13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Sitiawan, Perak | Khalifah Media Networks – Sitiawan, sebuah bandar yang terletak di daerah Manjung, Perak. Bandar ini adalah salah satu bandar terbesar di Perak dan unik dengan keindahan alam semula jadi, kaya dengan warisan budaya dan peluang ekonomi.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Sitiawan, Perak ini.
1. YIHO BAKEHOUSE – KAFE
Anda lapar tapi tak tahu nak makan dekat mana? Jangan risau, anda boleh cuba singgah di Yiho Bakehouse ini. Yiho Bakehouse adalah salah satu kafe yang cukup popular di Tiktok. Dekat sini, mereka ada menyediakan bermacam macam jenis roti, masakan dan minuman yang anda boleh pilih. Pasti anda akan menyukainya kerana harga yang ditawarkan cukup mampu milik, perkhidmatan yang cukup mesra dan suasana tenang, selesa dan bersih. Nampak menarik, bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
No. 1, Taman Bunga Raya, Kampung Koh, 32000 Sitiawan, Perak dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-5797277.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/yiho.bakehouse/
2. HOUF CAFE – KAFE
Mencari tempat lepak yang best? Kalau jawapan anda “Ya”, maka Houf Cafe adalah tempat anda. Houf Cafe adalah salah satu kafe yang cukup popular dalam kalangan penduduk setempat untuk datang melepak bersama kawan kawan. Dekat sini, mereka ada menyediakan bermacam macam jenis masakan yang anda boleh cuba. Antaranya ialah Fish Burger, Salted Egg Soft Shell Crab Pasta, Churros dan banyak lagi. Rata rata pengunjung disini sangat berpuas hati dengan portion yang dihidangkan dan juga harga ynag ditawarkan. Memang berbaloi. Suasana dan perkhidmatan disini pun cukup baik. Jadi, selamat mencuba!
11, Jalan Lumut, Taman Sitiawan Maju, 32000 Sitiawan, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 9 pagi hingga 4 petang dan dibuka semula pada 6 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 05-6920072.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Houf.Cafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/houf.cafe/
3. JASPER CAFE – KAFE
Mencari tempat untuk menikmati kopi dan juga makanan? Anda boleh cuba singgah di Jasper Cafe ini. Untuk pengetahuan anda, Jasper Cafe ini adalah sebuah kafe yang menyediakan bermacam macam jenis kopi premium, minuman yang isitimewa, pencuci mulut dan juga masakan panas yang mengiurkan. Semestinya akan membuatkan anda rambang mata punya. Bukan setakat banyak pilihan tetapi juga portion hidangan pun cukup besar memang mengenyangkan. Memang berbaloi lah orang kata. Jadi, jangan segan silu untuk mencuba!
261, Medan Sejati 2, Taman Sejati, 32000 Sitiawan, Perak dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 010-8725458.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/jaspercafestw/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/jaspercafe_stw/
4. LIFE STORY CAFE – KAFE
Masih ragu ragu? Jangan risau, anda boleh cuba di Life Story Cafe pula. Life Story Cafe pasti dapat menyakinkan anda. Dikatakan kafe ini adalah salah satu kafe yang menjadi pilhan penduduk setempat untuk makan bersama keluarga ataupun santai bersama kawan kawan. Kafe ini bukan sahaja menjamin kelazatan masakannya tetapi juga harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Sekiranya anda ada dekat sini, anda boleh lah cuba Mongolian Style Chicken Rice. Sememangnya terbaik! Selamat mencuba!
34, Jalan Sejahtera 4, 32000 Sitiawan, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 12 tengah hari hingga 9:30 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/lifestorycafe/
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Kampar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kampar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!