13 Makanan Tradisional Menarik Dari Perak| Khalifah Media & Networks – Perak sememangnya popular dengan makanan dari pelbagai bangsa. Malah negeri yang bertuah ini juga popular dengan buah seperti buah durian dan buah limau tambun. Jika anda ke Perak rugi kalau tak singgah makan.

Kali ini saya akan senaraikan makanan tradisional menarik asal dari negeri Perak. Semoga dapat bantu anda kenal makanan yang unik dan menarik ini.

1. Nasi Lemuni – makanan

Makanan tradisional asal dari Perak yang semakin di lupakan. Ramai yang tidak pernah dengar nama hidangan tradisi ini. Nasi lemuni tidak sama seperti nasi biasa. Ia di buat menggunakan daun lemuni iaitu sejenis daun ulam yang susah di jumpa.

Nasi ini akan di gabungkan bersama lauk telur, ikan bilis dan sambal tumis. Hampir sama macam nasi lemak tapi nasi lemuni jauh lebih wangi dengan aroma nasi nya dan sedap. Nasi Lemuni sudah jarang di buat jualtapi ada beberapa daerah yang masih ada hidangan ini iaitu Kuala Kangsar dan Lenggong.

Jika anda melawat Perak, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan tradisi ini.

Kredit Imej: Facebook Rizqmie Food

2. Ikan Pindang Daun Seniar – makanan

Satu lagi hidangan tradisi yang makin di telan zaman adalah Ikan Pindang Daun Seniar. Masakan ini agak rumit dan ambil masa yang agak lama untuk siapkannya. Dalam masakan ini ikan akan di perap bersama rempah ratus dan seterusnya di balut dengan gunakan daun seniar.

Bila dimasak bersama, daun seniar akan bantu untuk lembut kan isi ikan sampai ke tulang. Sampai kan tulang ikan boleh di makan begitu saja. Malah, aroma wangi daun seniar jadi kan isi ikan lebih sedap dan membangkit selera makan.

Lauk istimewa ini di makan bersama nasi putih dan boleh jadi makanan untuk tengahari.

Kredit Imej: Blog DSH!

3. Rendang Tok – masakan

Rendang Tok makanan tradisional dari Perak yang sangat popular di negeri lain selain Negeri Perak. Makanan tradisi popular ini selalu ada ketika majlis kahwin atau apa-apa jamuan makan. Menu ini akan menjadi pilihan ramai untuk mencuba.

Bahan utama untuk masak rendnag tok adalah daging lembu atau kambing yang dipotong bentuk kiub kecil akan dimasak bersama rempah dan bahan-bahan lain yang penting. Untuk siapkan satu hidangn ini perlukan masa yang agak lama. Tapi itulah yang menarik tentang makanan tradisional orang Perak ini. Daging akan jadi lebih lembut dan diserap elok dengan rempah semua.

Kredit Imej: Ocean Property

4. Kebebe – makanan

Kebebe makanan tradisional masyarakat keturunan Patani yang menetap di daerah Lenggong, Perak satu ketika dahulu. Makanan tradisi ini mula di kenali ramai dan tersebar seluruh negeri Perak. Rasa seakan akan rojak kerana bahan yang digunakan seperti nenas, kulit putik nangka, jantung pisang cermai, belimbing buluh, putik jambu batu, buah cedung, memban kelapa, buah kelempong, cili dan penambah perasa yang lain.

Kombinasi semua bahan ini memberi rasa manis, masam, masin dan pedas. Keunikkan rasa Kebebe menjadikannya satu hidangan pilihan ramai. Makanan tradisi ini selalu ada pada majlis keramaian seperti majlis kahwin, majlis rasmi dan sebagainya.

Kredit Imej: The Ambitious Salted Egg

5. Penjan Ubi Kayu – makanan

Makanan yang menjadi pilihan warga generasi lama iaitu penjan ubi kayu. Bahan yang diguna tidak banyak dan masa membuat makanan ini juga tidak terlalu lama. Antara bahan utama adalah ubi kayu, gula merah, tepung jagung, daun pandan dan sebagainya.

Ubi kayu akan di cuci dahulu sehingga bersih dan di rebus sampai lembut. Setelah itu baru di masak bersama bahan-bahan lain. Hidangan tradisi ini sudah jarang diteruskan oleh generasi kini. Namun, masih ada penjual yang menyajikan juadah ini.

Kalau anda kunjung ke Negeri Perak, jangan lepaskan peluang untuk rasai makanan tradisional yang menarik ini.

Kredit Imej: Azian Hasan

6. Kandas – kuih

Kuih Kandas satu lagi makanan tradisional yang berasal dari negeri Perak. Jika di lihat dari rupa seperti kuih cakoi. Namun, kuih kandas berbeza dari segi rasa dan bahan yang digunakan. Dalam kuih cakoi, di campur sekali margerin atau mentega, tetapi tidak dalam kuih kandas.

Selain itu, cakoi di makan bersama sekaya namun bagi kuih kandas pula ia di makan bersama kuah kancang. Rasa kuih yang rangup di luar, gebu di dalam memberi rasa yang sedap apabila dimakan bersama kuah kacang yang manis, pedas dan berlemak.

Kuih ini sangat popular dan sering jadi juadah sarapan pagi.

7. Bubur Anak Lebah – makanan

Tidak seperti namanya, bubur anak lebah di beri kerana terdapat ketulan atau pepejal warna putih di dalam bubur ini seakan-akan seperti anak lebah. Kini, makanan tradisi yang popular di bulan ramadan ini telah berubah dan mengikut peredaran zaman. Ramai penjual atau pembuat bubur ini telah lakukan beberapa inovasi dari resepi asal.

Pepejal yang asal nya warna putih tanpa letak sebarang warna kini telah berubah. Ada yang letak banyak warna untuk jadikannya lebih meriah dengan warna-warni dalamnya. Selain warna, ada juga yang campur adunan bersama air pandan untuk dapatkan warna hijau dan bau pandan yang wangi.

Namun, sebarang inovasi yang dilakukan ini masih ada rasai keistemewaan bubur anak lebah yang popular dalam kalangan rakyat di Negeri Perak.

Kredit Imej: Facebook Resepi Pembuka Selera

8. Kelamai – makanan

Makanan tradisi turun-temurun dari kalangan masyarakat Rawa yang menetap di negeri Perak. Kelamai rasanya seperti dodol namun rupa nya seperti lemang. Ini kerana, bahan yang digunakan sama hampir sama seperti bahan untuk dodol. Malah, cara masak nya pula di dalam buluh seperti lemang dan ia akan di bakar.

Kelamai, makanan tradisi ini agak susah di jumpai kini. Namun ada beberapa kawasan yang masih kekal dengan resepi turun temurun. Ini kerana, proses untuk siapkan makanan ini ambil masa selama 3 hari. Proses yang agak renyah dan cerewet ini menjadi sebab  generasi kini kurang lakukan.

Jangan risau, anda masih boleh cuba hidangan ini kerana ia banyak di daerah Batang Padang Gopeng, Perak.

Kredit Imej: Harian Metro

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 makanan tradisional menarik di negeri Perak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Perak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply