13 Makanan Tradisional Menarik Dari Kelantan| Khalifah Media & Networks – Kelantan negeri yang terkenal dengan makanan yang unik dan sedap dengan harga pun berpatutan. Banyak makanan dari Kelantan yang popular di negeri-negeri lain. Namun, masih banyak makanan tradisional yang menarik asal dari Kelantan yang masih kurang popular.

Saya telah bantu anda senaraikan beberapa pilihan makanan tradisional orang Kelantan yang wajib anda cuba jika kunjung ke Negeri Kijang ini.

1. Nasi Tumpang – makanan

Nasi tumpang atau disebut sebagai nasi tupe oleh orang Kelantan adalah makanan tradisional menarik asal dari negeri Kelantan. Makanan tradisi ini popular dalam kalangan pesawah dan petani pada satu ketika dulu. Mereka akan bawa bekal nasi tumpang kerana senang di makan dan sedap.

Bentuk nasi tumpang berbentuk kon yang dibalut dari pada daun pisang. Nasi tumpang gabungan nasi yang di masak lembik dan di selang seli dengan lauk seperti sambal manis, ikan, udang , telur dan banyak lagi mengikut cita rasa anda. Cara makan nasi tumpang ada yang makan ikut tiap lapis bermula dari lapis atas sampai bawah. Ada juga yang gaul semua lauk dan nasi bersama baru makan.

Walau apa cara anda makan, keunikkan dan keenakkan nasi tumpang tiada tandingan. Rugi kalau anda tak cuba benda baru!

Kredit Imej: Ajinomoto

2. Mee Chambol – makanan

Makanan tradisi yang popular di Pengkalan Kubor, Kelantan mee chambol ada peminat nya sendiri. Walaupun ini makanan tradisional tapi menu ini sangat di gemari oleh generasi muda hari ini. Mee Chambol adalah sejenis mee yang di makan bersama sup di masak penuh rempah. Yang paling menarik, mee chambol di makan dengan bebola seafood seperti udang, ikan, sotong, ketam dan banyak lagi.

Mee yang di gunakan pula selalunya mee kuning, namun ada juga yang gunakan mee hoon, koeyteow, dan mee patthai. Lagi sedap jika di tambah jeruk cili untuk lebih pedas dan masam. Hidangan ini perlu masuk senarai anda jika datang ke Kelantan.

Kredit Imej: Munch Malaysia

3. Nasi Manis – makanan

Makanan tradisi yang popular dalam kalangan generasi lama iaitu Nasi Manis atau di sebut juga sebagai wajik, pulut kacau, pulau manis dan sebagainya. Nasi manis adalah hidangan yang di jadikan pemanis mulut dalam majlis seperti majlis kahwin, majlis rasmi dan banyak lagi.

Bahan yang di gunakan sangat mudah dan cara masak pun tidak perlu banyak masa. Beras pulut, gula merah dan santan di gaul bersama dan di kukus sehingga masak. Makanan tradisi ini sedap dan hanya makan begitu saja.

Kredit Imej: The Secret CookBooks

4. Budu – makanan

Sos pencicah dan di boleh jadikan pesedap rasa adalah budu. Asal dari Kelantan, budu di perbuat daripada ikan bilis dan beberapa lagi ikan lain. Rasa nya yang unik di gemari oleh seluruh rakyat Malaysia bukan hanya Kelantan. Mereka menggunakan budu untuk makan bersama nasi agar dapat tingkat kan selera makan dan di jadi penambah rasa dalam nasi.

Banyak masakan di negeri Kelantan menggunakan budu dalam nya. Salah satu makanan tradisional popular asal dari kelantan adalah Nasi Kerabu. Hidangan ini wajib di makan bersama budu baru nasi ini menjadi lagi sedap.

Kredit Imej: Amie’s Little Kitchen

5. Kerabu Sarang – makanan

Makanan tradisional Kelantan iaitu kerabu sarang atau orang kelantan sebut kerabu sare masih menjadi pilihan dalam kalangan penduduk. Kerabu sarang senang untuk di buat dan bahan yang guna hanya sedikit. Bahan utama yang penting adalah rumpai laut yang telah dicuci bersih dan di keringkan.

Hidangan ini sangat popular pada bulan ramadan kerana menu ini menjadi pilihan warga generasi lama untuk di jadikan makanan berbuka dan sahur. Kerabu sarang sedap di makan bersama nasi putih sebagai pelengkap rasa. Rasa rumpai laut sangat unik dan perlu di cuba jika anda datang berkunjung ke Kelantan.

Kredit Imej: Facebook Kelantan jimat

6. Pulut Bakar – kuih

Berbeza dengan pulut panggang di negeri lain, pulut bakar di Kelantan adaa keistimewaan sendiri. Pulut bakar menggunakan beras pulut, santan, gula pasir putih, bunga cengkih dan halba saja untuk dapat kan pulut yang lemak manis sedap dengan aroma herba yang digunakan sungguh memikat rasa.

Kuih ini mudah untuk dapat kan di sini, banyak gerai dan warung menjual kuih ini. Banyak juga di jual di pasar malam ni kawasan Kelantan ini.

Kredit Imej: Blog Resepi Citarasawan

7. Tahi Itik – kuih

Bagi orang yang luar Kelantan mesti merasa geli dengan nama kuih satu ini. Tahi itik adalah nama untuk kuih tradisional yang popular dan tidak di telan zaman. Walau nama kuih tradisi ini pelik tapi rasa tetap sedap lemak dan manis. Nama kuih ini diberi kerana rupa nya saja. Kini, ada nama lain di beri iaitu putih telur untuk ganti nama tahi itik jika ada yang tidak boleh sebut nama sebenar.

Proses pembuatan agak renyah dan sulit. Tepung gandum, putih telur, daun pandan dan gula perlu di kacau lama sehingga masak dan kental. Rasa tahi itik ini sangat sedap, berlemak dan manis saja. Jangan risau, anda boleh cuba rasa kuih ini sebagai satu pengelaman jika ke Kelantan.

Kredit Imej: SAYS

8. Jala Mas – kuih

Manisan yang kuning keemasan iaitu kuih jala mas selalu di gunakan sebagai hantaran dalam majlis kahwin. Jala mas dibuat menggunakan kuning telur dan di masak menggunakan air guna menimbulkan rasa lemak manis menjadi pilihan rakyat Kelantan dan Terengganu.

Rupa kuih ini seperti mee kuning tapi ia lebih halus dan jurai nya lebih lembut. Malah rasanya lebih sedap dan menarik untuk di makan waktu minum petang bersama keluarga. Walau ramai pembuat rasa proses buat jala mas sikit cerewet tapi sangat berbaloi dengan hasil akhir.

Kredit Imej: Deborah Silver Music

9. Bunga Tanjung – kuih

Hidangan pencuci mulut tradisional iaitu kuih bunga tanjung. Rasa hampir sama dengan kuih jala mas kerana bahan yang digunakan juga lebih kurang sama. Bahan yang di gunakan adalah kuning telur dan dimasak bersama air gula. Rasa kuih ini lebih lemak dan manis. Sangat sedap!

Jaga-jaga kalau makan kuih tradisional Kelantan ni, rasa nya sangat manis dan lemak kuih sangat tinggi kolesterol. Boleh makan tapi berpada okey.

Kredit Imej: @Af_Azman

10. Asam Gumpal – kuih

Asam gumpal adalah kuih tradisional dari negeri Kelantan yang amat popular dalam setiap peringkat umur. Kuih ini menggunakan sagu biji yang dimasak dan di gumpalkan bentuk bulat besar. Kemudian diisi dalam dengan isi kacang hijau, halba dan sebagainya. Akhir sekali, kuih ini akan dimasak di dalam air santan sehingga menjadi pekat.

Rasa manis, lemak, masin dari santan bersama liat satu di tambah pula rasa inti kacang di dalam memang menjadi pilihan ramai. Rugi kalau anda tak rasa kuih ini kalau sudah ada di Kelantan.

Kredit Imej: RASA

11. Cek Mek Molek – kuih

Jamuan di sebelah petang anda boleh dapatkan kuih cek mek molek. Kuih ini sangat popular untuk makan dengan air kopi pada waktu petang. Bahan utama adalah ubi keledek yang di rebus dan di uli bersama tepung. Kemudian di masukkan inti gula di dalam. Selepas menggoreng gula akan cair dan luar akan jadi rangup dan lembut  di dalam.

Kuih ini mudah untuk anda dapatkan. Banyak gerai tepi jalan jual juadah ini.

Kredit Imej: Mohamed Yosri Mohamed

Sekarang ni, kami hanya jumpa 11 makanan tradisional menarik di negeri Kelantan. Jika anda ada maklumat baru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Kelantan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply