13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Kuala Pilah Negeri Sembilan | Kuala Pilah adalah tempat menarik di Negeri Sembilan sebagai bandar ke-3 terbesar di negeri ini selepas Jempol dan Jelebu. Ia digelar sebagai ‘Bandar Diraja Negeri Sembilan’ dengan bertempatnya sebuah istana diraja di sini. Selain itu, itik salai adalah menu wajib anda cuba kalau dah sampai ke sini.
Jika di negeri – negeri lain terkenal dengan Adat Temenggung, Adat Perpatih pula adalah adat popular di sini. Ia berkonsepkan harta warisan nenek moyang yang bakal diwarisi oleh anak perempuan yakni sebalik dari Adat Temenggung.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Ladang Alam Warisan
Nak pelajari kehidupan orang Melayu zaman dahulu? Anda boleh ke Ladang Alam Warisan yang sangat menarik di Negeri Sembilan ini. Antara aktiviti yang ada iaitu menunggang kuda, memanah, permainan tradisional dan memberi makan kepada haiwan di mini zoo.
2. Muzium Diraja Seri Menanti
Tempat ini terdiri dari Balai Rong Seri, Balai Raja Muda, Bilik Santapan dan Bilik Beradu yang masih sama seperti kedudukan asal istana. Muzium Diraja Seri Menanti diwartakan sejak tahun 1922 dan pernah menjadi kediaman istana diraja pada tahun 1900 an.
3. Galeri Teratak Bonda Jeliah
Anda penggemar barang – barang antik? Bolehlah ke tempat menarik Kuala Pilah yang penuh dengan ribuan lambakan koleksi antik yang banyak jenis dan saiz. Apabila anda melihat koleksi – koleksi di Galeri Teratak Bonda ini, pasti akan mengimbau kembali ke zaman 70 ke 80 an!
4. NS Dairy Farm
Jika di Kepulauan Borneo ada Kundasang, di semenanjung pula ada Kuala Pilah yang punyai ladang lembu ala-ala New Zealand ini. NS Dairy Farm adalah ladang lembu dan kambing yang sertai aktiviti yang menarik. Antaranya ialah melawat zoo mini, flying fox, monkey walk dan walk climbing. Pengunjung juga boleh minum susu kambing fresh.
5. Teratak Zaaba
Zainal Abidin Bin Ahmad atau dikenali sebagai Za’ba adalah tokoh penulis melayu yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Maka, sebuah rumah kayu tradisional yang adalah tempat yang cantik diperkenalkan bagi hargai jasa beliau. Dikenali sebagai Teratak Zaaba, ia menempatkan segala harta peribadi milik Za’ba. Antaranya ialah Al-Quran, mesin taip, kipas lama dan perabot kayu.
6. Pilah Kontenastay
Bosan dengan penginapan jenis hotel? Inginkan tempat percutian di Negeri Sembilan yang unik? Jom ke Pilah Kontenastay! Tempat cantik ini pasti memberi anda pengalaman tinggal di dalam kontena dengan suasana kampung. Tambahan pula, terdapat dusun buah – buahan berdekatan penginapan ini. Baru lah feel macam di kampung bila datang ke sini.
7. Kampungstay Laman Ejo
Mencari tempat percutian di Negeri Sembilan secara berkumpulan? Anda boleh menginap di Kampungstay Laman Ejo. Tempat cantik ini berada berhampiran Taman Rekreasi Ulu Bendul dan Muzium Diraja Seri Menanti. Ianya miliki 2 rumah banglo yang berada bersebelahan iaitu Banglo Santalia dan Banglo Fucida.
8. Laman Gentam
Mencari tempat yang luas untuk meraikan aktiviti keramaian di sekitar Kuala Pilah? Laman Gentam adalah lokasi yang sesuai. Tempat menarik di Kuala Pilah ini miliki tempat yang cantik dengan laman yang menghijau. Antara acara yang sesuai ialah meeting, majlis rasmi dan majlis resepsi perkahwinan.
9. Taman Rekreasi Ulu Bendul
Dah puas tawan Gunung Angsi? Mari bersantai ke Taman Rekreasi Ulu Bendul pula! Tempat ini menjadi tempat yang cantik untuk keluarga beriadah di hujung minggu. Ia juga sesuai sebagai tapak perkhemahan. Selain air terjun Kuala Pilah, terdapat kolam buatan manusia yang sesuai untuk setiap golongan mandi – manda.
10. Gunung Angsi
Para hikers di luar sana, mari tawan Gunung Angsi yang berketinggian 825 m ini! Tempat menarik Kuala Pilah ini adalah lokasi awal para hikers kunjungi sebelum mandi – manda di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Terdapat 2 jenis laluan pendakian yang disediakan untuk anda menawan gunung ini. Iaitu trailhead Ulu Bendul dan Bukit Putus. Beza laluan ini adalah laluan Bukit Putus lebih santai.
11. Jeram Tengkek
Selain Ulu Bendul, Jeram Tengkek juga sesuai untuk mandi – manda. Terdahulu ia adalah kawasan pendakian bukit yang bertingkat oleh peneroka. Aliran airnya sangat jernih dek kerana kawasannya yang tidak begitu dikenali seperti tempat mandi – manda yang lain. Selain itu, anda boleh melawat perkampungan Orang Asli yang berada di sini.
12. ATV Kg Jkin Extreme Park
Anda suka aktiviti outdoor yang ekstrem? Jom cabar diri anda di ATV Kg Jkin Extreme Park! Antara aktiviti yang disediakan ialah flying fox, hiking, rock climbing, extreme swing, MTB Funride dan aktiviti sukan air. Bukan itu tempat ini turut menyediakan tempat penginapan serta tapak perkhemahan untuk anda bermalam.
13. Kodai Makan Ain
Nak rasa masakan Negeri Sembilan yang terbaik? Mari menjamu selera di kedai makan Kuala Pilah yang terkenal iaitu Kodai Makan Ain. Untuk makluman anda, kodai bermaksud kedai di dalam dialek Negeri Sembilan. Tempat makan best di Kuala Pilah ini menyajikan banyak lauk – pauk negeri ini yang menyelerakan di samping saiznya luas.
Banyak tempat menarik yang ada sejarahnya tersendiri di Kuala Pilah. Jadi, tak rugi kalau anda datang bercuti ke Kuala Pilah dan singgah ke salah satu tempat yang telah kami senaraikan. Semoga tempat bersejarah di daerah ini dapat memberi kita manfaat yang positif.