Selsema Burung Dikesan Di Jepun.

| November 26, 2020 | 0 Comments

Selsema Burung Dikesan Di Jepun. |TOKYO, 26 Nov (Bernama) — Sejumlah 146,000 ekor ayam akan dihapuskan di Hyogo, yang menjadi wilayah ketiga dijangkiti virus selesema burung, lapor agensi berita Sputnik, memetik media Jepun pada Khamis.

Pihak berkuasa juga telah melaksanakan kuarantin pada jarak 10 kilometer (lebih enam batu), yang melarang semua pergerakan melibatkan ternakan dan telur ayam, lapor agensi berita Kyodo.

Selsema H5 yang sangat patogenik pertama kali dikesan di sebuah ladang ternakan di wilayah Kagawa, dengan hampir 4,000 ayam mati antara 1 dan 4 November.

Sejak itu, tujuh lagi wabak dikesan di wilayah ini, dan pihak berkuasa memerintahkan pembasmian ratusan ribu ekor ayam.

Pada Rabu, satu lagi wabak dikesan di Fukuoka.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *