13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Semenyih Selangor | Semenyih merupakan salah satu bandar yang merupakan sempadan antara Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Senang cakap, atas sikit dari Nilai dan berdekatan dengan Bangi dan Kajang.

Mencari tempat menarik di Semenyih Selangor untuk bercuti? Bandar ini punyai banyak port makan yang terbaik pilihan pengunjung. Semenyih agak kurang dikenali dengan kunjungan pelancong dari luar negeri yakni sesuai dengan asal usulnya bermaksud “sembunyi”.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Papa Sushi Semenyih

Dari makanan Arab, kita cuba pula makanan Jepun. Papa Sushi di Semenyih ini bukan nama yang asing sebenarnya. Papa Sushi adalah sebuah restoran berkonsep kiosk. Jadi, mereka tak sama la seperti restoran Jepun yang biasa anda pergi yang mempunyai rotating belt membawa makanan itu.

2. Forest Research Institute of Malaysia (FRIM)

FRIM adalah destinasi tumpuan para remaja untuk melakukan aktiviti lasak di Gombak Selangor. Terdapat 6 trek hutan berjejak yang boleh dilalui seperti Jejak Keruing, Jejak Sebasah dan laluan berjalan kaki Razak.

3. Sg. Lalang Hotspring Semenyih

Ditutup dari pukul 10.00 pagi hingga 4.30 petang kerana cuaca panas. Destinasi yang baik untuk bersantai bersama keluarga dan rakan – rakan. Air di sini benar – benar hangat dan menyegarkan. Terdapat dua kolam air panas yang boleh anda nikmati dan kemudahan bilik mandi.

4. Saville Wonderland

 

Jom ke Saville Wonderland! Kawasan seluas 9 ekar dengan banyak aktiviti pelancongan agro menarik. Ini bukan sekadar zoo mini – ada kuda, burung unta, rusa, landak dan banyak lagi. Anda juga boleh menaiki ATV sejauh 14 km dengan juru pandu, aktiviti memanah, menunggang kuda, dan memancing di dua kolam.

5. Lady Bird Organic Farm

LadyBird Organic Farm adalah sebuah taman organik yang terkenal dengan penanaman sayur – sayuran dan tumbuh – tumbuhan. Ia seolah – olah kebun semula jadi yang miliki variasi sayur yang boleh anda beli terus dari sini untuk kegunaan masakan anda atau supply ke mana – mana tempat.

6. Semenyih Ecoventure Resort & Recreation

Eco Venture Resort And Recreation adalah tempat rekreasi beserta penginapan dengan bayak aktiviti menarik seperti flying fox, paintball, berkayak, futsal, trekking, ATV, dan banyak lagi. Aktiviti lasak seperti hiking dan ATV (dengan panduan) berharga RM25 hingga lebih dari RM100 bergantung kepada pakej.

7. Setia Ecohill

Setia Ecohill adalah tempat menarik di Semenyih Selangor yang ideal untuk percutian bersama keluarga. Terdapat taman permainan untuk anak – anak dan kemudahan senaman bagi ibu bapa. Basikal juga disediakan jika ingin berbasikal. Anda juga boleh nikmati matahari terbenam dari puncak Eco Hill.

8. Luthfi Tang Kopitiam

Teringin nak mencuba masakan cina tetapi takut akan status halal? Jangan risau! Luthfi Tang Kopitiam ialah restoran masakan cina muslim yang boleh anda cuba. Antara masakan cina yang boleh anda cuba ialah Pan Mee, Wantan Mee, Kuey Teow Goreng dan dim sum. Sambil makan jangan lupa pekena kopitiamnya memang terbaik!

9. Shaqhel’s Kitchen

 

Shaqhel’s Kitchen sememangnya tempat menarik di Semenyih yang terkenal dengan masakan western dan kampung. Antaranya ialah chicken chop, lamb chop, pasta, burger, nasi serai dan mee bandung. Malah, tempatnya yang selesa dan servis makanan yang pantas membuatkan pengunjung gemar makan di sini!

10. Mai Kolam Kitchen

Mencari tempat makanan dengan suasana ala-ala kampung? Mai Kolam Kitchen adalah lokasi yang tepat untuk anda dengan view kolam lagi tau! Pelbagai hidangan tradisional melayu seperti nasi goreng, nasi ayam, laksa, nasi impit, satay, cucur disajikan di sini.

11. Air Terjun Sungai Tekala

Tidak jauh dari Ostrich Wonderland dan Empangan Semenyih terletaknya Air Terjun Sungai Tekala. Apa kata anda cuba singgah sebentar di sini merehatkan minda dengan mandi – manda di sini? Selain itu, kanak – kanak boleh mandi – manda di sini kerana air terjunnya yang cetek dan tidak deras.

12. Lady Bird Organic Farm

Anda seorang guru yang sedang mencari tempat untuk educational tour bagi murid – murid? Kami sarankan untuk anda ke Lady Bird Organic Farm! Di mana banyak aktiviti menarik dan berilmu tentang sayur dan tumbuhan yang boleh didapati di sini.

13. Al Daud Arabic Restaurant

Tiba-tiba tekak rasa nak makan masakan timur pula? Jom singgah di Al Daud Arabic Restaurant. Antara makanan yang disajikan di sini ialah nasi mandy, shawarma, nasi kabsah, kebab dan roti naan. Bagi anda penggemar dessert jangan lupa untuk mencuba kunafa. Semestinya terbaik!

 

Bagaimana? Seronokkan bercuti di Semenyih. Tidak dinafikan lagi bahawa Semenyih, Selangor adalah salah satu tempat menarik untuk percutian anda pada musim cuti dan juga hari biasa. Banyak betul tempat menarik dekat sini. Penginapan mungkin diperlukan jika anda datang ke sini. Jangan lupa tempah di Booking.com dahulu ye. Selamat bercuti!

Share.

Leave A Reply