13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Ipoh Perak | Ipoh adalah sebuah kota tenang di Malaysia dengan makanan, budaya dan pemandangan indah. Selain dari kopi putih Ipoh, tau fu fah dan lukisan dinding, Ipoh juga miliki gunung kars batu kapur, gua dan mata air panas yang tenang.

 

Sama ada anda mencari pengembaraan atau ketenangan, semuanya pasti ada di sini. Untuk pengetahuan anda, Ipoh pernah disenaraikan di dalam laman web pelancongan antarabangsa, Lonely Planet, sebagai satu – satunya tempat pelancongan di Malaysia yang terbaik pada tahun 2016. Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar klasik ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di Ipoh ini.
 

1. Book Xcess Ipoh

Tak perlu menjadi penyamun, anda kini boleh menjejakkan kaki ke dalam peti besi bank tanpa rasa bersalah jika datang ke Book Xcess Ipoh. Kedai buku yang berada di Kong Heng Square ini telah menggantikan fungsi salah sebuah bank yang pernah sibuk dengan urusan perbankan pada sekitar tahun 1980-an.

2. The Banjaran Hotsprings Retreat

Terletak di kawasan hutan batu kapur yang indah, The Banjaran Hotsprings Retreat menjanjikan satu terapi minda bagi mereka yang mahukan ruang privasi dari kesibukan kota. Hanya jarak dalam 20 minit dari bandar ipoh, lokasi strategik ini menempatkan beberapa buah villa yang lengkap dengan fasiliti mewah untuk dijadikan tempat percutian.

3. Gopeng Rainforest White Water Rafting

White water rafting ialah aktiviti berakit di atas jeram sungai. Aktiviti ekstrim ini sering kita sangka banyak dilakukan di luar negara, tetapi ia juga boleh dilakukan di Malaysia! Gopeng Rainforest White Water Rafting menyediakan aktiviti ini di Sungai Kampar yang dikategorikan kepada 1 hingga 3 mengikut tahap kesukaran aktiviti ini.

4. Time Tunnel Ipoh

Time Tunnel Ipoh adalah sebuah muzium kecil yang berada di tingkat dua, di atas sebuah kedai perhiasan di Jalan Panglima. Jangan ingat dengan saiz yang kecil jadikan muzium ini kurang penting untuk anda lawati, kerana di dalam sungguh padat dengan banyak barangan antik yang dapat membawa anda ke era lama.

5. Lost World of Tambun

Taman tema Lost World of Tambun ini secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park. Di dry park anda boleh meningkatkan adrenalin dengan menaiki roller coaster yang juga sesuai untuk kanak – kanak. Di samping itu, anda boleh melawat Petting Zoo yang menempatkan banyak jenis haiwan seperti arnab, rakun,  harimau dan macam – macam lagi.

6. Art of Old Town

Art of Old Town persis namanya adalah sebuah tempat yang dihiasi dengan ilustari kreatif pada dinding – dinding bangunan di sini. Ilustrasi-ilustrasi ini telah dihasilkan oleh Ernest Zacharevic, seorang seniman yang menerima pengiktirafan dunia atas lukisan – lukisan mural yang beliau hasilkan di sini.

7. Taman Rekreasi Gunung Lang

Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman yang sebelum ini dikenali sebagai Jalan Kuala Kangsar adalah sebuah taman rekreasi yang dikelilingi pemandangan alam semula jadi. Sebelum tiba ke taman rekreasi ini, anda perlu menaiki bot yang akan membawa anda menyeberangi tasik ditemani dengan lanskap indah  bukit batu kapur.

8. Funtasy House Trick Art

Rumah yang dipenuh dengan ilusi optikal dan magikal ini dibuka pada tahun 2015. Masa yang diambil dalam proses menyiapkan semua lukisan – lukisan ini adalah dalam sekitar empat bulan. Terdapat lapan orang pelukis yang terlibat dalam projek ini. Funtasy House Trick Art miliki empat bahagian yang berbeza antara satu sama lain.

9. Blueblue Playland

Blueblue Playland ini menjanjikan keseronokan tak terhingga kepada bayi hingga lah anak – anak yang berusia 15 tahun. Dah puas bermain di taman permainan dan tenggelam di dalam lautan bola kecil yang menyambut sebaik turun dari gelongsor, tarikan lain yang turut boleh dicuba di sini adalah Master Jump iaitu tempat permainan trampoline yang sangat luas.

10. Lubuk Timah Hot Spring

Pusat Rekreasi Hotsprings Lubuk Timah adalah tarikan air terjun serta kolam air panas yang berada hanya dalam sekitar 20 ke 30 minit pemanduan dari Bandaraya Ipoh. Di sini ada juga kolam renang utama yang mana airnya dialirkan kepada kolam kedua dan terus ke kawasan sungai. 

11. Laser Battle Ipoh

Hanya dengan menggunakan cahaya laser, anda boleh mengumpulkan mata dan menghancurkan pihak lawan. Yang bestnya, lebih dari 55 mode permainan yang boleh dipilih iaitu dari tahap yang mudah hingga lah kepada yang mencabar.

12. Concubine Lane

Kalau datang ke Ipoh, inilah antara lokasi wajib yang perlu anda ‘mendarat’ sebelum ke kawasan lain. Memang tak sah percutian anda ke Ipoh kalau tak meluangkan masa ambil gambar atau bershopping di sekitar lorong – lorong ini. Di sini, setiap isteri dapat mengutip sewa dari kedai – kedai yang ada di lorong masing – masing.

13. Han Chin Pet So (Ipoh World)

Pada mulanya ia dijadikan tempat gah untuk ahli kelab pelombong Hakka pada tahun 1893. Walau bagaimanapun, tempahan waktu untuk kemasukan ke dalam muzium ini perlu lah dibuat seawal yang mungkin iaitu lebih kurang 30 hari sebelum membuat lawatan.

 

Banyak sekali tarikan unik di Ipoh bukan? Salah satu tarikan yang boleh dikategorikan sebagai lain dari yang lain di Ipoh ini adalah Miniature Wonders Art Gallery Ipoh. Dah puas melihat kehidupan moden di kawasan bandar dan dalam negara sendiri. Anda boleh masuk ke dalam muzium ini untuk melihat suasana yang tampak agak realistik kehidupan zaman – zaman dinasti. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply