13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Tampin Negeri Sembilan | Tampin adalah sebuah bandar dan daerah yang berada bersempadan dengan negeri Melaka. Kebanyakan tempat menarik di Tampin sesuai untuk anda yang berjiwa lasak. Tampin dahulunya menjadi sebuah kawasan perdagangan dan perniagaan di antara penduduk dari Rembau, Gemencheh dan Alor Gajah.
Kalau sebut tentang Tampin, pasti ramai yang tak sangka dengan keunikan dan tempat pelancongan yang ditawarkan di sini. Walaupun Tampin tidak dikenali seperti tempat lain, tetapi ada juga tempat- tempat yang boleh anda lawati ketika datang ke sini.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Tampin Water Park
Kalau yang nak percutian keluarga, mesti akan cari tempat yang boleh menggembirakan anak – anak sekali gus dapat berikan anda keseronokan untuk lakukan banyak aktiviti lasak. Jadi, apa kata anda dan keluarga datang ke sini! Tempat riadah bajet yang pasti akan menarik minat anda. Ajak anak – anak ke taman tema air dengan harga tiket yang murah dan berbaloi.
2. Mulut Cafe Tampin
Menu Mulut Cafe merangkumi masakan tradisional Negeri Sembilan, Korean, Thailand, Western, dan banyak lagi. Antara kegemaran pengunjung adalah nasi lemak buluh, burger bakar ‘Homemade Patty’, nasi diraja cheese tarik, dan banyak lagi. Jangan lepas peluang untuk mencuba set mega miang pla pao, sotong bakar, dan daging bakar dannok dengan sos istimewa dari Thailand.
3. Gunung Tampin
Gunung Tampin adalah gunung yang sering kali menjadi tempat pendakian pengunjung yang bercuti di Tampin. Ekoran dari laluan untuk mendaki berada di dalam keadaan yang baik. Sama seperti gunung yang lain, ia menyajikan keindahan pemandangan flora dan fauna.
4. Hutan Lipur Gua Batu Maloi
Hutan Lipur Gua Batu Maloi sesuai untuk anda yang sukakan cabaran. Tumpuannya ke arah gua yang mencabar di sini. Tempat menarik di Tampin ini berada di antara Bukit Tampin dan Gunung Datuk. Selain itu, bagi mana – mana pihak yang ingin menganjurkan kem motivasi juga sesuai dibuat di sini.
5. Taman Rekreasi Tampin
Terletak dekat dengan Kompleks Sukan Tampin memudahkan Taman Rekreasi Tampin dijumpai. Tempat percutian di Negeri Sembilan ini sesuai menjadi tempat anda santai – santai bagi seisi keluarga. Antara kemudahan yang mereka miliki ialah taman permainan, gelanggang tenis / badminton dan laluan joging.
6. Tampin Xtreme Park
Tampin Xtreme Park sesuai dibuat tempat best di Negeri Sembilan bagi penggemar aktiviti ekstrem. Pelbagai aktiviti outdoor yang ditawarkan dan confirm akan rasa puas setelah melalui setiap cabaran aktiviti ini. Antaranya ialah rock climbing, abseiling, wall climbing, flying fox dan tree climbing.
7. Kem Ultra
Percutian di Negeri Sembilan anda tidak akan lengkap tanpa berkunjung ke kawasan Gemas yang cukup nostalgia. Hal ini kerana, Gemas miliki sebuah stesen kereta api lama yang bersejarah dikenali sebagai Stesen Keretapi Gemas. Tapak bersejarah ini kini menjadi lokasi yang sesuai untuk ambil gambar oleh pengunjung.
8. Tugu Peringatan Sungai Kelamah
Selain Stesen Keretapi Gemas, Tugu Peringatan Sungai Kelamah juga menjadi tinggalan ketika zaman pendudukan Jepun. Tugu ini dibina dengan menggunakan batu marmar bagi memperingati peristiwa “Battle of Gemas”. Pada ketika itu, seramai 10 000 askar Jepun terkorban akibat serangan bom oleh askar Australia ketika menyeberang jambatan Gemencheh.
9. Katonah Klasik Enterprise
Sambil membeli kudap – kudapan yang enak sambil itu menyokong juga Perusahaan Bumiputera ini. Katonah Klasik Enterprise bertempat di Felda Jelai 2 menghasilkan perusahaan beraneka kerepek dan kuih tradisional. Jenis kerepek yang ada ialah pisang tanduk, pisang nangka, kacang tanah, ubi, tumpi dan maruku.
10. Muzium Diraja Seri Menanti
Seni binanya masih kekal sama seperti dulu iaitu unik dan klasik. Muzium Diraja Seri Menanti menjadi landmark di Negeri Sembilan yang berada di Kuala Pilah. Muzium ini memaparkan banyak pameran menarik tentang istana yang pernah menjadi kediaman diraja pada tahun 1902.
11. Gunung Angsi
Dah tawan Gunung Tampin? Mari tawan Gunung Angsi di Kuala Pilah pula. Terdapat 2 laluan yang disediakan untuk menuju ke panorama indah banjaran gunung ini. Iaitu Hutan Lipur Ulu Bendul dan Bukit Putus. Bagi anda yang sukakan cabaran, boleh lah melalui laluan yang sukar di laluan Ulu Bendul.
12. Muzium Replika Astana Raja Melawar
Dari Tampin ke Kuala Pilah dan terus ke Rembau pula. Anda boleh melawat Muzium Replika Astana Raja Melawar. Muzium ini berada hanya 18 km dari bandar Rembau dengan seni binaan tradisional Negeri Sembilan. Dalam masa 15 hingga 20 minit, anda dapat melihat banyak info tentang negeri yang mementingkan adat ini iaitu Adat Perpatih.
13. Gunung Datuk
Di dalam Negeri Sembilan, ia menjadi gunung paling tinggi melepasi Gunung Angsi dengan ketinggian 2900 kaki. Kalau anda jenis yang sukakan sukan yang mencabar, inilah tempat yang sesuai untuk anda. Mungkin agak penat, namun anda akan berpuas hati apabila sampai ke puncak. Pemandangan di puncak itu tidak perlu dipertikaikan lagi. Memang indah – indah belaka!
Sampai sini sahaja senarai tempat menarik di Tampin yang anda dapat lawati. Tempat di Tampin terkenal dengan aktiviti lasak dan dikelilingi suasana alam semula jadi. Memang sangat sesuai jika anda sukakan aktiviti meneroka dan aktiviti lasak. Jika ada masa, anda boleh datang beramai – ramai dengan rakan anda untuk ke Tampin ini.