13 Makanan Tradisional Menarik Dari Johor| Khalifah Media & Networks – Johor adalah sebuah negeri yang popular dengan tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Negeri yang kaya dengan adat dan budaya rakyat. Bagi anda yang ingin melawat negeri Johor, mari belajar dahulu tentang makanan tradisional yang ada. Masih ramai yang belum cuba rasa makanan tradisional orang Johor.

Dalam artikel kali ini, saya akan tampilkan sekali kepada anda beberapa makanan tradisional yang menarik dari negeri Johor.

1. Soto Ayam – makanan

Makanan yang popular dari negeri Johor ialah soto ayam. Di sini, soto ayam di makan bersama nasi himpit atau ketupat. Namun, menu ini di ubah suai oleh beberapa negeri lain dari segi resepi hingga cara makan. Ada beberapa tempat gunakan bihun sebagai bahan utama untuk dimakan bersama sup rempah ayam.

Menariknya soto ayam tradisi orang johor, kuah lebih pekat dan wangi dengan rempah ratus sup ayam yang digunakan. Soto ini juga dihidangkan bersama caritan halus isi ayam sup, kacang goreng, bawang goreng, tauhu, daun sup, taugeh dan juga sambal kicap sebagai penambah perasa.

Rasa rempah ditambah pedas sambal dan dimakan bersama nasi himpit sangat menaikkan selera. Jangan lupa cuba menu ini jika anda ke negeri Johor.

Kredit Imej: Azie Kitchen

2. Botok-botok – makanan

Botok-botok makanan tradisional yang amat menarik dari negeri Johor. Makanan tradisi ini sangat popular di setiap pelusuk negeri Johor. Namun masih ada yang belum kenali menu satu ini. Malah di Johor, hanya golongan generasi lama masih masak menu satu ini.

Botok-botok diperbuat daripada ulam-ulaman dari banyak jenis ulam yang penuh khasiat. Antaranya seperti ulam raja, daun kaduk, daun selom, pucuk ubi, daun kesom dan banyak lagi. Selain itu, bahan utama adalah isi ikan, antara ikan yang digunakan adalah ikan kembung, ikan tenggiri dan sebagainya. Akhir sekali, kesemua bahan ini akan di gaul dan di kukus sehingga masak menggunakan daun pisang.

Kredit Imej: Fahmirais.com

 3. Telur Pindang – makanan

Makanan tradisional orang Johor yang mesti dicuba adalah telur pindang. Telah menjadi simbolik, telur pindang selalu ada majlis keramaian seperti majlis kahwin, majlis khatan, majlis syukur jambul dan banyak lagi. Telor pindang merupakan telur ayam yang direbus bersama herba untuk ubah warna luar telur ayam koko atau perang gelap.

Makanan tradisi ini ambil masa lebih kurang 2 hingga 3 jam lama nya untuk ubah telur meresap herba yang di gunakan. Oleh itu, telur ayam akan mudah di simpan, ia akan tahan lebih lama.

Jika anda lawat negeri Johor jangan lepas peluang untuk rasa sendiri menu tradisional satu ini.

Kredit Imej: Simple Rudy TV

4. Burasak – makanan

Nampak seperti ketupat tapi bukan, ia adalah burasak yang asal dari makanan tradisional orang Bugis di Johor. Kini, Burasak popular dalam kelangan rakyat Johor sehingga hari ini. Burasak diperbuat dari beras yang di masak bersama santan dan di balut menggunakan daun pisang nipah. Beza burasak dengan ketupat dari segi size burasak lagi besar dan peler serta berbentuk segi empat.

Makanan tradisional asal dari Johor ini ambil masa hingga 8 jam untuk masak. Selalu di buat pada hari raya aidilfitri, hari raya aidiladha, dan majlis rasmi sebagainya. Burasak ini paling sedap jika makan bersama asam pedas ikan parang, serunding, rendang dan sebagainya. Tengok saja pon dah terliur kan!

Kredit Imej: The Ambitious Salted Fish

5. Lontong – makanan

Lontong makanan tradisional yang asal dari negeri Johor. Jika hari raya aidil fitri, lontong adalah makanan wajib yang selalu ada di setiap rumah. Anda boleh rasa lontong asli johor di kedai-kedai makan di sini. Banyak kedai yang menjual menu ini sebagai menu untuk sarapan pagi.

Makanan lontong di sini ada dua jenis yang berbeza iaitu lontong kering dan lontong basah. Paling sedap jika makan bersama sambal tumis akan jadi lebih sedap dan pedas. Rugi kalau ke Johor tak rasa lontong.

Kredit Imej: detikfood

6. Laksa Johor – makanan

Makanan yang menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia iaitu laksa ada keistimewaannya. Laksa ada banyak variasi di malaysia mengikut cara setiap negeri. Istimewa laksa Johor adalah kuah dan laksa yang di guna amat berbeza. Di Johor, kuah laksa lebih berlemak dan berwarna kuning. Manakala laksa yang di guna iaitu spaghetti.

Laksa Johor mempunyai peminat nya sendiri. Jika anda ke Johor, banyak kedai dan warung tepi jalan jual laksa yang sedap untuk di cuba.

Kredit Imej: Vanila Kismis

7. Kacau Keledek – kuih

Kacau keledek adalah salah satu kuih tradisional menarik yang asal dari Johor. Kuih tradisi ini sering ada ketika majlis perayaan seperti dijadikan hantaran perkahwinan, dan dalam majlis-majlis diraja. Kacau keledek diberi nama sempena proses pembuatannya iaitu semua bahan perlu di kacau tanpa henti sehingga menjadi kental.

Antara bahan penting yang sedap kan kuih ini ada ubi keledek, santan, esen vanila, telur, daun pandan gula dan garam. Aroma kuih ini amat membangkit selera. Tiada di tempat lain hanya di negeri Johor. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pengalaman baru.

Kredit Imej: Pamper.my

8. Harrisa – makanan

Satu lagi makanan tradisional sangat menarik dari Johor tetapi makin di telan zaman adalah Harrisa. Bukan lah nama orang tapi harrisa sejenis makanan yang ada kombinasi manis, masam dan pedas. Bahan utama yang digunakan adalah daging lembu atau kambing, bersama bijirin gandum. Tempoh untuk masak makanan tradisi ini ambil masa lebih kurang 3 jam lamanya. Menjadi salah satu sebab generasi muda jarang masak menu satu ini.

Mungkin bagi anda yang pertama kali cuba dapat rasa yang pelik, namun makin lama makanan ini menjadi lebih sedap. Keunikkan yang ada pada harrisa menarik ramai untuk rasa makanan ini.

Kredit Imej: Mat Gebu

9. Kacang Pool – makanan

Asal usul kacang pool adalah makanan orang arab dan ia di bawa masuk ke Johor oleh pendatang arab pada satu ketika dulu. Namun, lama-kelamaan makanan ini menjadi serasi dan diterima oleh orang Johor dan telah menjadi makanan tradisional yang turun-temurun.

Bahan utama yang penting untuk hasil kan makanan unik ini adalah kacang pool dan daging kisar. Menu makanan ini menjadi pencicah yang sesuai untuk roti, capati, roti canai, roti kosong, lempeng dan banyak lagi. Menu ini di hidangkan bersama telur mata separuh masak bersama cili merah, cili hijau dan perahan limau kasturi. Lagi sedap curah sikit minyak sapi yang di cairkan di atas.

Makanan tradisi ini sampai ke hari ini masih lagi mendapat sambutan. Mudah kalau anda nak cuba boleh dapatkan di kedai makan atau warung tepi jalan ja. Makanan ini sering di makan ketika pagi untuk di jadikan menu sarapan pagi.

Kredit Imej: Nomadette

Sekarang ni, kami hanya jumpa 9 makanan tradisional menarik di negeri Johor. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Johor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply