13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Gerik, Perak | Khalifah Media Networks – Gerik adalah sebuah bandar di Daerah Hulu Perak. Bandar ini disebut sebagai Bandar Persinggahan kerana kedudukannya yang berada bersebelahan dengan Lebuhraya Timur-Barat dimana ia adalah laluan utama ke negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Kedudukannya ini menjadikan Gerik ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang popular.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Gerik, Perak ini.

 

1. ADUKA CABIN CAFE – KAFE

Anda mencari kafe tapi tak tahu dekat mana yang menarik? Anda boleh cuba singgah di Aduka Cabin Cafe ini. Kalau nak tahu, Aduka Cabin Cafe adalah salah satu hidden kafe yang masih ramai tak tahu lagi. Dekat sini, anda boleh dapatkan bermacam macam jenis pilihan untuk anda cuba. Antara menu yang anda boleh cuba ialah Nasi Ayam Penyet, Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak. Pasti anda akan suka lebih lebih lagi portion disini cukup besar dan harga pun cukup mampu milik. Memang best! Bukan setakat tu sahaja, suasana disini pun cukup menenangkan. Tak percaya? Anda boleh cuba rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi Aduka Cabin Cafe ini di 1, Jalan Kolam Air, 33300 Gerik, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 3 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-4031678.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/adukacabincafe/

 

2. TOKO KOPI TEJA – KAFE

Kalau anda ada di Kampar, anda boleh cuba di Toko Kopi Teja ini. Toko Kopi Teja ini adalah sebuah kedai kopi sederhana yang hidup bernafas disebuah pekan kecil. Kedai kopi ini selalu dijadikan port melepak sambil menikmati kopi yang memikat. Dekat sini, mereka ada menyediakan banyak jenis kopi yang anda boleh dapatkan. Antaranya Iced Americano, Mochachino, Ice Latte, Freddo Cappucino dan banyak lagi. Selain kopi, mereka juga ada menyediakan minuman coklat dan juga jus. Pasti anda akan suka punya lebih lebih lagi suasana disini cukup sesuai untuk instagrammable. Memang cantik. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Toko Kopi Teja ini di C4/34, KABIN KONTENA KOPI, JALAN KUALA RUI, RPA 3, 33300 Gerik, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 11 pagi hingga 8 malam kecuali Sabtu Ahad ditutup pada pukul 7 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-5853053.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/tokokopiteja/

 

3. WARUNG KOPI WARISAN – KAFE

Kalau anda mencari tempat yang menenagkan dengan gaya terbuka, maka Warung Kopi Warisan adalah tempatnya untuk anda. Untuk pengetahuan anda, Warung Kopi Warisan adalah sebuah hidden gems yang masih ramai tak tahu lagi. Dikatakan warung ini adalah port yang best pagi yang ingin melepak bersama kawan kawan ataupun makan bersama keluarga. Selesa pun selesa, cantik pun cantik. Bukan setakat itu sahaja, pasti anda akan terkejut kerana harga yang ditawarkan pun cukup murah dan kualiti pun memang terbaik. Nampak menarik, bukan? Jadi tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Kopi Warisan ini di Jalan Tengas, Kampung Kuala Kenering, 33300 Gerik, Perak dan dibuka setiap hari pada 7 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-5270639.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungkopiwarisan/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopii_warisan/

 

4. ROLLING CAFE – KAFE

Tiba tiba tekak terasa nak makan makanan Western? Jangan risau, anda boleh cuba singgah di Rolling Cafe ini.  Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai makanan Western seperti Burger, Lamb Grill, Bolognese Melty dan banyak lagi. Pasti anda akan menyukainya lebih lebih lagi kalau anda seorang big eater, memang puas! Besar pun besar, harga pun cukup berbaloi. Rolling Cafe ini amat lah sesuai untuk anda makan bersama ahli keluarga ataupun melepak bersama kawan kawan. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Kantin Pusat Latihan Memandu MK Mulia Jalan Batu, 1, Jalan Baling – Kuala Kangsar, 33000 Gerik, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 8 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-4845212.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/yeppoyaimi/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Hulu Perak ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Tapah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply