13 Makanan Tradisional Menarik Dari Kedah| Khalifah Media & Networks – Kedah popular dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas. Ia menjadi sebab utama ramai datang untuk melancong di sini. Namun masih banyak yang tidak tahu makanan tradisional orang Kedah. Oleh itu, saya akan senaraikan beberapa makanan tradisional menarik dan hanya boleh didapatkan dari negeri Kedah.

1. Gulai Batang Pisang – makanan

Menu wajib di majlis perkahwinan adalah gulai batang pisang. Gulai ini sangat istemewa di bulan puasa dijadikan menu untuk berbuka bersama keluarga. Batang pisang yang digunakan dari bahagian dalam yang disebut umbut pisang atau rias pisang. Bahagian itu lebih lembut untuk di masak bersama daging lembut atau kambing.

Kini ada setengah tempat luar dari negeri kedah sudah mula dengan menu ini. Makanan tradisional seperti gulai batang pisang perlu dicuba jika anda datang ke negeri Kedah.

Kredit Imej: Resepi Sedap Dan Mudah

2. Nasi Daging Air Asam – makanan

Resepi nasi daging sangat terkenal di sebelah utara Malaysia. Istimewa resepi dari negeri Kedah adalah air asam spesial yang dimakan bersama nasi.  Menu ini selalu dihidangkan di hari perayaan dan di majlis tertentu seperti majlis perkahwinan.

Nasi Daging Air Asam dari Kedah dimasak penuh rempah ratus yang wangi memukat rasa lapar. Biasanya nasi akan di masak bersama daging didalamnya dan digabungkan bersama air asam sebagai pencicah. Bukan orang Kedah saja yang gemar, malah menjadi pilihan orang dari negeri lain juga.

Kredit Imej: Facebook Che Nom

3. Sup Gamat – makanan

Satu lagi makanan tradisional asal dari negeri Kedah adalah sup gamat. Menu ini sangat popular pada zaman dulu. Kini, menu ini semakin dilupakan kerana ramai generasi muda hari ini tidak tahu dan kurang meminati bahan utama iaitu gamat. Walaupun berasal dari kedah namun sup gamat tidak dimasak di setiap pelusuk kawasan di Kedah.

Ini kerana, stok gamat yang semakin susah untuk didapati dan harga agak mahal. Gamat banyak digunakan untuk bidang komersial lain. Tapi jangan risau jika datang ke Kedah, masih ada beberapa tempat menjual menu ini dengan harga yang berpatutan.

Kredit Imej: Facebook Noor Satay

4. Bunga Pudak – kuih

Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih tradisi asal dari Kedah. Sangat popular dia kawasan Alor Setar, Jitra, Pokok Sena dan berdekatannya. Bunga pudak kuih pemanis mulut yang sangat sedap dan lemak. Bahan-bahan yang digunakan senang dapat tapi untuk membentuk bunga pudak amat sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi.

Warna-warni kuih ini sangat sedap jika dimakan panas. Anda boleh dapatkan kuih ini di Pekan Rabu Alor Setar, kompleks beli belah dengan banyak barang dan makanan tradisional kedah juga boleh didapatkan disini.

Kredit Imej: Facebook Cinta Sayang Resort

5. Ubi Telampong – makanan

Ubi telampong makanan tradisional turun temurun orang Kedah. Proses penyediaan menu ini sangat renyah dan sukar untuk dibuat. Ubi kayu perlu direbus dalam air tebu selama 8 jam lamanya. Setelah ubi kayu menjadi lembut maka boleh dimakan bersama nasi, pulut dan pelbagai lagi. Resepi ini memerlukan masa yang lama manjadi sebab utama makanan tradisional ini semakin ditelan zaman.

Namun, masih ada tempat yang popular dengan menu ini dan masih meneruskan resepi ubi telampong sehingga generasi muda. Kampung Telok mukim Binjai, Jitra Kedah sangat popular dengan menu ini. Anda boleh singgah ke kampung ini untuk rasai sendiri keenakkan ubi telampong.

