13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Kota Bharu Kelantan | Daripada istana – istana lama, muzium – muzium dalam bangunan klasik, hingga lah kepada kedai – kedai makan yang best, Kota Bharu adalah sebuah tempat dengan pakej pakej yang lengkap untuk orang ramai datang bercuti di sini.

Syoknya kalau dapat bercuti ke sebuah tempat yang meriahkan? Kalau ini yang anda cari, bercuti lah ke Kota Bharu. Bandar yang berada di dalam negeri Kelantan ini begitu happening bukan hanya kerana penduduknya yang ramah, tapi juga kerana suasana yang sangat hidup dengan aktiviti jual beli.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Street Art Kota Bharu

Fenomena Street Art bukan lah sesuatu yang baru di Malaysia. Malah, kebanyakan kota di negara ini telah punyai street art tersendiri. Bagaimanapun, setiap street art yang dipaparkan di setiap tempat pasti istimewa untuk sesuatu tempat itu. Di Kota Bharu, mereka turut menawarkan street art yang mencerminkan budaya dan identiti negeri Kelantan.

2. Pantai Nusuk

Jika anda sukakan pantai, pastikan anda singgah ke Pantai Nusuk di Kota Bharu. Buat pengetahuan anda, Pantai ini dulunya sebuah pulau terpencil yang penuh dengan semak samun. Lokasinya yang tersembunyi di Sabak ini menjadikannya seolah – olah pantai rahsia. Sebab itulah namanya pantai Nusuk iaitu sembunyi.

3. Muzium Negeri Kelantan

Ditubuhkan pada tahun 1990, muzium ini berada di dalam sebuah bangunan yang pada asalnya berfungsi sebagai pejabat Majlis Perbandaran Kota baru. Di dalamnya, anda dapat menyelusuri pembangunan yang telah ditempuhi negeri pantai timur ini dengan teratur dari masa lampau hingga lah ke zaman moden.

4. Taman Indera Petra

Setelah puas makan angin di sekitar bandar ini, anda boleh terjun masuk ke dalam kolam dan mandi – manda dengan sepuas hati untuk menyejukkan badan di Taman Air Splash atau nama lainnya Taman Indera Petra. Mengenai kemudahan yang disediakan, Taman Air Splash lengkap dengan fasiliti seperti taman permainan kanak – kanak, surau dan tandas.

5. Pasar Terapung Kota Pengkalan Datu

Terletak di Cerana Villa Resort, pasar unik ini hanya lah 11 km dari bandar. Selain Pasar Siti Khadijah, anda juga boleh ke Pasar Terapung Kota Pengkalan Datu yang tidak jauh dari Kota Bharu. Pasar yang baru sahaja memulakan operasi pada tahun 2017 ini dibuka pada setiap hari Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 2 petang.

6. Kampung Kraftangan

Umum mengetahui bahawa negeri Kelantan ini cukup kaya dengan seni budayanya. Di sini, anda dapat melihat demonstrasi bagaimana kain songket dihasilkan, pembuatan wau, melihat ukiran tradisional, cara membuat barangan perak, cuba mencanting batik sendiri dan banyak lagi!

7.  Gelanggang Seni

Selain melawati Muzium Kraftangan, anda juga boleh ke Gelanggang Seni untuk melihat pelbagai persembahan budaya dan mencuba banyak aktiviti yang ditawarkan. Antara aktiviti yang diadakan di sini adalah seperti pertunjukan silat, pertunjukan wayang kulit, permainan gasing, bermain wau dan banyak lagi.

8. Menara Rehal

Setibanya ke Kota Bharu siapa pun tak akan terlepas pandang gerbang yang menjadi mercu tanda bandar ni yang juga dipanggil sebagai Menara Rehal. Nak jadi bukti anda dah ke Kota Bharu? Inilah salah satu menara yang boleh anda jadikan latar belakang. Menara yang unik ini turut berada dekat dengan banyak lagi lokasi hotspot pelancong seperti Istana Jahar  dan Padang Merdeka.

9. Pasar Wakaf Che Yeh

Untuk pengetahuan anda, pasar ini adalah pasar malam yang terbesar di bandar ini. Apa yang anda nak beli? Barangan rumah? Aksesori? Pakaian? Makanan? Anda tak akan kecewa dengan pilihan yang ada di sini tambahan lagi dengan harga yang murah semacam, memang rambang mata!

10. Bazaar Tok Guru

Ada banyak lagi bajet nak bershopping? Mai singgah pula ke Bazaar Tok Guru! Sedar tak sedar boleh berjam – jam habis kat sini lebih – lebih lagi buat kaum wanita. Dari shawl, tudung bawal, batik, blouse, telekung hingga lah jubah dan segala macam ‘cinta hati’ wanita, semua nya ada di bazaar ini.

11. Pantai Cahaya Bulan

Penat berjalan dan berlanggar bahu dengan orang ramai, tibalah masa untuk merehatkan badan sambil nikmati pemandangan yang mendamaikan. Lokasinya adalah di Pantai Cahaya Bulan atau juga turut dikenali dengan nama ringkasnya, PCB. Lokasinya? Hanyalah 10 minit sahaja dari pusat bandar Kota Bharu

12. Muzium Islam

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Terletak di dalam bangunan yang dibina menggunakan kayu cengal, bangunan ini pernah digunakan pada tahun 1902 sebagai kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan. Sebagai negeri yang digelar sebagai Serambi Mekah, cukup banyak al kisah berkaitan Islam yang ingin dikongsikan dengan masyarakat. Oleh tujuan itu, wujud lah Muzium Islam.

13. Muzium Adat-Istiadat Istana Jahar

Muzium Adat-Istiadat ataupun Istana Jahar ini adalah sebuah bangunan yang telah dibina pada abad ke-19 iaitu pada tahun 1855 oleh Sultan Muhamma II untuk diberikan kepada cucundanya, Long Kundur Bendahara. Istana ini telah dibina dari hasil tangan tukang – tukang kayu yang mahir dari seluruh Kelantan pada ketika itu.

 

Lain macam betul menariknya Kota Bharu ni kan? Kekayaan seni budaya, kedai makan yang menggegarkan deria rasa, tempat bershopping yang entah bila dapat habis dilawati, Kota Bharu adalah sebuah tempat percutian yang cukup istimewa. Jangan lupa tempah hotel dahulu sebelum tiba ke Kota Bharu. Selamat bercuti!

Share.

Leave A Reply