13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Pasir Mas Kelantan | Pasir Mas yang menempatkan tempat menarik Pasir Mas pernah menjadi bandar ke-2 terbesar di Kelantan. Namun, selepas tahun 1990 daerah Tanah Merah mengatasi kedudukan ini. Bandar ini diperkenalkan oleh Che Leh Tok Pendekar atau dikenali sebagai Che Leh Ismail.
Terletak strategik bersempadan dengan Thailand, Tumpat, Kota Bharu dan Tanah Merah menjadikan Pasir Mas mudah dikunjungi. Oleh itu, di sini kami beri senarai tempat menarik di Pasir Mas Kelantan seperti gerai-gerai Mee Celup, bukit-bukit bersejarah dan banyak lagi.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Masjid Brunei Darussalam
Masjid Brunei Darussalam ini adaalah masjid terapung atas air yang pertama di Malaysia dan diwakaf oleh Sultan Brunei. Pada awal pembinaannya, masjid ini kurang menjadi tumpuan para pelancong ekoran kedudukannya yang berada di kawasan perkampungan.
2. Bukit Panau
Destinasi yang berada di sempadan Pasir Mas dan Tanah Merah ini punyai tinggi sekitar 255 meter dari paras laut dan punyai kisah lagenda yang begitu menarik. Tempat ini dikatakan lokasi bagi pahlawan Hang Tuah duduk bertapa, menuntut ilmu rohani dan batin serta ilmu persilatan. Kompleks bebas cukai yang beroperasi setiap hari ini adalah lokasi wajib anda kunjungi apabila datang ke kawasan Pasir Mas.
4. Masjib Jubli Perak Sultan Ismail
Di Rantau Panjang ini turut miliki sebuah masjid yang unik dan sering menjadi tumpuan para pelancong untuk singgah. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau lebih disebut sebagai Masjid Beijing ini begitu unik dengan rekaan seni bina Cina dan Islam yang seakan Masjid Niujie di Beijing.
5. Kuil Wat Uttamaram
Wat Uttamaram adalah sebuah kuil Buddha gaya Thai yang punyai kira – kira 20 bangunan dan dibina pada Abad ke-20. Kuil ini merangkumi stupa, dewan solat, penginapan untuk sami dan biarawati, kemudahan pendidikan, padang bola, gelanggang futsal serta taman kanak – kanak.
6. Dataran Air Muleh
Dataran Air Muleh ini berada di kawasan tanah yang berkeluasan satu ekar dan dibina oleh para pekerja Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) secara gotong – royong pada tahun 1989. Lokasi yang dibina sebagai tarikan pelancongan dengan konsep rekreasi ini begitu meriah pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan.
7. Mee Celup Che Poh
Mee Celup Che Poh yang telah mulakan perniagaannya sekitar tahun 1992 ini begitu terkenal di Rantau Panjang. Rata-rata warga tempatan bakal syorkan lokasi ini untuk anda menjamu selera apabila datang ke Rantau Panjang. Warung yang dibuka pada jam 12 pm hingga 7 pm ini boleh dilawat setiap hari.
8. Tasik Danau To’ Uban
Ianya adalah tasik buatan yang popular di kalangan warga dalam dan luar negeri, yang punyai suasana santai dan pemandangan semula jadi yang menakjubkan. Selain itu, anda boleh jalan – jalan di sekitar tasik, membuat aktiviti perkhemahan, atau sekadar duduk santai – santai di sini.
9. Bukit Panau
Terletak di sempadan antara Pasir Mas dan Tanah Merah, Bukit Panau menjadi penunjuk penting bagi pelaut antarabangsa. Bukit ini dikatakan sebagai tempat Hang Tuah bertapa untuk menuntut banyak ilmu turut serta juga ilmu persilatan, ilmu kebatinan dan ilmu kerohanian.
10. Warung Kurnia Ibu
Jika anda tidak sempat untuk nikmati keenakkan Mee Celup Che Poh, anda boleh nikmati mee celup yang turut berada di Pasir Mas. Warung Kurnia Ibu yang dibuka seawal jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang tidak kurang hebat nya dalam menyajikan menu ini, malah ia disebut antara yang legend di sini.
11. Rizqi D’café Gaung Lati
Jika anda salah seorang peminat makanan barat, restoran yang satu ini adalah pilihan yang tepat buat anda. Selain dari dapat penuhi cita rasa anda, harga yang ditawarkan juga turut berpatutan dengan kuantiti dan kualiti makanan di sini. Pilihan-pilihan yang ada ini pasti memikat selera anda semua.
12. Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar
Laksam adalah sejenis makanan yang dibuat dengan tepung beras dan dianggap sebagai salah satu makanan tradisi dalam kalangan warga Kelantan. Kedai Laksam Telur Puyuh Best kelar atau lebih sinonim dengan nama Kak Za Laksam kelar ini miliki hidangan laksam yang begitu enak.
13. Cassa Villa Guest House
Mencari tempat penginapan yang dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra? Cassa Villa Guest House adalah lokasi yang tepat! Villa ini punyai 3 bilik tidur di mana 2 bilik dengan 1 katil double dan 1 bilik dengan katil single. Selain itu, ada juga kolam renang di luar villa ini.
Lain macam betul menariknya Pasir Mas ni kan? Kekayaan seni budaya, kedai makan yang menggegarkan deria rasa, tempat bershopping yang entah bila dapat habis dilawati, Pasir Mas adalah sebuah tempat percutian yang cukup istimewa. Rugi jika tidak singgah ke Pasir Mas bersama orang tersayang.