Kredit Imej: Facebook Kedah Pedia

6. Gedung Chak – kuih

Kuih tradisional satu ini iaitu Gedung Chak ada sejarah sendiri. Asal kuih ini adalah makanan orang Acheh yang di bawa masuk ke negeri Kedah pada zaman dahulu. Namun, kuih ini diterima baik oleh rakyat Kedah ketika itu dan lama kelamanaan ia menjadi salah satu kuih tradisional negeri jelapang padi itu.

Gedung Chak di buat daripada kelapa dan gula melaka ditambah sedap dengan cara balutan kuih yang menggunakan daun nipah. Menjadikan kuih gedung chak wangi ketika di bakar dan aroma nya membangkit selera makan. Anda boleh dapatkan kuih tradisional menarik dari kedah ini di kawasan Yan, Kuala Muda dan Tanjung  Dawai.

Kredit Imej: Facebook Kedahtourism

7. Pek Nga – makanan

Pek Nga atau dikenali sebagai lempeng menjadi menu sarapan pagi yang popular di setiap kawasan di Negeri Kedah. Nama asal pek nga sebenarnya adalah singkatan dari ‘tempek dibelanga’. Suatu masa dulu, makanan tradisional ini popular dalam kalangan pesawah untuk sarapan pagi sebelum turun ke sawah. Kini, menu ini menjadi makanan yang wajib dicuba jika anda datang melawat Kedah.

Pek Nga ada banyak variasi pilihan rasa. Ada pilihan kelapa, pisang dan tepung. Makanan tradisi ini akan dimakan bersama gulai ikan kembung sebagai kuah pencicah.

Kredit Imej: OhsemKedah

8. Karas – kuih

Kuih Karas adalah sejenis kuih tradisional yang masih diteruskan sehingga hari ini. Karas sangat popular di Kedah sebagai kuih tradisi yang digoreng. Malah kuih karas telah menjadi sumber pendapatan untuk beberpa pihak yang menjadi pengusaha kuih ini.

Karas diperbuat daripada bancuhan tepung beras cair dan berbentuk jaringan halus seperti bihun namun bewarna emas keperangan. Sangat ranggup dan wangi dimakan. Kerana kuih ini sangat popular anda mudah untuk dapatkan nya kerana hampir setiap kedai ada jual.

Kredit Imej: facebook Friends of Impak

9. Qasidah – kuih

Menu yang menjadi pemanis mulut di bulan Ramadan yang mulia ialah kuih qasidah. Qasidah atau juga disebut sebagai hasidah adalah sejenis kuih tradisional yang menjadi pilihan dalam kalangan generasi dahulu. Bahan untuk buat kuih ini sangat mudah dan ringkas. Tapi agak susah untuk membentukkan kuih qasidah ini. Namun itulah yang menjadi pilihan utama.

Paling menarik kuih ini ada rasa lemak dan manis  ditambah aroma wangi bawang goreng menarik minat anda untuk cuba kuih ini.

Kredit Imej: Air Tangan Cik Siti

10. Coq Peneram – cucur

Cucur peneram sejenis cucur yang manjadi hidangan untuk minum petang. Mungkin ada yang kurang kenal jika dengar nama coq peneram tapi anda mungkin kenal cucur ini dengan nama telinga kelin, denderam, deram dan banyak lagi. Walaupun nama cucur ini banyak tapi ia masih makanan tradisional yang popular di utara terutamanya di kedah.

Menariknya tentang cucur ini adalah rasa manis serta ranggup di luar dan gebu di dalam. Cucur tradisi orang Kedah ini diperbuat daripada gula merah dan tepung beras. Paling sedap jika makan waktu panas yang baru di goreng. Banyak kedai yang menjual cucur ini, pasar malam juga banyak gerai yang jual.

Kredit Imej: MyStore

Sekarang ni, kami hanya jumpa 10 makanan tradisional menarik di negeri Kedah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Kedah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply