13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Taiping Perak | Bandar bersejarah ini antara yang terawal wujud di Malaysia. Taiping berada di daerah Larut, Matang, dan Selama. Ditubuhkan zaman penjajahan British, Taiping pernah mendahului negara dengan tarikan pusat peranginan bukit, stesen kereta api, dan menara jam.

Di Taiping tersimpan banyak tempat – tempat menarik yang pertama kali wujud di Malaysia. Dari stesen kereta api, zoo, penjara, muzium hingga ke taman tasik dan banyak lagi menjadikan Taiping lokasi percutian yang penuh dengan nostalgia. Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar klasik ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di Taiping ini.

1. 5D Art Paradise Taiping

Banyak juga pameran multidimensi di Malaysia ini dan Taiping juga tak terlepas dari mengikuti trend ini. Berlokasi di Jalan Maharajalela dekat dengan Gate Kafe, 5D Art Paradise Taiping dipenuhi dengan lukisan – lukisan yang buatkan anda tertanya – tanya sama ada semua ini realiti atau sekadar ilusi.

2. Kota Ngah Ibrahim (Muzium Matang)

Dibina oleh pembesar Perak yang terlibat dalam penentangan campur tangan British, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar. Kota Ngah Ibrahim yang berada di Matang, Taiping ini telah dibina pada tahun 1854 dan dikelilingi oleh tembok batu berkepanjangan 131 meter.

3. ATV Adventure Park Larut

Ingin melakukan aktiviti yang bukan sahaja mencabar dan menyeronokkan, tapi juga dalam masa yang sama dapat nikmati keindahan alam sekitar yang memukau? Jawapannya adalah dengan menaiki ATV di ATV Adventure Park Larut. Anda bukan sahaja akan meredah hutan tetapi juga kawasan air terjun yang penuh dengan cabaran.

4. New Clock Tower (Old Market)

Sebenarnya, di Taiping ini ada 2 buah menara jam, dan ini adalah salah satunya, New Clock Tower. New Clock Tower yang berada dekat dengan pasar ini miliki reka bentuk yang sangat unik dengan kaca yang miliki warna – warni yang agak menarik untuk dilihat.

5. Rumah Rehat Bandar

Rumah Rehat Bandar pada mulanya adalah sebuah rumah bersejarah satu tingkat yang dibina dengan menggunakan kayu untuk dijadikan rumah kediaman gabenor Perak. Tempat ini dibina pada tahun 1887 oleh pihak British ini telah dinaik taraf menjadi bangunan batu dua tingkat pada tahun 1894.

6. Bukit Merah Laketown Resort

Siapa tak kenal Bukit Merah Laketown Resort? Resort ini dikelilingi oleh keindahan alam hijau dan berhadapan dengan air tasik yang terbesar di Malaysia yang punyai ukuran sekitar 7000 ekar. Bukan sekadar tempat penginapan, resort ini sebagai pusat eko – pelancongan juga adalah kerana ia turut menempatkan Ecopark, taman tema air dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan.

7. Masjid Lama Bandar Taiping

Apa lagi yang memegang rekod paling antik di Taiping ya? Kali ini adalah tempat beribadah Muslim sendiri iaitu Masjid Lama Bandar Taiping. Masjid yang tertua di Taiping ini telah dibina oleh keluarga Ngah Ibrahim pada tahun 1893 untuk menggantikan bangunan madrasah yang diperbuat dari kayu.

8. Matang Mangrove Forest Reserve

Hutan paya bakau yang terbesar di Malaysia, Matang Mangrove Forest Reserve ini berkeluasan lebih daripada 40,000 hektar. Walaupun teramat lah luas kawasan paya bakau ini, ia juga sebenarnya merupakan antara kawasan paya bakau yang diberikan penjagaan yang terbaik di dunia.

9. Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama

Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama adalah antara bangunan yang paling klasik yang terletak di bandar Taiping ini. Bangunan yang mula dibina pada tahun 1883 oleh pihak British ini siap pada tahun 1897-8 dan berfungsi sebagai New Government Office ketika Taiping dibuat sebagai ibu negeri Perak.

10. Air Terjun Pecah Batu

Jika anda tidak kisah untuk meneroka lebih jauh sekitar Taiping ini, datang lah beramai – ramai ke kawasan Air Terjun Pecah Batu yang terletak agak jauh dari kawasan bandar ini. Lagi jauh dari bandar, lagi segarlah udaranya, tak gitu? Ianya bukan sahaja cantik tapi juga cukup luas untuk anda mandi – manda sepuas hati!

11. Bukit Larut (Maxwell Hill)

The scenery at the top of Bukit Larut in Taiping.

Bukit Larut atau nama lamanya, Maxwell Hill ini adalah kawasan percutian tanah tinggi yang popular kerana udara segar dan pemandangan alam semula jadi yang disajikannya, mampu memberi ketenangan yang sukar diungkapkan. Untuk nikmati suasana di sini, anda boleh menaiki menara tinjau yang disediakan.

12. Telegraph Museum Taiping

Pelajari tentang sejarah komunikasi negara kita di Muzium Telegraph Taiping. Dahulunya ia merupakan sebuah pejabat post dan telegraf. Ia juga adalah pejabat post pertama yang menyediakan khidmat telegraf, telefon, dan perbankan kepada rakyat sejak tahun 1885. Di sini, anda akan nikmati pameran mesin – mesin komunikasi zaman dahulu seperti mesin telegraf.

13. Zoo Taiping

Taman yang berkeluasan 30 ekar ini memuatkan sekitar 1300 ekor haiwan yang dibiarkan bergerak bebas di dalam habitat semula jadi mereka. Bagi pencinta haiwan, di sinilah anda dapat mendekati dan mempelajari banyak tentang sifat dan suasana persekitaran sebenar mereka.

 

Sudah puas meneroka bandar ini, apa lagi yang ditunggu? Sediakan baju hujan untuk ke kawasan yang paling banyak hujan di Malaysia ini, jangan lupa juga kamera dan pakaian yang cun untuk ambil gambar di tempat – tempat menarik di Taiping. Jangan lupa untuk tempah hotel di Booking.com. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply