13 Tempat Menarik Untuk Percutian Di Yan Kedah | Yan juga adalah satu daerah popular di Kedah seperti Langkawi kerana menawarkan banyak tempat percutian menarik di Yan Kedah. Terletak hanya 41.8 km dari Alor Setar dan 51.3 km dari Sik, daerah ini cukup sinonim dengan Gunung Jerai yang juga salah satu gunung tercantik di Malaysia.
Ada plan nak bercuti di Kedah tapi tak tahu nak ke mana? Apa kata anda bercuti ke tempat menarik di Yan Kedah. Temui keunikan alam semula jadi Kedah dengan tempat – tempat menarik di Yan Kedah yang akan memukau anda. Bacalah artikel ini untuk mendapatkan pandangan terperinci. Di sini kami kongsi 13 tempat -tempat menarik di Yan untuk anda semua.
Selain itu, jika anda ingin melihat tempat – tempat menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Pulau Songsong
Pulau Songsong adalah pulau tidak berpenghuni tanpa pembangunan. Disebabkan itu, ekosistem semula jadi pulau ini masih terpelihara dan sangat cantik. Memandangkan Jerai Geopark adalah kawasan pulau ini, anda perlu menaiki bot selama 20 minit dari jeti Sungai Udang untuk sampai ke sana. Di sini, anda boleh berkelah, snorkeling dan berkhemah.
2. Pantai Murni Waterfront
Jika anda ingin mencari tempat melepak dan bersantai pada waktu petang, datang lah ke Pantai Murni Waterfront. Hanya 500 meter dari pekan Yan, tempat ini sesuai untuk layan angin pantai. Selain itu, fasiliti seperti gerai, tandas awam, pondok dan surau pun tersedia.
3. Jerai Hill Resort
Salah satu penginapan terbaik di kaki Gunung Jerai dengan rating 4 bintang. Terletak lebih kurang 1200 meter dari paras laut. Untuk ke The Jerai Hill Resort, anda boleh memandu sendiri atau naik van sewa di kawasan parking di kaki Gunung Jerai, berhampiran Muzium Terusan Wan Mat Saman.
4. Lubuk Kawah
Nak sejukkan badan semasa menginap di Yan Kedah? Singgahlah ke Lubuk Kawah, terutamanya pada musim buah! Dengarkan bunyi air sungai yang mengalir dan hirup udara segar seperti kawasan perkampungan! Tempat ini cukup tenang dengan bau hutan.
5. Homestay Paddy Field
Terletak berhampiran sawah padi yang luas, homestay murah ini mempunyai reka bentuk rumah tradisional melayu yang sangat ringkas. Berdekatan dengan Gunung Jerai dan Ladang Nipah. Buka sahaja pintu bilik, nikmati pemandangan sawah padi dan Gunung Jerai.
6. Carribean Campsite
Agak-agak kat Yan Kedah ada tak tempat camping menarik? Mestilah ada, tempatnya juga terletak tidak jauh dari pekan Sungai Petani! Tapak ini menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah, berlatarbelakangkan sawah padi, keindahan Gunung Jerai, dan panorama laut.
7. Air Terjun Titi Hayun
Air Terjun Titi Hayun merupakan lokasi percutian air terjun yang menarik di Yan dengan suasana alam semula jadi yang menenangkan. Jaraknya hanya 5 kilometer dari pekan Yan. Terletak di bawah kaki Gunung Jerai dan di dalam Hutan Lipur Titi Hayun, kalau nak mandi-manda dekat sini memang berbaloi.
8. Titi Hayun
Hutan Rekreasi Titi Hayun antara lokasi sesuai untuk yang suka jungle trekking dan alam semula jadi. Tempat menarik ini juga menyedikan kemudahan seperti tempat parking, jambatan gantung, dewan dan chalet. Anda juga boleh nikmati air terjun dan mandi di sungai selepas penat meredah hutan.
9. Jambatan Pulau Bunting
Jambatan Pulau Bunting adalah jambatan terbengkalai yang menjadi tarikan pelancong di Yan, Kedah. Selain itu, jambatan yang menghubungkan Pulau Bunting dengan Yan ini juga tempat anda boleh menangkap banyak jenis ikan seperti jenahak, kerapu, ikan putih dan banyak lagi.
10. Ladang Nipah Ismail Che Kar
Jika anda ingin merasai keenakan air nira nipah datang lah ke Ladang Nipah Ismail Che Kar. Anda akan melihat bagaimana getah nipah ditanam dan cara membuat jus nipah. Kalau di Kelantan minuman nira nipah dipanggil “tuak nipah” dan ini antara minuman popular di Kedah. Harganya hanya RM 10 untuk satu jag besar minuman itu.
11. Air Terjun Seri Perigi
Tambah lagi, air terjun di Kampung Perigi sangat popular di kalangan orang yang berkunjung ke Kedah. Berdekatan kawasan air terjun Yan ini, korang juga boleh ke Titi Hayun, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Seribu dan juga Pantai Murni. Kalau anda suka mandi air terjun, jangan lupa untuk tambah tempat ini ke wishlist anda.
Satu lagi pantai menarik di Yan iaitu Pantai Tanjung Jaga juga dikenali sebagai Teluk Air oleh penduduk tempatan. Pantai ini masih indah dan terjaga dari pencemaran. Pastikan anda kekalkan kebersihan dan keindahan pantai ini jika berkelah disini nanti. Pantai ini sangat sesuai untuk berkelah dan memancing.
Terdapat banyak tempat menarik di Yan dari tempat rekreasi hingga lah tempat bersejarah yang boleh anda lawati. Harap kita semua dapat memelihara tempat peranginan di Yan ini agar sering bersih dan cantik.
Jangan tunggu lagi, jom rancang percutian anda ke Yan, Kedah dengan memasukkan semua tempat menarik di Yan ini dalam list anda!