13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Kajang Selangor | Kajang ialah sebuah pekan yang berada di negeri Selangor Darul Ehsan. Ia berada kira – kira 20 batu di selatan ibu kota, Kuala Lumpur. Kajang terkenal dengan kekayaan sejarah dan warisan budaya, serta keindahan alam semula jadinya.
Bila sebut perkataan Kajang, apa yang terbayang di fikiran anda? Tentunya sate Kajang yang femes tu kan. Tahukah anda, selain terkenal dengan satenya yang enak, ada banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan di Kajang.
1. Sate Haji Samuri
Kalau anda sampai ke Kajang, anda wajib merasa sate Kajang yang terkenal di seluruh Malaysia. Sate Haji Samuri sememangnya ikonik di Kajang. Kalau kebiasaannya anda makan sate ayam dan sate daging, apa kata kali ni anda rasa sate lain pula.
2. Air Terjun Sungai Gabai
Jika anda cadang untuk membawa keluarga anda berkelah dihujung minggu atau nikmati pemandangan alam semula jadi, kami sarankan anda untuk datang ke tempat ini. Tempat menarik di Kajang ini sangat terkenal dan sering menarik perhatian para pengunjung dengan keindahannya.
3. Laksa Buyong
Pernah dengar laksa yang dimasak di dalam buyong? Ya betul tu. Kuah laksa di masak di dalam buyong tembikar. Inilah keunikan yang ada di kedai laksa Buyong klasik. Jika anda berkunjung ke Air Terjun Sungai Gabai, anda boleh singgah kedai ini.
4. Hutan Rekreasi Sungai Tekala
Sebuah lagi kawasan air terjun yang menarik untuk dikunjungi adalah di Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Anda boleh berkelah dan mandi manda di tepi Sungai Kajang ini. Namun, tempat menarik di Kajang ini sangat ramai pengunjung.
5. Sungai Congkak
Sungai Congkak sememangnya terkenal. Siapa tak kenal Sungai Congkak? Ia menjadi tumpuan pada hujung minggu kerana air sungainya yang jernih, sejuk, dan segar. Kawasan parking juga banyak di sini, jadi walau pun ramai pengunjung yang datang, tiada masalah untuk anda letak kenderaan.
6. Ostritch Wonderland Kajang
Ostrich Wonderland Kajang telah beroperasi sejak tahun 2000. Seperti namanya, di sini anda berpeluang melihat burung unta dengan dekat, memegang dan memberi makan kepada burung unta ini. Menariknya, anda juga boleh selfie bersama burung – burung unta tau.
7. Bukit Broga
Pencinta aktiviti hiking pasti suka dengan Bukit Broga ini bukan? Walaupun sebuah bukit, namun tahap kesukaran untuk mendaki bukit ini agak rendah. Jadi sangat sesuai bagi beginner untuk aktiviti hiking. Malah anda juga boleh membawa anak – anak untuk hiking bersama.
8. Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Semenyih Eco Venture menyajikan anda para pencinta sukan ekstrim dengan variasi aktiviti yang menarik seperti bawa basikal, memandu ATV, berkayak, dan banyak lagi. Jika anda datang berkumpulan dan suka main futsal, anda jangan risau anda boleh main futsal di sini.
9. Willy Satay
Daging satay dengan perapan yang sempurna, rempah ratus yang sangat berasa dengan variasi daging yang banyak. Selain itu tidak kalah hebat dengan Haji Samuri, iaitu Sate Willy. Kuah yang penuh dengan rasa yang sedap serasi dipadankan dengan satay Kajang mereka.
10. Sungai Pangsun
Sekiranya anda punyai anak – anak yang masih kecil tetapi ingin mandi manda bersama, kami sarankan untuk membawa mereka datang berkelah ke Sungai Pangsun. Sungai ini lebih cetek berbanding Sungai Congkak. Jadi selamat dan sesuai untuk kanak – kanak.
11. Empangan Semenyih
Empangan Semenyih berfungsi sebagai kawasan tadahan air namun keindahan alam semula jadinya menarik sesiapa sahaja untuk datang ke sini. Kebiasaannya selain orang awam, kaki – kaki pancing juga datang untuk memburu ikan toman, tilapia, keli dan banyak lagi.
12. De Centrum Mall Kajang
De Centrum Mall ialah pusat beli – belah mesra keluarga di Kajang. Kanak-kanak boleh bermain ketika orang dewasa beli – belah. Mall di Kajang ini punyai restoran halal yang menyajikan makanan ringan hingga berat, tempatan dan antarabangsa.
13. Kafe Kambing Kacak
Teringin nak makan hidangan kambing atau masakan timur tengah? Datanglah ke tempat makan Kajang ini! Kafe Kambing kacak ini menyajikan banyak hidangan yang menyelerakan. Harga yang berpatutan dengan servis yang efisen.
Cheras adalah lokasi yang tidak hanya menawarkan keindahan alam semula jadi tetapi juga kepelbagaian rekreasi dan budaya. Jadi, jangan terlalu lama terperangkap dalam rutin harian. Ajak keluarga dan rakan – rakan untuk menjelajahi tempat menarik di Cheras yang pasti akan memeriahkan hidup korang. Jangan lupa untuk tempah hotel di Booking.com dahulu sebelum sampai. Selamat bercuti!