Sepasang suami isteri hilang tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Lintang Balingian di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.40 malam dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Balingian ke lokasi kejadian.

Kebakaran membabitkan kediaman jenis tidak kekal dua tingkat bertiang musnah keseluruhan. Api dapat dikawal daripada merebak ke kediaman berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kerja-kerja pemadaman dilakukan 15 orang anggota dibantu penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran, dengan sumber air terbuka dan pili bomba berdekatan.

“Pasukan Bomba Mukah yang tiba di tempat kejadian pada jam 8.35 malam dan membentang satu aliran salur bantu mula sumber air dari tangki jentera bagi memadamkan sisa bara api dan memastikan tiada lagi punca api,” katanya.

Katanya, tindakan awal pasukan PBS Balingian yang tiba di tempat kejadian berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah kediaman terdekat yang jaraknya anggaran kira-kira empat meter.

“Semua mangsa berjaya menyelamat diri daripada terperangkap dalam kejadian itu. Punca kejadian masih dalam siasatan, operasi memadam kebakaran tamat jam 9.35 malam,” katanya.

Sumber; Harian Metro

Baca Juga: Penghuni Pondok Sayu Lihat Rumah Terbakar, Mampu Laung Azan

“Sayu melihat penghuni pondok melaungkan azan di hadapan beberapa rumah yang terbakar sebelum bomba datang membantu,” luah Mohammad Zulikhwan Azhar, 24.

Mohammad Zulikhwan adalah antara saksi awal kejadian kebakaran yang memusnahkan 10 rumah di Pondok Terusan, Pasir Tumboh, di sini, 5 petang kelmarin.

Dia yang terkejut melihat api yang sedang marak terus menelefon pihak bomba bagi mendapatkan bantuan selain bergegas ke lokasi bagi menghulurkan bantuan.

“Nasib baik, ketika kejadian saya dimaklumkan bahawa kesemua penghuni rumah terbabit berada di masjid menunaikan solat Asar.

“Saya berada di lokasi kejadian menyaksikan wajah-wajah penghuni rumah yang terpaksa reda melihat barangan dan harta benda mereka musnah dijilat api.

“Bagaimanapun, keadaan terkawal dan tiada yang bertindak masuk ke rumah kerana akur dengan bahaya dan hanya mampu melaungkan azan sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya ketika dihubungi.

Dia yang berasal dari Kampung Terusan, di sini, berkata, pondok pengajian Islam itu hanyalah berjarak 500 meter daripada kediamannya sekeluarga.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Jainal @ Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada 5.03 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Kejadian membabitkan kebakaran 10 rumah dengan anggaran kemusnahan adalah lebih 90 peratus daripada keseluruhan struktur. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada 7.01 malam,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply