13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Kuala Kangsar Perak | Terletak di negeri Perak, Kuala Kangsar adalah suatu peluang yang baik untuk road trip dengan keluarga dan kawan – kawan anda kerana Kuala Kangsar tidak sejauh mana pun dari pusat bandar. Oleh itu, Kuala Kangsar sesuai untuk menjadi lokasi pilihan percutian untuk cuti sekolah ini.
Ingin menenangkan fikiran anda dari stress pekerjaan? Ingin bercuti tanpa bimbang perbelanjaan yang banyak? Jika itu yang anda idamkan Kuala Kangsar adalah tempat sesuai dengan banyak pusat pelancongan mesra dompet dan pemandangan yang menyejukkan. Kuala Kangsar sesuai untuk menjadi tempat pilihan percutian anda untuk cuti sekolah ini. Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar tentera ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di Kuala Kangsar ini.
1. Tasik Raban
Untuk nikmati alam semula jadi, anda boleh pergi ke Tasik Raban. Salah satu tempat pelancongan yang terkenal, Tasik Raban juga punyai resort sendirian untuk anda bermalam di sana. Resort ini juga sedia untuk terima tempahan jika anda ingin adakan persidangan kerja di sana.
2. Kolam Air Panas Ara Panjang
Tidak ramai pelancong ketahui tentang kewujudan kolam air ini. Kolam air panas ini punyai potensi untuk menjadi tempat pelancongan yang menarik kerana kolam air panas ini ada banyak manfaat seperti dapat bantu masalah kulit gatal ataupun merebus telur dengan cepat.
3. Galeri Sultan Azlan Shah
Galeri ini tidak jauh dari Masjid Ubudiah kerana ia hanya seberang jalan dari masjid ini. Tempat ini dibina dengan tujuan untuk memberi pengetahuan yang lebih dalam kepada orang awam tentang kehidupan seorang Sultan. Galeri Sultan Azlan Shah ini menyimpan barang – barang yang pernah dimiliki Sultan Azlan Shah.
4. Kilang Kicap Tamin
Kilang Kicap Tamin ini diasas oleh seorang penduduk yang bermodalkan RM10 sahaja, semangatnya untuk meneruskan perniagaannya hingga berjaya amat menakjubkan. Sekarang, ramai orang mengenali jenama Tamin ini, lebih – lebih lagi golongan suri rumah yang kuat memasak.
5. Istana Iskandariah
Istana Iskandariah adalah tempat bersemayam Sultan Perak yang rasmi. Tempat ini miliki corak seni bina yang unik kerana punyai adunan dari Islam-India ‘Saracenic’ dan Asia Barat. Selain itu, istana ini dibina untuk hadap arah matahari menaik dan pemandangannya jauh ke Sungai Perak yang jernih.
6. Istana Kenangan Bukit Chandan
Istana Kenangan adalah kediaman sementara oleh Sultan Iskandar Shah. Mengikut sejarah, istana ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku tetapi menggunakan kayu dan pisang sesikat. Istana Kenangan juga dikenali sebagai Istana Kuning kerana warna cat pada dinding – dinding istana ini.
7. Victoria Bridge
Jambatan yang dibina sejak tahun 1897 dan dibuka pada tahun 1900 oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah merentasi Sungai Perak. Jambatan ini juga melengkapkan trek kereta api dari Enggor ke Kuala Kangsar. Pada tahun 1910, trek ini beroperasi sepenuhnya yang menyambungkan Perai ke Johor Bahru.
8. Oldest Rubber Tree
Industri getah di Malaysia adalah antara tempat bersejarah untuk negara ini. Bukan sahaja membangkitkan ekonomi negara, industri getah juga sangat membantu rakyat. Kalau anda nak tahu, Sir Hugh Low telah memulakan dan jadikan Kuala Kangsar tempat utama industri getah.
9. Masjid Ubudiah Bukit Chandan
Jika anda seorang yang suka kepada seni bina yang unik, anda boleh melawat Masjid Ubudiah. Terletak di Bukit Chandan, masjid ini adalah di antara masjid yang paling cantik di Malaysia. Masjid ini punyai seni bina yang berpengaruh dari ‘Saracenic’ iaitu Islam-India.
10. Sungai Perak
Sungai ini mengalir dalam 400km dari Hulur Perak hingga ke Bagan Datoh, Selat Melaka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sungai ini ialah memancing, menyelam dan berenang di Sungai Perak. Terdapat banyak jenis ikan yang ada dalam sungai seperti lampam, sebarau, tilan, tongsan dan lain – lain.
11. Pekan Kuala Kangsar
Pekan Kuala Kangsar punyai banyak jenis barangan hasil tangan orang – orang kampung seperti labu sayong, tilam, songkok, barangan tembaga. Selain dari itu, anda juga boleh membeli cenderemata dari pekan ini untuk disimpan sebagai kenangan atau untuk kawan – kawan anda.
12. Malay College Kuala Kangsar
Juga dikenali sebagai Kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah ini punyai ramai alumni yang punyai status yang elit seperti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dato’ Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Sekolah ini ialah sekolah asrama penuh lelaki dan hanya dihadiri oleh pelajar yang punyai keputusan yang cemerlang.
13. Pavilion Tower Kuala Kangsar
Pavilion Tower Kuala Kangsar adalah Anglung tiga tingkat ini dibina pada tahun 1930 dan berada di hadapan Malay College Kuala Kangsar. Anglung ini digunakan oleh keluarga Sultan untuk menonton permainan polo. Sekarang, ia dijadikan sebagai tempat bersejarah dan tarikan pelancongan di Kuala Kangsar.
Berakhir sudah senarai tempat menarik di Kuala Kangsar. Dari segi pelancongan, alam semula jadi dan sejarah, Kuala Kangsar adalah tempat yang paling sesuai untuk anda luang masa dengan keluarga anda tanpa perlu mengeluarkan budget yang besar. Jangan lupa untuk tempah hotel di Booking.com dulu sebelum sampai. Selamat bercuti!