13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Tumpat Kelantan | Dikenali sebagai daerah tersibuk seperti Kota Bharu, menempatkan banyak tempat menarik di Tumpat untuk dilawati. Antaranya ialah warisan budaya negeri Kelantan yang terkenal iaitu wau dan wayang kulit.
Disebabkan ia bersempadan dengan negara Thailand, Tumpat menempatkan 3 patung Buddha di Kelantan yang terkenal di serata dunia iaitu ‘berdiri’, ‘baring’ dan ‘duduk’. Meskipun negeri Kelantan dikenali dengan majoriti orang beragama Islam, namun wujud toleransi agama dengan adanya monumen rumah ibadat agama lain. Anda ingin pelajari seni budaya negeri Kelantan? Tumpat adalah lokasi yang tepat.
Nak tahu dimana lokasi – lokasi menarik di kawasan ini? Teruskan membaca senarai 13 tempat menarik di kawasan ini.
1. Pantai Sri Tujuh
Memiliki pantai yang cantik dan luas, itulah yang berada di Pantai Sri Tujuh ini. Nak tahu mengapa tempat pelancongan di Kelantan ini dinamakan 7 bukan 6, 5 atau 4? Hal ini kerana fenomena 7 teluk yang terbentuk hanya di pantai ini sahaja! Unik bukan? Anda juga berpeluang untuk saksikan Pertandingan Wau peringkat antarabangsa di sini.
2. Chalet Pantai Sri Tujuh Resort
Alang-alang dah singgah di Pantai Sri Tujuh dan ingin mencari tempat penginapan dekat dengan pantai? Chalet Pantai Sri Tujuh miliki 40 bilik serendah RM 100 satu malam bersama view dari tasik dan laut. Selain dekat dengan pantai, ia juga dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan Muzium Wau.
3. Istana Bukit Tanah
Satu-satunya istana yang berada di Tumpat ini jadikan ia unik untuk anda lawati. Tempat pelancongan di Kelantan ini dibina ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada waktu itu, Kelantan dibawah pemerintahan Sultan Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke-4.
4. Makam Tok Janggut
Jika di Pasir Puteh miliki Tugu Tok Janggut, di Tumpat pula menempatkan Makam Tok Janggut yang anda boleh lawati. Rata-rata tahu bahawa perjuangan Tok Janggut sebagai pahlawan terulung dalam menentang penjajah British di Kelantan pada tahun 1909. Makam ini dibuka setiap hari bagi kunjungan semua pelawat tanpa sebarang bayaran dikenakan.
5. Wat Phikulthong
Tahukah anda, di Tumpat punyai 3 patung Buddha yang bukan sahaja terbesar di Malaysia malah dunia? Wat Phikulthong adalah patung Buddha berdiri yang tertinggi di Kelantan setinggi 60 m. Ia mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan tau! Lama bukan? Selain itu, patung Buddha di Kelantan ini juga disebut sebagai ‘Buddhalila’.
6. Wat Phothivihan
Selain Wat Phikulthong, Wat Phothivian punyai patung Buddha baring bukan sahaja terbesar di Malaysia malah ke-3 di dunia tau! Pembinaannya mengambil masa selama 6 tahun bermula dari tahun 1973. Patung ini punyai lebih kurang 40 m panjang dan 10 m tinggi.
7. Pantai Geting
Jika Pantai Sri Tujuh menjadi lokasi Pesta Wau Antarabangsa, Pantai Genting pula sebagai lokasi Pesta Wau Peringkat Kebangsaan. Bagi anda yang ingin menyaksikan jenis wau yang dipertandingkan, boleh lah berkunjung ke sini mengikut tarikh pertandingan yang dihebahkan.
8. Wat Machimmaram
Patung Buddha di Kelantan yang lain anda boleh lawati ialah Wat Machimmaram. Ia menempatkan patung Buddha duduk ke-2 terbesar di Asia Tenggara. Patung ini berukuran 30 m tinggi dan 47 m lebar. Besar bukan? Selain itu, tokong ini meriah dengan kunjungan penganut Buddha pada Hari Wesak.
9. Masjid Kampung Laut
Bagi muslim boleh lah singgah solat di Masjid Kampung Laut yang dikenali sebagai masjid tertua di Malaysia. Kemudian, seusai solat anda boleh melihat keindahan masjid bersejarah yang dibina pada abad ke-18 ini. Masjid ini dibina tanpa apa – apa paku. Unik bukan? Tanpa sebarang paku pun masih utuh berdiri walau dimamah usia!
10. Muzium Wau
Permainan tradisional wau memang menjadi identiti tersendiri negeri Kelantan. Maka terbinalah Muzium Wau untuk memelihara warisan ini agar tidak lupus ditelan zaman bagi generasi akan datang. Muzium ini mempamerkan banyak jenis wau bukan sahaja di Kelantan malah di negeri seluruh Malaysia.
11. Pantai Mek Mas
Tidak dinafikan lagi pantai – pantai di Kelantan memang indah – indah belaka. Anda boleh kunjungi Pantai Mek Mas yang dikenali dengan fenomena pantai terbelah kira – kira 1 km panjangnya. Fenomena ini berlaku kerana air surut hingga timbulnya beting pasir. Selain itu, pantai ini juga sesuai untuk anda yang suka ‘ootd‘.
12. Pasar Terapung Pulau Suri
Bagi anda yang ingin feeling – feeling ke pasar ini ala-ala di Thailand boleh lah berkunjung ke Pasar Terapung Pulau Suri. Terdapat banyak jenis barangan di atas bot tepi sungai dengan harga yang amat murah. Antara barang yang boleh anda dapati di sini seperti makanan tradisional dan banyak lagi.
13. Wayang Pak Dain
Selain wau, wayang kulit juga terkenal di negeri serambi Mekah ini. Anda ingin melihat pertunjukan wayang kulit secara langsung? Mari berkunjung ke Wayang Pak Dain. Pak Dain adalah satu – satunya Tok Dalang yang mahir memainkan sebanyak 40 watak wayang kulit. Wah! Hebat bukan?
Sampai di sini sahaja senarai kita hari ini. Bukan hanya terhad kepada pulau sahaja, banyak lagi tempat menarik lain untuk anda singgah bersama orang tersayang. Jom baca! Makanan pun banyak aneka menu yang sesuai untuk anda. Marilah singgah sebelum pulang ke negeri asal. Selamat bercuti!