13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Jasin Melaka | Melaka adalah lokasi paling bersejarah dan antara tempat pelancongan paling top di Malaysia. Empayar Melaka satu masa dulu amat megah dan makmur sebelum kejatuhannya ke tangan Portugis. Melaka satu – satunya negeri yang dijajah Portugis, Belanda, Jepun dan British. Negeri ini menjadi rebutan kerana lokasi yang strategik untuk aktiviti perdagangan.
Jasin, salah sebuah daerah yang ada kat Melaka dan menjadi salah satu antara tempat menarik di Melaka untuk anda kunjungi. Jasin mungkin tidak lah sepopular bandar Melaka yang memang terkenal dengan bangunan bersejarah dalam kalangan pelancong. Tapi, kalau korang dah sampai Melaka tue, apa kata korang curi sikit masa melawat tempat menarik di Jasin.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Makam Tun Teja
Anda pasti pernah dengar tentang Tun Teja. Makam Tun Teja berada di Jasin. Makam yang berada di Merlimau ini dipercayai sebagai makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara, Pahang atau nama asal Inderapura.
2. Kolam Air Panas
Air Panas Jasin adalah salah satu lokasi rekreasi yang menarik dan sesuai untuk membawa keluarga bersuka ria. Selain tempat permainan untuk anak – anak, ia juga sesuai untuk golongan dewasa. Dekat sini ada kolam – kolam air panas yang dibahagi pada 3 zon berwarna mengikut suhu air panas dalam kolam.
3. Pusat Rekreasi Sg Rambai
Pusat Rekreasi Sg Rambai berada di pintu masuk Sungai Rambai dan Muar yang mana miliki kemudahan sebagai pelengkap Pusat Rekreasi ini. Kemudahan yang disedia adalah seperti taman permainan, pentas rakyat, gerai bersepadu, lanskap dan harskap, trek jalan kaki, pintu gerbang dan banyak lagi yang selesa untuk digunakan oleh para pengunjung.
4. Hutan Rekreasi Bukit Langsat
Hutan Rekreasi Bukit Langsat, Jasin, Melaka ini telah wujud dengan menerapkan ciri – ciri pembelajaran, aktiviti sukan lebih – lebih lagi sukan lasak serta berunsurkan budaya nenek moyang orang asli melalui simbolik, ukiran, motif dan juga aktiviti mereka.
5. Anjung Bonda
Anjung Bonda adalah kawasan penginapan yang merangkumi konsep Pelancongan Alam Semulajadi (Eco-Tourism) dan Pelancongan Pertanian (Agro-Tourism). Kawasan dusun seluas 5 ekar yang dirintangi oleh pertemuan Sungai Tambak Merlang dan Sungai Chohong ini adalah kawasan yang belum tercemar dan miliki latar belakang flora dan fauna.
6. Air Terjun Asahan
Air Terjun Gunung Ledang/ Air Terjun Asahan adalah sebuah kawasan berehat yang sesuai untuk semua golongan. Kawasan riadah ini lengkap dengan banyak kemudahan dan juga tempat penginapan. Antara tarikan utama pusat rekreasi ini adalah sungai – sungai dan air terjun yang nyaman dan segar.
7. Jeti Anjung Batu
Jeti Anjung Batu yang berada kira – kira 24 km dari Bandar Jasin adalah tempat pelabuhan bot-bot yang membawa penumpang ke Pulau Besar. Di jeti ini ada banyak infrastruktur yang mana menjadi kemudahan dan keselesaan para pengunjung yang datang.
8. Jasin Hotspring / Air Panas Jasin Inflatable Waterpark
Antara hotspot percutian sekeluarga di Jasin, Jasin Hotspring memberi pengalaman yang mengujakan kepada kanak – kanak mahupun yang sudah dewasa. Tempat ini cukup terkenal dengan air panas semula jadinya. Dengan aktiviti dan fasiliti yang lengkap yang disedia disini, tidak hairan lah para ibu bapa menjadi tempat ini tempat untuk bercuti.
9. Laman Tiga Budaya Asahan
Bagi mereka yang cintai budaya yang unik di Malaysia ni, mungkin inilah lokasi yang ideal buat anda semua. Disini miliki bangunan yang cukup bersejarah yang mewakili 3 budaya utama yang besar di Semenanjung Malaysia iaitu Melayu, Cina dan juga India.
10. Hutan Rekreasi Sungai Udang
Jika anda seorang yang suka beriadah sambil nikmati alam semula jadi, lawati lah Hutan Rekreasi Sungai Udang yang berada di Jasin ni. Terletak di kawasan hutan asli, udara dan pemandangan disini cukup segar. Aktiviti jogging dan jalan – jalan santai sudah cukup untuk buatkan anda lepaskan diri dari kesibukkan kota dan nikmati keindahan alam pada tahap yang maksima.
12. Anjung Bonda
Jika anda payah nak fikir makan kat mana, apa kata singgah di salah satu restoran yang agak terkenal di Jasin, iaitu Anjung Bonda. Restoran ini miliki semua hidangan tradisional Melayu yang sangat lazat. Antara menu hidangan penting di sini ialah nasi lemak, rendang, satay dan banyak lagi.
13. De Krayong
De Krayong adalah tempat makan yang best dan mewah yang berada di Jasin. Dengan memberi anda hidangan makanan laut yang punyai kualiti yang tinggi, tidak rugi untuk anda habiskan wang untuk mencuba hidangan yang mereka miliki. Antara menu yang terkenal di restoran ini ialah udang butter, sotong goreng tepung, dan juga ketam masak kari.
Inilah antara tarikan hebat untuk anda lawati di Jasin. Banyak lagi tempat menarik yang ada di Jasin yang tidak sempat kami letak dalam senarai ini. Sekiranya anda berkesempatan ke Jasin jangan lupa melawat 13 tempat menarik di Jasin yang telah kami senarai ini. Selamat Bercuti!