13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Kuantan Pahang | Kuantan, ibu negeri Pahang yang berada di kawasan pantai timur menjadi lokasi percutian pilihan utama ramai orang. Meskipun bandar ini telah berkembang pesat, ia masih mengekalkan ciri – ciri tarikan lokalnya serta dengan keindahan alam semula jadi yang terpelihara.
Pertama kali bercuti ke ibu negeri Pahang? Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Kuantan yang boleh anda terokai untuk percutian bersama keluarga. Pantai-pantai menarik di Kuantan bukan hanya ada 2 sahaja, tetapi lebih dari 4 lokasi pantai menarik yang ideal untuk dilawati.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Pantai Cherating
2. Bukit Gambang Resort City
3. Kuantan River Cruise
4. Pantai Balok
5. Pantai Batu Hitam
6. Mini Zoo Teruntum
7. Taman Esplanade Kuantan
8. De Rhu Beach Resort
9. Pantai Teluk Chempedak
Pantai Teluk Chempedak merupakan pantai yang sangat popular di Bandar Kuantan memandangkan lokasinya sangat dekat. Juga dikenali oleh orang setempat sebagai TC, pantai ini tidaklah terlalu besar seperti di Pantai Cherating & kalau anda berjalan kaki dari hujung ke hujung memakan masa hanya 20 minit sahaja.
10. Air Terjun Sungai Pandan
Sekiranya anda ingin membawa keluarga mandi manda di air terjun, destinasi yang paling popular di Kuantan sudah tentulah Air Terjun Sungai Pandan atau juga dikenali dengan Air Terjun Panching. Destinasi air terjun ini sangat mudah untuk anda lawati dari Bandar Kuantan & akan memakan masa sekitar 20 minit juga.
11. Mangala Resort & Spa
Destinasi yang sangat romantis ini menawarkan 4 jenis villa penginapan yang sangat indah untuk anda bermalam bersama keluarga ataupun pasangan. Mangala Resort & Spa merupakan sebuah hotel penginapan yang bertaraf 5 bintang yang terletak di Gambang, Kuantan & kira-kira 40 km dari pusat Kuantan.
12. Pantai Pelindung
Destinasi pantai ini ramai pelancong luar yang jarang terjah mungkin kerana tidak tahu. Sebenarnya Pantai Pelindung ini juga ada kelebihan yang tiada di Pantai Teluk Chempedak. Kawasan pantai ini lebih lapang & lebih seronok untuk anak-anak berkejaran di gigian pantai.
13. Masjid Sultan Ahmad 1
Masjid yang sangat besar ini mempunyai 4 menara utama yang mengelilingi kawasan masjid & bentuk menaranya tidak ubah seperti 4 buah roket yang bakal berlepas ke ruangan angkasa lepas. Pertama kali masuk ke masjid ini terasa juga seperti sedang berada di Istanbul Blue Mosque.
Berakhor sudah senarai tempat menarik di Kuantan. Sehari bercuti di sini belum pasti dapat menerokai kesemua destinasi menarik di Kuantan. Ikutkan ada lagi banyak tempat menarik di Kuantan yang tiada di dalam senarai ini. Semuanya dijamin buatkan anda berpuas hati. Jangan lupa untuk tempah hotel di Booking.com sebelum sampai ye. Akhir kata, semoga perkongsian ini memberi anda inpirasi untuk bercuti di ibu negeri Pahang ini. Selamat Bercuti!