13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Dungun Terengganu | Dungun yang berhampiran dengan Kemaman adalah kawasan yang pernah menjadi kubu serta aktiviti perlombongan bijih besi. Ekoran dari itu, Dungun dikenali dalam kalangan negara luar seperti Jepun dan Korea dalam industri pengeluaran besi.

Mari jalan – jalan Dungun kerana banyak tempat bercuti di Terengganu terbaik di sini seperti pantai Terengganu cantik, aktiviti pantai dan banyak lagi. Jadi apa tunggu lagi, mari rancang percutian anda ke Dungun Terengganu yang semestinya mampu tenangkan fikiran anda.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Raja Wagyu Dungun Cafe Campsite

Tempat makan di Dungun ini bukan sahaja terkenal dengan menu wagyu malah ia turut punyai hidangan steamboat, pizza dan nasi goreng. Persekitarannya juga agak sejuk, style camping dan memang bagus untuk ootd. Dari segi tempat letak kereta, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tepi jalan dengan mudah.

2. Bukit Besi

Meskipun ia hanya lah sebuah bandar kecil di dalam kawasan Dungun Terengganu, namun ia menyimpan banyak sejarah penting negara. Hal ini kerana, ia adalah kawasan tapak perlombongan bijih besi dan nama Bukit Besi diambil bersempena dengan aktiviti berkenaan.

3. Sungai Bangan

Antara sungai paling jernih di Malaysia yang boleh dijadikan tempat menarik di Dungun ialah Sungai Bangan. Selain itu, turut dikenali dengan nama Sungai Balu dan Sungai Bangang menjadi tumpuan para pengunjung untuk lakukan aktiviti camping, hiking dan diving di kawasan ini.

4. Pantai Batu Pelanduk

Pantai Batu Pelanduk yang terdiri dari batu batuan besar yang unik ini semestinya menjadi tarikan untuk ootd di pantai Terengganu cantik ini. Selain itu, pantai yang bersih serta tersergam indah ini berada hanya di tepi laluan utama Kuala Terengganu-Kemaman dan bersebelahan Rantau Abang.

5. Tasik Puteri Bukit Besi

Umum mengetahui bahawa tasik buatan yang terkenal di Terengganu adalah Tasik Kenyir. Namun begitu, mungkin ada yang tidak tahu adanya juga tasik buatan lain yang berada di Terengganu. Contohnya Tasik Puteri Bukit Besi. Bagi anda yang sukakan akan keindahan alam boleh lah datang ke sini selain mandi – manda di air terjun yang ada di kawasan ini.

6. Rimba Bandar Bukit Bauk

 

Hanya 6km melalui jalan Dungun – Kuantan, pengunjung dapat menyinggah ke satu lokasi yang amat damai dan tenang iaitu Rimba Bandar Bukit Bauk. Selain itu, hutan rekreasi ini menyediakan fasiliti seperti trek joging, pusat informasi dan dataran hijau. 

7. Air Terjun Chemerong

Menikmati keindahan air terjun yang indah dan mendamaikan Air Terjun Chemerong di dalam Hutan Lipur Chemerong sejak 1993. Meskipun ia berada sejauh 100km dari Kuala Terengganu, namun percaya lah perjalanan anda ke air terjun yang indah ini tidak akan sia-sia.

8. Tanjong Jara Resort

Berkonsepkan tradisi masyarakat Melayu zaman dahulu dengan melambangkan keindahan istana Melayu pada abad ke-17 adalah kelainan yang ditampilkan bagi resort ini. Tanjong Jara Resort menyediakan banyak jenis bilik dengan harga serendah RM 150 satu malam dan juga perkhidmatan spa bagi merehatkan badan anda.

9. Pantai Paka

Dari pantai ini dapat dilihat pemandangan Bukit Bauk serta kapal – kapal yang berlabuh di Kertih Port bagi mengambil minyak. Lain dari itu, ada juga gerai – gerai jualan seperti keropok lekor yang ada di sini. Berbagai aktiviti pantai yang boleh dibuat di sini. Namun begitu, pengunjung tidak disarankan untuk mandi manda di Pantai Paka kerana ombak yang kuat terdampar di sini.

10. Pantai Teluk Gadung

Terletak hanya bersebelahan kampus UiTM Dungun memberi peluang kepada para pelajar di kampus ini tenangkan fikiran sambil melihat ciptaan Tuhan ini. Di samping itu, pantai ini punyai hutan lipur dan tasik kecil dan pasir pantai yang halus cantik dilihat di laluan tepian pantai. 

11. Taman Tasik Tanjung Sura

Juga berada dekat dengan UiTM Dungun, Taman Tasik Tanjung Sura ini adalah tumpuan pengunjung untuk santai – santai sambil melihat alam semula jadi. Selain itu, banyak fasiliti yang turut ada di sini iaitu trek joging, pondok rehat, jeti, tempat jual beli, tandas awam, tasik, bilik persalinan dan taman permainan kanak – kanak.

12. Pantai Teluk Lipat

Kawasan teluk yang terjadi kerana hakisan ketika musim tengkujuh dan monsur timur laut menjadikan ia dikenali sebagai Pantai Teluk Lipat. Selain itu, bagi anda yang mencari tempat penginapan berdekatan pantai ini boleh menginap di Mayang Sari Resort Dungun, Ulek Beach Resort ataupun Hotel UiTM Dungun. 

13. Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin

Seperti sedia maklum, Terengganu amat dikenali sebagai kawasan pendaratan dan penetasan penyu khususnya di Rantau Abang. Terdapat pusat pemuliharaan penyu yang ada di Dungun iaitu Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin. Selain itu, pengunjung juga miliki peluang melihat dan menimba ilmu tentang penjagaan spesies haiwan terancam ini secara depan mata. 

 

Sampai di sini saja senarai tempat menarik di Dungun, Sabah. Banyak sekali tempat menarik di Kota Kinabalu untuk anda lawati dan aktiviti untuk dicuba! Dari aktiviti lasak seperti flying fox hingga lah kepada penerokaan flora dan fauna, Kota Kinabalu bukan lah tempat percutian yang biasa. Jangan lupa tempah hotel sebelum tiba di Kota Kinabalu ini. Selamat bercuti.

Share.

Leave A Reply