13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Putrajaya | Putrajaya wujud sebagai wilayah persekutuan pada akhir tahun 1980-an yang pada mulanya adalah sebahagian dari negeri Selangor. Kemegahan Putrajaya mula dibina pada awal tahun 1995 sebagai sebuah bandar raya terancang bagi menggantikan Kuala Lumpur yang sebelum ini menjadi pusat pentadbiran.
Pembinaan pusat pentadbiran ini miliki falsafah tersendiri yang perlu diterokai dan dibuat sebagai tempat yang wajib untuk anda lawati. Dengan kemodenan Putrajaya, banyak tempat menarik telah wujud selama Putrajaya dibangunkan.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di bandar ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Putrajaya Secret Garden
Baru sahaja dibuka, taman lampu yang diberi nama sebagai Putrajaya Secret Garden ini bakal menyinari hidup anda dan keluarga di waktu malam. Taman ini berada di Taman Putra Perdana Presint 1 dan berhadapan dengan Hotel Pulse Grande. Ia juga adalah garisan penamat buat Putrajaya Steps.
2. Skyrides Festivals Park
Di Skyrides ini, pengunjung tidak perlu risau akan perasaan gayat seperti terbang menaiki belon udara panas di My Balloon Adventure kerana Skyride Balloon ini disambungkan menggunakan tali pada permukaan bumi dan terhad pada ketinggian itu sahaja.
3. Jambatan Seri Wawasan
Jambatan Seri Wawasan atau dikenali juga sebagai Jambatan Putrajaya turut menjadi satu daya tarikan pelancong untuk datang ke Putrajaya. Keunikan reka bentuk seakan membawa para pengunjung merasai suasana yang berbeza di negara ini kerana ianya adalah satu – satu jambatan yang di reka sebegitu di negara ini.
4. Dataran Putra
Dataran Putra yang berada di Presint 1 Putrajaya adalah sebuah dataran bulatan yang cukup lapang dengan adanya latar belakang Masjid Putra. Dari sini, anda dapat menyaksikan lanskap yang menakjubkan bangunan kerajaan serta Jambatan Putra sepuas hati tanpa mengira waktu.
5. Astaka Morocco
Nikmati keindahan seni bina Morocco atau Maghribi bila jejakkan kaki ke Astaka Morocco. Di dalam taman ini, ada juga binaan replika istana Morocco yang dihasilkan dengan penuh ketelitian di mana dinding itu dihiasi dengan motif ukiran yang indah dan juga ayat Al-Quran.
6. Dataran Pahlawan Negara
Terdapat plak – plak yang menceritakan sejarah perjuangan dan peperangan yang telah negara kita lalui. Sambil anda berkunjung untuk luang masa bersama keluarga, boleh lah sama – sama pelajari sejarah agar anak – anak kita sering ingat dan tahu betapa susah usaha kita untuk dapat kemerdekaan.
7. Pantai Floria
Pantai buatan ini berukuran dalam 100 meter dan berada di dalam kawasan Anjung Floria. Dibuka pada 1 Mac yang lalu, pantai ini sudah pun terima pengunjung yang ramai, lebih lebih lagi sekali dari golongan berkeluarga, pada hari minggu. Pantai Floria ini sangat sesuai untuk anda datang berkelah bersama keluarga.
8. IOI City Mall Putrajaya
Shopping mall yang luas ini bukan sekadar penuh dengan banyak jenis kedai dari banyak jenama, tapi juga miliki banyak tarikan menarik lain seperti Icescape, Archery Zone, The Symphony Walk, pusat bowling, panggung wayang GSC, taman tema indoor yang penuh dengan banyak aktiviti lasak District 21 dan banyak lagi!
9. Icescape Ice Rink @ IOI City Mall
Tidak perlu bercuti keluar negara dan menanti musim salji, anda boleh nikmati aktiviti luncur ais di dalam negara dan secara indoor tanpa mengira musim, hujan atau panas. Di sini anda sekeluarga boleh luncur sepuas hati tanpa had masa dalam harga yang sangat berpatutan.
10. Taman Ekuestrian Putrajaya
Taman Ekuestrian Putrajaya adalah sebuah kawasan tarikan yang cukup luas dengan lebih dari 180 buah kandang. Kalau anda dah lama ingin merasa macam mana perasaannya bila dapat menunggang kuda sendiri seperti dalam filem cowboy, di sinilah lokasi untuk merealisasikannya.
11. Kompleks Sukan Air Putrajaya
Siapa tak suka bermain air? Di dalam negara yang sering dengan musim panas ni, dapat terjun ke dalam kolam adalah satu perkara yang sangat ‘heaven.’ Keseronokan bermain air ni dapat dirasai lebih – lebih lagi selepas puas makan angin. Untuk kembalikan kesegaran badan setelah seharian beraktiviti, anda boleh datang ke Kompleks Sukan Air Putrajaya.
12. Monumen Millennium
Monumen Millennium adalah monumen kebangsaan kedua yang dibina di Putrajaya selepas Plaza Mercu Tanda. Berketinggian 68 meter, monumen berbentuk seperti peluru berpandu ini berdiri di dalam taman berkeluasan 25 hektar di Presint 2. Anda turut boleh singgah ke Lake Garden Cafe yang berada di sebelah untuk hilangkan dahaga dan lapar sambil melihat kecantikan awan.
13. Taman Botani Putrajaya
Taman Botani Putrajaya adaah tempat yang perlu dikunjungi apabila melancong ke Putrajaya. Keunikan taman ini telah diakui dunia apabila diiktiraf sebagai salah satu dari empat puluh buah taman yang tercantik di Asia. Taman ini menempatkan tiga belas taman tema dan punyai lebih 700 jenis tumbuhan dari banyak benua di dunia.
Rumusan yang dapat dibuat adalah percutian anda yang lebih bermakna jika anda memilih untuk berada di Putrajaya. Keseronokan di samping menimba ilmu dan pengalaman baharu pasti akan tercapai dengan lawati tempat menarik di Putrajaya yang kami ilhamkan sebagai “Percutian berfalsafah bersama keluarga” di Putrajaya. Selamat Bercuti!