai ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kuala Krai ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply