13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Taiping, Perak | Khalifah Media Networks – Taiping terletak di antara Ipoh dan Butterworth adalah salah satu bandar yang paling awal di Malaysia dan ianya kaya dengan sejarah  serta beberapa tarikan pelacongan. Walaupun bandar Taiping ini popular dengan warisannya, disini juga popular dengan pelbagai hidangan yang lazat yang patut anda cuba.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Taiping, Perak ini.

 

1. THE WAREHOUSE 1957 – KAFE

Mencari kafe tapi risau tak halal? Jangan risau, anda boleh cuba kunjung ke The Warehouse 1957. Kalau anda nak tahu, The Warehouse 1957 adalah salah sebuah kafe Muslim Friendly yang cukup popular dalam kalangan penduduk disini. Dikatakan terdapat banyak jenis hidangan yang boleh anda dapatkan. Antaranya ialah Prawn Salad, Garlic Bread, Mushroom Soup, Vege Aglio Olio dan banyak lagi. Kafe ini amat lah sesuai untuk anda bersantai bersama kawan atau pun berehat. Lagi lagi suasana yang tenang disini, siapa tak suka kan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi The Warehouse 1957 di 183, Jalan Merdeka, Taman Tupai Mas, 34000 Taiping, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 12 tengah hari hingga 9:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 010-2791957.

 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/thewarehouse1957bythecozytainer/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/thewarehouse1957/

 

2. THE GREENHOUSE CAFE – KAFE

Kalau anda ada di Taiping, Perak ini, anda kena cuba singgah di The Greenhouse Cafe ini. The Greenhouse Cafe adalah salah sebuah kafe yang menarik untuk kunjungi. Dekat sini, terdapat bermacam jenis hidangan yang anda boleh dapatkan sekiranya anda kelaparan.  Semestinya anda akan suka punya. Antara menu yang anda boleh cuba ialah Wan Tan Hor Koteaw Ladna, Grilled Chicken Chop, Greenhouse Fried Rice, Spaghetti Tomyam dan banyak lagi. Sememangnya kekenyangan kerana portion disini cukup besar dan harga pun mampu milik. Bukan setakat itu sahaja, suasana dan persekitaran disini pun cukup sesuai untuk seisi keluarga. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

60, Jalan TBC 3, Taiping Business Centre, 34000 Taiping, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 1 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 010-3822042.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/greenhousetaiping/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/greenhousetaiping/

 

3. LOCS & THYME FLORIST CAFE – KAFE

Anda suka bunga? Kalau jawapan anda ‘Ya’ maka Locs & Thyme adalah tempatnya. Kalau anda nak tahu, Locs & Thyme Florist Cafe ialah sebuah kafe kecil dan kedai bunga yang dimiliki oleh keluarga Muslim. Dekat sini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis hidangan seperti Siakap Steamed Portuguese, Truffle Parmesan Fries, Chicken Masala, Set Nasi Daging Dendeng dan banyak lagi. Semestinya sedap dan harga pun cukup berbaloi dengan saiz hidangan yang ditampilkan. Nampak menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

 Lokasi ini di 12, Jalan Lim Teong Chye, 34000 Taiping, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada Selasa pada 9 pagi hingga 9 malam manakala Rabu hingga Ahad dibuka pada 9 pagi hingga 6 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-5071958.

 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LocsAndThyme/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/locsandthymecafe/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Larut, Matang, Selama ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Taiping ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply