13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Genting Highland Pahang | Genting Highland yang berada di Pahang adalah salah satu tempat pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan banyak juga tempat yang menjadi syurga membeli belah di Genting Highland ini.
Kabus yang tebal dengan wap yang terbentuk setiap kali menarik nafas cukup untuk menggambarkan dingin cuaca yang dapat dinikmati di ‘Las Vegas’ Malaysia ini. Tidak perlu menempah tiket ke Eropah, dengan suhu serendah 14 ke 16 darjah Celsius, keadaannya tidak ubah seperti bercuti di benua yang sejuk ini.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Skyworlds
Seluruh taman tema ini bukan sahaja penuh dengan rides dan aktiviti riadah, ia juga dihias dengan begitu cantik, ceria dan bertemakan dunia perfileman. Taman tema yang sangat hebat ini menawarkan 9 bahagian dunia fantasi bertema yang kebanyakannya bertemakan filem – filem ternama.
2. Skytropolis
Apa yang boleh anda jangkakan dari Skytropolis yang berkeluasan 400,000 kaki persegi ini? Lebih 20 rides, aktiviti dan mainan yang boleh anda nikmati bersama keluarga. Antaranya seperti Ferris wheel, Marry-Go-Round, tea cup, roller coaster dan banyak lagi. Setiap bahagian menyediakan rides mengikut kesesuaian dan tahap umur pelawat.
3. Zombie Outbreak
Permainan di zombie Outbreak Genting Highlands ini berkonsepkan ala – ala escape room tetapi lebih intense kerana punyai elemen – elemen “hidup” iaitu para pelakon yang menjadi zombie. Anda boleh cuba mainan ini secara individu ataupun berkumpulan.
4. Snow World
Di Snow World ini anda perlu bersedia dengan baju sejuk yang sangat tebal kerana suhunya yang melepasi paras beku iaitu -6 darjah Celsius. Memang ketar la mulut nak bersembang dalam taman tema ini. Jom kita rasai tahap kesejukan yang luar biasa ini!
5. Sky VR
Sky VR akan membawa anda ke dimensi lain dengan menggunakan VR headset yang akan memberi visual dunia 3D bagi setiap dimensi. Anda akan merasai aksi penerjunan bebas, menjelajah ke dasar laut serta melakukan misi yang mendebarkan.
6. Genting Skyway
Perjalanan kereta kabel ini bermula dari Gohtong Jaya dan berhenti separuh jalan untuk lawatan ke Chin Swee Temple. Anda boleh nikmati udara segar dan pemandangan yang indah sekitar Genting sepuas hati kerana jangka masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah dalam sekitar 15 ke 20 minit.
7. Awana Skyway
Sepertimana dari Genting Skyway, menaiki kereta kebal Awana Skyway membolehkan anda melihat keindahan sekitar Genting yang cukup memukau. Anda dapat melihat pemandangan resort dan banyak lagi tarikan lain seperti Twentieth Century Fox World Malaysia yang bakal siap tidak lama lagi.
8. Butterfly Wonderland
Bayangkanlah berjalan-jalan sambil menikmati udara segar Genting dan pandangan pula diwarnai dengan rama – rama yang terbang bebas. Hilang segala beban yang bermain di minda. Di dalam taman indah ini juga, anda akan disajikan dengan pemandangan air terjun, kolam ikan koi dan kolam dengan kura – kura yang berkeliaran.
9. Sky Avenue
Nak merasa bershopping pada ketinggian 6,000 kaki dari paras laut? Di Sky Avenuelah tempat yang sesuai untuk anda. Kaki shopping atau sekadar ingin berwindow shopping, pusat beli – belah ini miliki lebih dari 100 pilihan kedai. Semuanya terhidang di depan mata anda sahaja.
10. Genting Highlands Premium Outlets
Bercuti di kawasan peranginan sambil bershopping sakan barangan branded yang murah, kedengaran macam satu percutian yang sempurna bukan? Jangan tak tahu, di kawasan tanah tinggi ini pun ada Premium Outletsnya sendiri iaitu Genting Highlands Premium Outlets.
11. 20th Century Fox World
Berdiri di atas tapak yang dulunya adalah Genting Highlands Outdoor Theme Park, 20th Century Fox World menjanjikan sekitar 25 aktiviti yang penuh dengan thrill. Aktiviti di sini diinspirasikan dari filem – filem yang memecah panggung wayang seperti Titanic, Ice Age, Night at the Museum dan Planet of the Apes.
12. Bona Cinemas
Memang banyak tarikan bagi movie buff di Genting Highlands ni. Tarikan hebat yang lain ini adalah sebuah pawagam yang padat dengan teknologi moden, Bona Cinemas. Tiket wayang di sini mungkin agak mahal namun kualiti memang dapat dirasai kerana mengunakan teknologi kesan bunyi khas yang terbaru, Dolby Atmos.
13. SeniKome Péng Hēng
Péng Hēng ini juga adalah bahasa klasik yang digunakan untuk merujuk kepada negeri di bahagian pantai timur semenanjung. Seperti namanya, pusat kesenian dan budaya ini mendedahkan anda dengan keindahan seni dan budaya yang menjadi warisan turun temurun di negeri – negeri Pantai Timur.
Terbukti sudah Genting Highlands ini bukan lah hanya sebuah tempat percutian yang penuh dengan tarikan mewah dan hiburan semata – mata, tetapi juga miliki sesuatu yang unik untuk dicuba. Malah, anda juga dapat melegakan keinginan untuk beli belah barang berjenama dengan harga diskaun yang melampaui batas dan macam – macam lagi!