13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Kampar, Perak | Khalifah Media Networks – Kampar adalah sebuah pekan terbesar bagi daerah Kampar, Perak. Pekan ini memiliki sejarah yang tersendiri dimana daerah ini adalah pusat penambangan bijih timah. Walaupun pekan ini kaya dengan sejarahnya, pekan ini juga kaya dengan beragam makanan yang lazat.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Kampar, Perak ini.

 

1. P’KOPI – KAFE

Kalau anda ada di Kampar ini, anda wajib singgah di P’Kopi ini. Kalau nak tahu, P’Kopi adalah salah satu cafe terbaik di Kampar ini. Rata rata pengunjung yang singgah disini memberikan reaksi dan feedback positif terhadap kelazatan kopinya yang tiada bandingan. Kafe ini amat lah sesuai untuk bersantai bersama kawan kawan ataupun seisi keluarga kerana dilengkapi oleh penghawa dingin dan tempat duduk yang selesa. Harga yang ditawarkan disini pun cukup berbaloi dengan portion yang dihidangkan. Memang best! Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di 150, Jln Gopeng, Kampung Masjid, 31900 Kampar, Perak dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-3937514.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pkopi21/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/pkopi21/

 

2. CAFE AWESOME OF ARTS – KAFE

Tekak terasa nak makan makanan Western? Jangan risau, anda boleh ke Cafe Awesome Of Arts ini. Cafe Awesome Of Arts ini ada menyediakan pelbagai jenis makanan Western yang anda boleh dapatkan. Antaranya Mozarella Grill Chicken Chop, Chicken Butter Rice, Chicken Chop, Carbonara dan banyak lagi. Rata rata pengunjung yang pernah singgah makan disini berpuas hati dengan saiz hidangan, harga yang ditawarkan dan suasana disini. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di 80, Disney Avenue, Bandar Agacia, 31900 Kampar, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 4 petang hingga 11 malam.

 

3. THE COFFEE BEAN & TEA LEAF – KAFE

Anda seorang Coffee Lover? Anda boleh cuba di The Coffee Bean & Tea Leaf ini. Dekat sini, mereka ada menyediakan banyak jenis pilihan kopi yang pasti akan membuatkan anda jatuh cinta. Antara kopi yang ada ialah Iced Americano, Iced Latte, Cold Brew Burnt Caramel with Cream Cap dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Jadi, kalau anda ada di kawasan ini. Jangan segan silu untuk datang dan cuba kopi disini.

Lokasi kafe ini di Lot No. 5 & 6, Ground Floor 31900, Tin Village Mall, 31900 Kampar, Perak dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 11 malam.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Kampar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kampar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply