13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Ipoh, Perak | Khalifah Media Networks – Ipoh adalah sebuah bandar yang berada di daerah Kinta. Ia merupakan ibu negeri dan juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran Perak, Malaysia.  Ipoh juga adalah salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun dari segi kegiatan ekonominya. Oleh kerana ia pesat membangun, bandar ini mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi yang anda boleh cuba.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Ipoh, Perak ini.

 

1. COFFEE CAMP 612 CAFE IPOH – KAFE

Kalau anda ada di Perak, anda bolehlah cuba singgah di Coffee Camp 612 Cafe Ipoh ini. Coffee Camp 612 Cafe adalah sebuah cafe Muslim-Friendly yang cukup popular dalam kalangan penduduk disini. Dikatakan kafe ini adalah salah satu port yang sesuai bagi yang inginkan ketenangan.  Sambil menjamu menu yang ada disini bolehlah menikmati suasana yang cukup tenang ini.  Ramai telahpun kunjung kesini mengesyorkan kepada orang ramai untuk cuba pengalamannya. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Lot A-25, No. A-9, Kinta River Walk, Lebuhraya Istana, Taman Istana, 30300 Ipoh, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 6 petang hingga 10 malam. Manakala Jumaat dan Sabtu pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-3425710.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/coffeecamp612/

 

2. DOSOMETHING – DE ONLY CAFE – KAFE

DoSomething adalah salah satu kafe juga yang ada perlu cuba kunjung di Ipoh ini. Kalau anda nak tahu, DoSomething De Only Cafe adalah kafe vintage untuk anda bertenang dan juga bersantai. Rata rata pelanggan disini berpuas hati dan memberikan feedback positif terhadap menu, persekitaran, perkhidmatan dan banyak lagi. Anda tak perlu risau kerana kafe ini sememangnya Pork Free dan Muslim Friendly. Ramai pengunjung Muslim datang ke sini untuk menikmati ketenangan disini. Selamat mencuba!

23, Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak dan dibuka setiap hari pada 9:30 pagi hingga 5:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:  011-11547176.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/DoSomething-De-Only-Cafe-100076095604359/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dosomething_deonlycafe/

 

3. VINTAGE CAFE NO100 – KAFE

Anda seorang yang gemar dengan suasana vintage? Kalau jawapan anda “Ya”, maka Vintage Cafe No100 adalah jawapan untuk anda. Vintage Cafe No100 adalah sebuah kafe yang penuh dengan koleksi barang-barang vintage daripada pemiliknya sendiri. Anda mesti akan suka punya kerana suasana disini cukuplah membuatkan hari anda ditambah pula, pemilik kafe juga yang cukup peramah.  Bukan itu sahaja, kafe disini juga ada menyediakan banyak jenis hidangan yang anda boleh dapatkan antaranya ialah Rojak Pasembor, Mee Goreng, Roti Bakar, Kopi Hitam, Laksa dan banyak lagi. Harga sangat lah mampu milik dan portion pun cukup besar. Memang terbaik!

Lokasi kafe ini di 100, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada Selasa hingga Jumaat pada 10 pagi hingga 7 malam. Manakala Sabtu dan Ahad pada 8:30 pagi hingga 7 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-5582838.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/vintagecafeno100-100057696625824/

 

4. DE BOIS CAFE – KAFE

Anda lapar tapi tak tahu dekat mana yang best? Anda boleh singgah di De Bois Cafe ini. Kalau anda nak tahu, De Bois Cafe adalah kafe yang cukup popular di Ipoh ini. Dekat sini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis menu yang menarik untuk dicuba. Antaranya ialah Mac n Cheese, Cheesy Wedges, Smoked Duck Spaghetti, Mushroom Soup dan banyak lagi. Pasti anda akan berpuas hati punya kerana harga pun sangat lah mampu milik dan saiz pun cukup banyak. Memang sesuai bagi seorang big eater. Memang kenyang.

 

203, Jln Sultan Nazrin Shah, Kampung Melayu Sungai Rapat, 30250 Ipoh, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Ahada pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 05-3111307.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/deboiscafe/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/deboiscafe/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Kinta ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Ipoh ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply