13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Sik Kedah | Sik Kedah adalah kawasan yang berada di negeri Kedah, Malaysia, yang menawarkan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, dan banyak tempat menarik yang perlu diterokai. Daerah ini juga adalah kawasan yang masih kaya dan terpelihara dengan flora dan fauna. Selain itu, Kerajaan negeri juga telah jadikan Sik sebagai sebuah kawasan agro – pelancongan.
Selamat datang ke Sik. Merupakan sebuah tempat yang mungkin masih belum terdengar oleh ramai orang. Pertama sekali, apabila tiba masanya untuk bercuti, kita sering kali buntu dalam memilih lokasi yang sesuai. Sik mungkin belum dapat populariti seperti tempat percutian utama lain, tetapi ia miliki pesona tersendiri yang patut anda sertai dalam senarai tempat untuk melarikan diri dari rutin harian. Di sini kami kongsi 13 tempat -tempat menarik di Sik untuk anda semua.
Selain itu, jika anda ingin melihat tempat – tempat menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Air Terjun Lata Mengkuang
Air terjun ini terkenal dengan air terjunnya yang cantik dengan ketinggiannya dalam 20 meter dan kaya dengan banyak spesis flora dan fauna. Kawasannya yang luas juga tanpa terlalu banyak pembinaan memang akan memikat hati pengunjung. Lata Mengkuang ini akan memberi kedamaian dan suasana yang sangat indah kepada anda.
2. Chalet D’Cabin Che Putih
Jika anda mencari tempat untuk datang ke Sik, jom cuba ke Chalet D’Cabin Che Putih. Chalet yang berkonsepkan kabin ini memang menarik. Berlatar belakangkan hutan dan dikelilingi pokok yang memang sangat sesuai jika anda ingin kan ketenangan. Suasana kampung di chalet ini juga pasti akan memberi anda ketenangan jika anda memang duduk di bandar.
3. Ulu Muda Eco Park
Nak merasa duduk dalam hutan? Jom ke Ulu Muda Eco Park. Kawasan hutan hujan ini merangkumi hutan simpan Ulu Muda dan hutan simpan Pedu. Menariknya, hutan hujan ini berusia 150-170 juta tahun tau, wah bersyukurnya dapat nikmati alam semula jadi ini kan.
4. Wat Charok Padang
Wat Charok Padang atau disebut dengan Kuil Botol Kaca ini adalah salah satu tempat menarik di Sik, Kedah yang boleh anda lawati. Kuil ini pernah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records di mana kuil pertama yang dibina menggunakan botol kaca. Hampir 100,000 botol kaca digunakan dalam pembinaan kuil ini.
5. Lata Hujan Lebat
Hutan lipur yang berada 30km dari Pekan Sik ini memang terkenal dengan air terjun yang cantik kerana miliki jeram yang berlapis – lapis. Selain itu, istimewanya tempat ini ialah hutan lipur ini miliki keindahan rangkaian air terjun dan kolam takungan yang mengalir melalui sungai di kawasan berhampiran.
6. Mat’am Al Musafir
Anda mesti ingin tahu tempat apakah ini? Ini ialah restoran nasi arab yang menawarkan banyak menu di Sik, Kedah. Antara hidangan yang terkenal di sini ialah Set Talam Mix yang menggabungkan ayam dan kambing, Set Talam Kambing dan Set Talam Ayam. Hidangan talam ini boleh anda nikmati hingga 5 orang.
7. Hutan Lipur Lata Lembu / Lata Embun
Hutan lipur ini berada dekat dengan Hutan Lipur Lata Mengkuang. Dengan namanya yang unik, anda pasti tertanya – tanya dari mana datang nama ini. Hutan lipur ini namanya berasal dari batu – batan yang ada di bawah air terjun yang berbentuk seakan lembu.
8. KEDA Agrobiz
Kawasan ini adalah kilang yang memproses air mineral semula jadi Al-Wadi, ladang banyak tanaman dan herba seperti serai wangi, limau purut dan banyak lagi. Anda juga boleh menginap di sini, ada juga chalet untuk penginapan, lengkap dengan kolam renang. Selain itu, KEDA juga ada ladang kopi di sini. Ha peminat kopi kena pergi tau!
9. Tuah Cafe Sik
Bagi penggemar hot plate, anda harus berkunjung ke Tuah Cafe Sik. Cafe ini menawarkan menu sizzling hot plate dan maggie clay pot. Rasa yang cafe ini hidang memang akan memikat hati pengunjung, dengan penuh rasa dan aromanya, cafe yang baru dibuka ini sering menjadi kunjungan.
10. D’Puncak Bris Lake Resort
Ingin mencari tempat menginap di Sik, jom cuba datang ke D’Puncak Bris Lake Resort. Resort ini menyediakan chalet dan tempat perkhemahan yang berada di tepi Tasik Beris. Resort yang cantik ini sering menjadi pilihan untuk banyak aktiviti seperti kem motivasi, hari keluarga, team building dan sambutan hari jadi.
11. Tasik Beris
Tasik Beris adalah sebuah tasik buatan yang asalnya dari pembinaan empangan untuk membekalkan air di sekitar Kedah dan Pulau Pinang. Antara fakta menarik tasik ini ialah semasa proses pembinaannya, lebih 1000 kubur telah dipindahkan dan ada sekolah yang telah ditenggelami air empangan Beris.
12. Hill Lake View Resort
Hill Lake View Resort adalah tempat menarik di Sik Kedah untuk penginapan yang nyaman dengan pemandangan tasik yang menakjubkan. Ia adalah tempat yang sesuai untuk melarikan diri dari keramaian bandar. Penginapan yang sangat baik dengan kakitangan yang mesra. Pemandangan tasik adalah bonus tambahan.
13. Sri Lovely Resort
Sri Lovely Resort adalah lokasi yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Dengan banyak kemudahan yang ditawarkan, ini adalah tempat yang sempurna untuk percutian keluarga. Jika anda bercuti di sini bersama keluarga, pasti semua orang gembira. Biliknya juga sangat bersih dan selesa.
Terdapat banyak tempat menarik di Sik dari tempat rekreasi hingga lah tempat bersejarah yang boleh anda lawati. Harap kita semua dapat memelihara tempat peranginan di Sik ini agar sering bersih dan cantik.
Jangan tunggu lagi, jom rancang percutian anda ke Sik , Kedah dengan membawa masuk semua tempat menarik di Sik ini dalam list anda!