13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Sungai Petani Kedah | Sungai Petani, bandar yang terbesar di Kedah ini sedang rancak membangun mengikuti era namun dalam masa yang sama masih memelihara tapak – tapak tamadun awal yang pernah wujud beribu tahun yang lalu, jadikan ia lokasi yang cukup mengujakan untuk anda lawati.

Sungai Petani juga boleh menajdi lokasi untuk ‘Dokumentari’ jalan – jalan cari makan anda dek kerana banyaknya restoran dan gerai menarik untuk dicuba bagi memuaskan deria rasa. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. The Carnival Waterpark
Nak merasakan percutian yang paling best dalam hidup? Maka datang lah ke taman tema air sebagai salah satu rancangan percutian anda. Lagi best kalau taman tema yang anda lawati itu adalah The Carnival Waterpark. Betapa bestnya taman tema ini dapat dirasai sebaik anda jejak kaki ke dalam nya nanti.
2. Masjid MADAD
Kebiasaannya, masjid miliki kemudahan asas kepada mereka yang hadir seperti tandas dan tempat untuk mendirikan solat. Namun masjid ini lain dari yang lain. Berbeza dengan Masjid MADAD, taman permainan kanak – kanak dibina di dalam masjid. Maka, kanak – kanak boleh bermain dengan bebas ketika ibu bapa beribadah di dalam masjid.
3. Lembah Bujang
Sekiranya anda ke sini, dapat lah anda feeling seperti Indiana Jones melihat bukti kerajaan Hindu-Buddha purba berdasarkan dari peninggalan sekitar 50 buah kuil yang dijumpai. Selain itu, banyak lagi penemuan artifak lain turut dipamerkan seperti tembikar Cina, lembing keagamaan, ukiran batu, manik, seramik Parsi dan tanah liat.
4. Damai Park Resort
Damai Park Resort bukan lah sebuah resort biasa, kerana di sini anda sekeluarga dapat merasai nikmat suasana di kampung dengan sepuas hati. Tempat ini turut miliki dusun buah durian mereka sendiri di mana anda boleh nikmati dengan sepuas hati, selama mana perut boleh diisi dengan hanya sekali bayaran.
5. Hutan Lipur Rekreasi Tupah
Hutan Lipur Rekreasi Tupah ini terkenal dalam kalangan orang tempatan untuk mandi manda dan berkelah kerana ia lengkap dengan banyak fasiliti seperti surau, gerai makan dan tandas awam. Bagi anda yang ingin nikmati keindahannya tanpa gangguan orang ramai, rancang lah untuk ke sini selain dari hujung minggu.
6. Tapak Arkeologi Sungai Batu
Jika diputarkan masa pada sekitar 600 tahun sebelum Masihi, Tapak Arkeologi Sungai Batu ini agak meriah dengan banyak aktiviti perdagangan kerana ianya kawasan daratan yang dekat dengan laut. Apabila digali dan dikaji kawasan sekitar tapak arkeologi ini, Sungai Batu rupa – rupanya meninggalkan lebih dari 10 binaan jeti, bangunan pentadbiran dan gudang.
7. Gunung Jerai
Bagi anda yang kehausan aktiviti lasak, apa kata untuk cuti kali ini anda bersama geng cuba mendaki Gunung Jerai. Untuk mendaki gunung ini, trail dari kaki hingga ke puncak ataupun untuk ke kawasan air terjun telah tersedia. Sesiapa yang berjaya takluki hingga ke puncak dapat nikmati pemandangan persis lukisan.
8. Semeling Street Art
Semeling Street Art memaparkan hasil karya kreatif yang dilukiskan pada dinding di belakang deretan kedai di Jalan Raya Semeling. Dikatakan ada dalam sekitar 95 buah mural termasuklah lukisan 3D yang dihasilkan pada banyak kedai-kedai dan rumah yang sudah berusia di kawasan ini.
9. Dataran Zero Kilometer
Anda boleh berbual – bual bersama yang tersayang ataupun berjalan – jalan di sekitar sambil melihat keindahan cahaya lampu LED yang mewarnai bangunan di dataran ini. Limpahan cahaya LED ini tidak patut dibiarkan begitu sahaja, keluarkan kamera untuk snap gambar sebagai kenangan anda di negeri ini.
10. Masjid Sultan Muzaffar Shah
Masjid indah ini berada cukup dekat dengan kawasan pusat bandar Sungai Petani, memudahkan akses sesiapa yang ingin menunaikan solat 5 waktu. Ia juga cukup terjaga dan bersih membolehkan anda sekeluarga beribadah dengan penuh khusyuk. Dah selesai solat, barulah jiwa tenang dan berkat perjalanan anda sekeluarga.
11. Muzium Paya Bakau
Di dalam kompleks hutan simpan ini anda dapat melihat bukan sahaja kawasan paya bakau, tetapi juga tempat bakar arang dan lain – lain lagi. Fasiliti lain yang ada di sini adalah seperti kaunter penerangan, kedai cendera hati, dewan serbaguna dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan banyak info yang ada kaitan ekosistem, arkeologi dan banyak lagi.
12. Pantai Merdeka
Inginkan pengalaman yang berbeza sewaktu ke pantai? Anda boleh menaiki bot pelancong yang ada di sini untuk melihat pemandangan di sekitar pantai dari perspektif yang jauh lebih menarik. Anda juga boleh rancang untuk ke Tanjung Dawai dengan bot yang disewa di sini.
13. Tanjung Dawai
Tidak jauh dari Pantai Merdeka yang berada di Tanjung Dawai yang adalah lokasi wajib anda lawati bagi anda yang ingin menyegarkan tekak dengan makanan laut atau banyak hasil laut yang terbaik. Antara yang ada di sini adalah ikan bilis, ikan masin, belacan dan macam – macam lagi.
Bandar ini bukan sahaja menggembirakan hati para arkeologi tetapi juga pencinta alam semula jadi dan anda yang tak pernah kekenyangan. Jangan tak tahu, di bandar ini sahaja ada belasan restoran nasi kandar untuk dipilih. Nak tunggu lagi? Kemas pakaian anda segera dan mulakan penerokaan di bandar unik ini secepat yang mungkin! Selamat bercuti!