13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Bukit Bintang Kuala Lumpur | Kuala Lumpur adalah ibu kota Malaysia yang terkenal dengan bangunan pencakar langit, kepelbagaian budaya, makanan yang sedap dan pemandangan yang unik. Anda boleh cari street food, melawat tempat – tempat ikonik, taman tema air atau larikan diri dari cuaca panas dengan lawatan balik hari ke Genting Highlands.
Bukit Bintang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari luar negara. Kedudukannya yang berada di tengah – tengah Bandaraya Kuala Lumpur buatkan ianya menjadi lokasi wajib untuk anda lawati. Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Jalan Alor
Jalan Alor adalah syurga bagi para food hunting di luar sana! Masakan tidak, makanan yang bakal kalian temui di sini tidak hanya tertumpu pada makanan dari Malaysia sahaja, tetapi juga makanan dari negara lain seperti Thailand, Vietnam serta banyak lagi. Antara gerai makanan yang popular adalah Sangkaya Coconut Ice Cream dan Oyster. Wah terasa lapar pula bercakap tentang makanan ini.
2. Berjaya Times Square
Berjaya Times Square ini miliki 2,260 premis yang menjadikannya antara pusat tawar menawar paling mesra pelanggan dengan banyak pilihan produk. Bukan itu sahaja, di sini kalian berpeluang nikmati ‘The First Largest Indoor Theme Park’ yang dianggap taman tema indoor yang lengkap dengan penghawa dingin dan tidak terganggu oleh faktor cuaca walau pun hari hujan.
3. Menara Kuala Lumpur (KL Tower)
Menara KL atau dikenali juga sebagai Kuala Lumpur Tower ini berada di kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas. Ianya adalah menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan yang ke-7 tertinggi di dunia. Antara tarikan menarik di sini adalah pengalaman melihat 360 – darjah pemandangan Kuala Lumpur secara keseluruhannya.
4. Pasar Seni
Pasar Seni adalah sebuah lokasi pasar yang kaya dengan hasil kraf tangan. Terdapat banyak kedai yang menjual barangan lokal dan koleksi cendera mata. Pada awalnya, Pasar Seni ini lebih dikenali sebagai pasar basah dan kemudian diangkat menjadi tapak bersejarah oleh Jabatan Warisan Negara.
5. Museum Illusion Kuala Lumpur
Bagi mereka yang suka pergi ke muzium, kalian boleh singgah untuk jalan – jalan di Muzium Ilusi. Harga tiket untuk masuk ke sini adalah RM35 (dewasa). Kalian miliki peluang meneroka sebuah dunia ilusi sepanjang berada di sini. Muzium ini berkonsepkan abad ke-21 yang menawarkan pengalaman muzium interaktif dan akan membuat kalian berasa teruja.
6. Sungei Wang
Sungei Wang adalah pusat membeli belah yang terpanjang di Kuala Lumpur. Ia dibuka untuk perniagaan sejak tahun 1977 dengan keluasan 1.2 juta kaki persegi. Wah kalian boleh bayangkan betapa luasnya tempat ini. Ia turut miliki 3 pecahan ruang parking bawah tanah yang luas.
7. Kedai Jepun Baharu

Sempadan Jepun kekal ditutup untuk pelancong bebas, tetapi jika anda benar – benar memerlukan dos itu dan anda tetap ke KL, pergi ke Bukit Bintang, di mana pertubuhan Jepun telah berkembang pesat. Apabila ia membuka kedai Malaysia pertamanya di Lot 10 di Bukit Bintang pada Mac 2021, mereka menggunakan penjenamaan SG untuk konsistensi serantau.
8. Halab KL
Restoran ini berada di Bukit Bintang dan dibuka hingga lewat malam. Makanannya asli dan perkhidmatannya cepat. Minuman adalah hebat. Mereka juga melayan sheesha. Pinggan mezze dan kambingnya sangat mengagumkan. Shawarma adalah segar dan dihidangkan dengan sos bawang putih zingy.
9. Pavilion KL
Dibuka pada tahun 2007, Pavilion KL adalah sebuah kompleks berkeluasan 1.37 juta kaki persegi yang memberi pengalaman membeli – belah outdoor dan indoor kepada para pengunjung. Bukan sekadar kompleks membeli – belah, Pavilion KL juga menempatkan blok pejabat dan dua buah menara residen.
10. Plane in the City
Untuk pengalaman percutian atau keseronokan hujung minggu yang mustahil dapat dilupakan, anda boleh rancang untuk melawat Plane in the City. Di sini, anda miliki peluang untuk merasai pengalaman ‘menaiki’ kapal terbang Boeing 737. Selain itu anda juga boleh memasuki ruang kokpit di mana anda boleh bergaya seolah – olah juruterbang dan nikmati hidangan mewah.
11. Dinner In The Sky Malaysia
Untuk pengalaman restoran yang unik, selain dari apa yang diberi oleh Plane in the City, anda juga boleh mencuba Dinner in the Sky Malaysia andai kata tak kisah untuk berbelanja lebih demi cipta memori terindah bersama yang tersayang.
12. Flight Experience Kuala Lumpur
Di satu – satunya simulasi penerbangan yang dibuka kepada orang awam ini anda dapat memilih hingga 24,000 buah lapangan terbang di seluruh dunia sebagai lokasi tujuan atau bertolak, lengkap dengan visual dan audio yang sangat realistik. Jangka masa yang diberi untuk anda ‘feeling’ menjadi pilot ini adalah dari 30 ke 90 minit.
13. Museum of Illusions Kuala Lumpur
Ilusi di Illusion 3D Art Museum masih tak cukup lagi? Mai datang ke Museum of Illusions Kuala Lumpur. Segalanya dapat dirasai di sini. Antara ilusi yang dapat anda lihat atau cuba secara live di muzium ini adalah Hollow Face Illusion, Rubin’s Vase, The Bottomless Pit, The Chair Illusion, Stereogram, Ames Room, The Vortex Tunnel, Infinity Room, Anti-gravity Room, Holograms dan banyak lagi!
Bukit Bintang adalah lokasi yang tidak hanya memberi keindahan alam semula jadi tetapi juga kepelbagaian rekreasi dan budaya. Dari pusat beli – belah hingga ke muzium yang indah, tempat menarik di Bukit Bintang memberi pengalaman yang berbeza dan bermakna. Jadi, jangan terlalu lama terperangkap dalam rutin harian. Ajak keluarga dan rakan – rakan untuk menjelajahi tempat menarik di Bukit Bintang yang pasti akan memeriahkan hidup korang.