Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Sungai Perak | Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Sungai Perak di Permatang Pelanduk Labu Kubong semalam.

Mangsa warga tempatan itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan tersangkut di rumput air di tepi sungai pada pukul 2 petang.

Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, berkata, mayat tersebut dibawa naik oleh pasukan bomba namun keadaannya yang kembung menyukarkan pengecaman.

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mangsa.

Beliau berkata, mayat dikenal pasti sebagai lelaki warga tempatan berdasarkan parut suntikan BCG di lengan sebelah kiri. Mangsa dianggarkan berusia 40-an.

Beliau juga menyatakan dalam kenyataan bahawa mayat tersebut berkulit gelap dan bertubuh sederhana besar dengan ketinggian 170 sentimeter.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau rakan diminta tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau juga menyata bahawa sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Al Ikhsan Borhan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di talian 05-6233969.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel Lain

GEMPAR! 3 Mayat Ditemui Tepi Jalan. Rupanya Ini Yang Berlaku..

Lelaki warga Myanmar bertindak kejam apabila mencampak tiga kanak-kanak dari jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berketinggian 20 meter di sini, sebelum bertindak membunuh diri hari ini.

GEMPAR! 3 Mayat Ditemui Tepi Jalan. Rupanya Ini Yang Berlaku..

Kejadian pada 5.50 pagi itu menyebabkan dua kanak-kanak dan lelaki terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, seorang lagi kanak-kanak mengalami kecederaan parah.

“Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun terbabit dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak, manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.

“Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2, lelaki berkenaan juga bertindak terjun,” katanya satu dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, semua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya.

“Lelaki dan dua orang kanak-kanak Myanmar berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak yang parah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan memandangkan keadaan mangsa yang sangat kritikal.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya,” katanya.

Menurutnya, semua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan GS Baldev Singh di talian 012-480 6062 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,”katanya.

Sumber : HM

 

Sudah Beberapa Hari Tidak Pulang, Akhirnya Mayat Ditemui Di Sungai

Sudah Beberapa Hari Tidak Pulang, Akhirnya Mayat Ditemui Di Sungai |Misteri kehilangan seorang lelaki berakhir dengan tragis selepas dia dilaporkan telah ditemui mati di Sungai Kampung Inderasabah, Tawau, di sini, baru-baru ini.

Sudah Beberapa Hari Tidak Pulang, Akhirnya Mayat Ditemui Di Sungai

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas dalam satu laporan, mangsa telah dikenali sebagai Hazlan Abdul Hamid, 23 yang ditemui dengan berpakaian lengkap namun dijumpai tertiarap di pinggir sungai tersebut.

Mangsa telah ditemui kira-kira jam 7 pagiĀ  beserta kedua-dua belah kakinya yang dikatakan terikat pada wayar hijau serta bersambung dengan besi pemberat menurut siasatan awal pihak polis. Kes dilaporkan masih dalam siasatan Polis Daerah Tawau bagi mengetahui punca sebenar kematianĀ  sama ada bermotifkan pembunuhan atau sebaliknya.

Menurut Peter, keluarga mangsa yang risau akan keadaan mangsa telah membuat keputusan untuk menghubungi pihak polis selepas Hazlan (mangsa) dikatakan sudah tidak pulang ke rumah selama beberapa hari. Bapa kepada mangsa telah melakukan laporan polis kira-kira jam 12 tengah hari, jumaat yang lalu.

Sebelum ini, pencarian telah dilakukan oleh ahli keluarga serta jiran-jiran bagi mencari keberadaan mangsa di kawasan sekitarnya namun mereka menemui jalan buntu selepas mereka tidak berjaya menemukannya.

Menurut keluarga mangsa dalam satu laporan, mangsa turut mengalami penyakit mental dan dikatakan suka merayau dan berjalan-jalan di kawasan sekitar tanpa hala-tujuan.

Peter mengulas bahawa kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara mereka menunggu keputusan bedah siasat selepas ia dikatakan bakal dijalankan tidak lama lagi.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply