13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Rembau Negeri Sembilan | Rembau adalah sebuah bandar atau daerah yang berada di Negeri Sembilan, Malaysia. Tahukah anda, Daerah Rembau ini berada kira – kira 25 km ke selatan dari ibu negeri, Seremban. Untuk ke Rembau, anda biasanya boleh melalui jalan lebuh raya dari Seremban ataupun Tampin. Ia lebih mudah dan pantas.
“Rembau Most Wanted” demikianlah tajuk lagu yang didendangkan oleh penyanyi Waris yang memperkenalkan tempat – tempat menarik di Rembau Negeri Sembilan dalam lagunya. Di Rembau ini juga ada banyak tempat menarik yang boleh anda lawati jika ke sini.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Hutan Lipur Gunung Datuk
Hutan Lipur Gunung Datuk yang jauh lebih best dari tempat menarik di Pahang untuk anda lawati ini menawarkan aktiviti hiking di Gunung Datuk. Cuaca yang agak lembap menjadikan laluan untuk menuju ke puncak amat sukar dengan 2 ke 3 jam pendakian diperlukan. Selain itu, anda juga boleh mandi – manda di air terjun dan bersantai menenangkan fikiran dengan berkhemah dekat dengan alam semula jadi ini.
2. Kelip Kelip Sungai Timun
Kelip – Kelip Sungai Timun menawarkan keindahan cahaya kelip – kelip yang jauh lebih cantik pada waktu malam berbanding Pantai Hiburan. Pada waktu siang pula, ia menjadi lokasi bagi nelayan untuk dapatkan hasil tangkapan udang galah yang segar sekali. Pada setiap hujung minggu, kawasan ini akan meriah dengan orang ramai dengan 1 jam perjalanan menyusuri sungai untuk melihat cahaya kelip – kelip.
3. Wet World Resort Air Panas Pedas
Alami keseronokan bercuti ke tempat menarik di Rembau ini bersama keluarga mahupun rakan taulan. Wet World Resort Air Panas Pedas telah lama beroperasi sejak tahun 1999 lagi. Selain kolam mandi – manda, ia turut menyediakan kolam refleksologi untuk tujuan perubatan.
4. D’bukit Homestay Rembau
Mencari tempat penginapan yang boleh menghilangkan stres seketika dengan kehijauan alam? Anda boleh menuju ke D’bukit Homestay Rembau. Untuk menuju ke sini, anda perlu melalui jalan kampung sejauh 2 km. Selain bilik penginapan, ia turut menyediakan tempat memasak, memancing, surau, tandas dan banyak lagi.
5. Replika Istana Raja Melewar
Muzium Replika Istana Raja Melewar telah dibuat di atas tapak asal Istana Raja Melewar. Ia mula beroperasi pada tahun 2004. Untuk makluman anda, Raja Melewar atau namanya Raja Mahmud adalah Yang Dipertuan Besar pertama di Negeri Sembilan. Beliau adalah seorang anak raja Minangkabau dari Kerajaan Pagar Ruyung.
6. Masjid Pekan Rembau
Turut dikenali sebagai Masjid Jamek An-Nur Pekan Rembau pasti punyai keunikan yang tersendiri. Ia diperkenalkan oleh Allahyarham Haji Talib. Pada awalnya, masjid ini dibina hanya menggunakan peralatan kayu. Kemudian tahun berganti tahun, masjid ini dinaik taraf menggunakan batu konkrit.
7. Buana Kita Glamping
Berminat untuk tinggal di luar bangunan yang berdekatan alam semula jadi yang mendamaikan? Jom ke Buana Kita Glamping! Penginapan ini menyediakan khemah dengan keselesaan setaraf hotel seperti tilam empuk yang selesa dengan memuatkan 4 orang dewasa. Pelbagai kemudahan yang lengkap disediakan berserta aktiviti menarik untuk anda cuba.
8. Hutan Rekreasi Kg Bintongan
Tidak jauh dari Buana Kita Glamping, dalam anggaran 15 minit perjalanan anda boleh menemui Hutan Rekreasi Kg. Bintongan. Ianya miliki sungai yang jernih untuk anda mandi – manda. Selain itu, kawasan hutan ini sesuai untuk kunjungan seisi keluarga. Di mana, aliran sungai juga tidak terlalu deras membolehkan aktiviti berkelah dibuat di sini.
9. Temuan Hills PIZZA & ATV Rembau
Pernah makan di kedai makan dalam hutan? Lagi-lagi pizza panas yang baru keluar dari ketuhar? Mari alami kelainannya yang cukup terbaik dari Pantai Hiburan untuk anda nikmati. Menurut pemiliknya, idea untuk membuka restoran ini wujud ketika beliau bekerja di Australia. Selain pizza variasi pilihan, anda boleh meredah hutan atau di sekitar banjaran mahupun air terjun dengan menaiki atv.
10. Grobok Salai
Kalau singgah di Negeri Sembilan, tak lengkap rasanya kalau tak singgah makan masakan “oghang nogori” kan? Jika di Rembau Negeri Sembilan, anda boleh berkunjung ke Grobok Salai yang berada bersebelahan dengan Produk IKS Kundur.
11. Bukit Batu Putih
Bukit Batu Putih adalah kawasan yang miliki suasana yang indah sama seperti Pantai Hiburan. Ia menjadi lokasi wajib bagi pelawat yang bertandang ke Port Dickson dalam anggaran 15 ke 20 minit pendakian. Bukit ini berada di Rumah Api Tanjung Tuan. Ianya juga dekat dengan hotel PNB Ilham Resort dan Casa Rachado Beach Resort Port Dickson.
11. Extreme Park PD
Mahukan aktiviti mencabar fizikal dan mental? Apa tunggu lagi, mari melakukan cabaran di Extreme Park PD. Terletak betul – betul berhadapan dengan Palm Spring Resort, ia dikelilingi oleh hutan yang menghijau. Selain itu, aktiviti ekstrem seperti Paintball, Go-kart, atv dan memanah menjadi tarikan di sini.
12. Muzium Tentera Darat
Nak pelajari dan mengenal erti peritnya pejuang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan tanah air kita? Anda boleh lawati Muzium Tentera Darat Port Dickson. Ia mempamerkan banyak koleksi ketenteraan mengikut peredaran zaman. Antara barang pameran yang anda boleh lihat ialah kereta kebal, meriam, jet pejuang, kereta tapi dan jeep tentera.
13. PD Ostrich Show Farm
Dari Rembau, datang pula ke Port Dickson. PD Ostrich Show Farm hanya berada berhadapan dengan Ocean View Resort. Ia menempatkan burung unta sebagai tarikan utama dan haiwan – haiwan lain seperti keldai, burung merak dan ayam belanda. Pelbagai perkara yang boleh dibuat selain memberi makan kepada burung unta.
Banyak juga tempat menarik yang ada di Rembau ini. Dari hutan hingga lah ke ladang nya. Semuanya menarik minat pengunjung dari luar dan juga dalam negara. banyak lagi tempat yang mungkin anda tidak terokai lagi. Jangan lupa untuk tempah hotel dulu sebelum tib. Selamat bercuti!