13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Port Dickson Negeri Sembilan | Ramai yang pilih bercuti di Port Dickson kerana ia hanya satu jam lebih sahaja masa perjalanan dari Kuala Lumpur. Tambahan pula, pantai pasir putih yang luas dan udara laut yang segar antara sebab kenapa Port Dickson menjadi lokasi utama warga ibu kota bercuti pada hujung minggu.

 

Destinasi yang cukup popular di kalangan kaki travel yang berada di Negeri Sembilan iaitu port Dickson sesungguhnya punyai banyak aktiviti dan penginapan yang menarik untuk diterokai. Menjadi salah satu pantai peranginan paling popular di Malaysia, tempat ini sangat sesuai untuk dibuat sebagai lokasi percutian bersama keluarga lebih lagi pada cuti sekolah.

Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.

1. Lexis Hibiscus Port Dickson

Bagi anda yang mengimpikan untuk menginap di resort mewah atas air ketika berada di PD, Lexis Hibiscus Port Dicksonlah tempatnya. Tempat ini miliki lapan jenis bilik yang sangat mewah seperti Executive Pool Villa, Premium Pool Villa hingga lah ke pakej bilik hotel paling mewah iaitu Presidential Suite.

2. Avillion Port Dickson

Tempat ini miliki penginapan yang berkonsepkan villa dan chalet di atas air yang punyai seni bina Melayu Tradisional. Antara jenis – jenis bilik di tempat ini ialah Water Chalet, Beach studios, Bedroom Water Villa dan Premium Water Challet. Persekitaran resort ini miliki suasana yang cukup damai dan buatkan anda terasa lebih mewah dengan kepelbagaian kemudahan yang disediakan.

3. Pantai Teluk Kemang

Sekiranya ini kali pertama anda bercuti di Port Dickson, anda disyorkan untuk berkunjung dahulu ke pantai ini berbanding pantai lain yang ada di PD. Pantai ini menjadi pantai yang paling popular untuk orang ramai bercuti ke PD kerana persisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu dan air laut yang jernih.

4. Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Pantai ini miliki landskap yang lebih sistematik selepas kerja – kerja pembangunan pada tahun 2014 dibuat. Tempat ini lengkap dengan variasi kemudahan awam seperti dataran, pondok rehat dan parking kereta yang luas. Pada waktu malam, pantai ini meriah dengan kehadiran pengunjung untuk bersantai melihat suasana pantai.

5. Glory Beach Resort

Jika ke sini, anda dapat melihat banyak kolam yang menempatkan penyu dari variasi spesies dan jenis seperi penyu belimbing dan penyu karah. Pusat pemuliharaan penyu ini berkolaborasi dengan Santuari Penyu Ranta Abang dalam usaha kekalkan populasi penyu. Malahan ianya memberi pelajaran dan kesedaran kepada pengunjung yang datang ke sini tentang kepentingan hidupan marin dalam ekosistem laut.

6. Extreme Park PD

Bagi yang minat dengan aktiviti extreme, tempat ini dituju khas buat anda! Banyak aktiviti outdoor secara berkumpulan dibuat di Estreme Park PD. Antaranya ialah go – karting, ATV fun ride, memanah, paintball war game dan banyak lagi. Lapangan paintball di sini sangat menarik kerana dikelilingi kehijauan rimbunan pokok yang buatkan pengalaman ketika bermain game paint ball war lebih terasa mencabar.

7. Alive 3D Art Gallery

Bangunan yang menempatkan Galeri Seni 3D ini adalah sebuah rumah kedai yang diubah suai menjadi lebih unik dan menarik berkonsepkan 3D art. Disarankan untuk datang ke sini ketika weekday ataupun pada waktu petang. Jika datang ke sini semasa cuti persekolahan, sudah tentu anda akan beratur panjang kerana tempat ini memang agak popular ketika cuti persekolahan.

8. Wild West Cowboy Indoor Theme Park

Destinasi yang berada sederet dengan bangunan Alive 3D Art ini diselia oleh pengurus yang sama. Tarikan di sini cukup menyeronokkan dan lebih kepada permainan indoor untuk kanak – kanak. Antara aktiviti yang dibuat ialah Rider Boat, Wild West Desert Explorer dan Cowboy-Go-Round. Harga ticket yang dijual hanya dengan nilai RM% untuk satu permainan.

9. Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala

Tempat yang sememangnya kaya dengan flora dan fauna, Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala. Destinasi ini adalah yang terbaik dan dekat dengan Port Dickson untuk anda terokai banyak flora fauna dan burung – burung liar yang setanding dengan Taman Negara.

10. Corus Paradise Resort Port Dickson

Port Dickson sememangnya terkenal dengan tempat peranginannya. Jika anda bercadang untuk datang ke Port Dickson tetapi miliki bajet yang agak terhad untuk penginapan, Corus Paradise Resort Port Dickson adalah jawapannya! Di sini, anda dapat melihat pemandangan laut PD yang cukup mengujakan.

11. PD Waterfront

Kawasan yang dibina oleh kerajaan ini telah menjadi tempat beriadah dan santai bagi warga setempat di sini. Tempat ini juga menjadi tempat untuk anda  beli – belah, tempat makan dan minum, malah menjadi tempat hiburan yang sudah pasti akan menarik minat pelancong untuk kunjung ke sini.

13. Pulau Burung Port Dickson

Pulau kecil yang diberi nama Pulau Burung ini dikategorikan sebagai kawasan hutan paya bakau. Di pulau ini ada beberapa jenis pokok bakau dan pokok api-api. Jika ke sini, anda akan berasa seperti berada di hutan paya bakau. Untuk ke sini, pengunjung boleh guna platform jambatan kayu kira – kira 150 m dari Pantai Cahaya Negeri.

 

Destinasi percutian tepi pantai Port Dickson miliki banyak aktiviti dan penginapan menarik untuk anda terokai. Sebagai salah satu pantai paling popular di Malaysia, Port Dickson sangat sesuai untuk menjadi tempat percutian keluarga. Tempat ini sesuai untuk anda berehat dari kota kerana punyai banyak tarikan yang sangat menarik serta best.

Share.

Leave A Reply