13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Kuala Terengganu, Terengganu | Khalifah Media Networks – Kuala Terengganu, bukanlah sebuah bandar yang asing lagi disini. Walaupun Kuala Terengganu adalah daerah yang terkecil dari yang lain tapi siapa sangka, daerah ini mempunyai banyak tempat pelancongan yang cantik dan tempat makan yang menarik untuk dikunjungi.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Kuala Terengganu, Terengganu ini.

 

1. THE OCTAGON CAFE – KAFE

Kalau anda ada di Kuala Terengganu, jangan segan silu untuk cuba singgah di The Octagon Cafe ini. Untuk pengetahuan korang, The Octagon Cafe adalah salah satu kafe yang cukup popular dalam penduduk setempat. Kafe ini memperoleh sebanyak 4.8 bintang di Google Review.  Rata rata pengunjung disini memberikan reaksi positif terhadap menu, harga, suasana dan perkhidmatan yang ditawarkan. Sememangnya terbaik! Tak percaya? Anda boleh rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi the Octagon Cafe ini di 136/7, Wisma Pantai, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 4 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-9646480.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/theoctagoncafe/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/octagoncafe/

 

2. REASON: COFFEE – KAFE

Anda kurang yakin dengan kafe diatas? Jangan risau, anda juga boleh ke Reason: Coffee ini. Reason: Coffee adalah salah satu kafe yang tidak kurang hebatnya. Dekat sini, terdapat bermacam macam jenis kopi yang anda boleh pilih. Pasti anda akan rambang mata punya. Bukan setakat banyak pilihan dan sedap tapi harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Nampak menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Reason: Coffee ini di Lot 3216, Jln Kamaruddin, Kampung Mengadang Akar, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:  011-39745697.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/reasoncoffeemy/

 

3. JOLLY GOOD – KAFE

Inginkan suasana breakfast yang menenangkan? Anda boleh ke Jolly Good ini. Apa yang menarik disini ialah mereka ada menyediakan pelbagai jenis hidangan sarapan pagi yang anda boleh cuba seperti Hot Latte, Croissant with Scrambled Egg, Apple Salad dan banyak lagi. Bukan setakat itu sahaja, tempat ini amat lah sesuai untuk anda seisi keluarga atau kawan kawan makan bersama sama kerana suasana disini cukup memukau. Memang sedap mata memandang lah orang. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di 814, Lorong Pandan, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu dan dibuka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa pada  8 pagi hingga 4 petang. Manakala hari Jumaat dibuka pada 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dibuka semula pada 3 petang hingga 6:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-7099824.

INSTGRAM PAGE: https://www.instagram.com/jollygoodcafe/

 

4. AMKI CAFE – KAFE

Anda masih buntu nak makan dekat mana? Amki Cafe adalah jawapan. Kalau nak tahu, Amki Cafe adalah salah satu kafe yang best untuk anda kunjungi kerana mereka ada menyediakan pelbagai jenis kopi premium dan makanan Western yang cukup mengiurkan. Rata rata pengunjung disini memberikan reaksi positif terhadap menu, harga, suasana dan perkhidmatan yang ada disini. Sememangnya padu! Anda pasti takkan menyesal punya. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi kafe ini di Hadapan Pejabat Perikanan, PT41119, Jalan Fikri, Taman Takir Perdana, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu dan dibuka setiap hari pada 3:30 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 010-8778747.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/AMKIcafe/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/amkicafe/

 

5. COFFEE GARDEN (UTC KUALA TERENGGANU) – KAFE

Ni bukan sebarang Coffee Garden tetapi Coffee Garden ini bakal memikat hati anda. Untuk pengetahuan anda, Coffee Garden adalah salah satu port yang menarik untuk anda cuba. Lebih lebih lagi kalau anda seorang big eater. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis menu dengan portion yang agak banyak dan memastikan kualiti makanan terjamin. Antara menu yang disukai ramai ialah Grilled Chicken, English Man Fish and Chip, Spaghetti Seafood, Coffee Garden dan banyak lagi. Kafe ini amat lah sesuai untuk anda seisi keluarga atau kawan kawan makan bersama sama kerana persekitaran selesa dan juga bersih. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Lot PK03, Kompleks Paya Bunga Square (UTC, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 9:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima kafe menarik di daerah Kuala Terengganu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kuala Terengganu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply