13 Pulau/Pantai Menarik Yang Boleh Dilawati di Selangor| Khalifah Media & Events – Selangor antara negara yang maju dengan pembangunan dan tempat-tempat tarikan pelancong. Ramai yang tidak kenal lagi dengan pantai/pulau yang ada di negeri ini malah rakyat Selangor sendiri pasti masih ada yang kurang mahir dengan tempat mereka. Sedangkan di Selangor banyak pantai dan pulau yang unik, cantik dan menarik untuk dilawati.
Oleh itu, saya senaraikan pulau/pantai yang terkenal dan jadi ‘hidden gem’ dalam negeri Selangor. Dengan harapan dapat bantu anda semua rancang perjalanan dengan baik!
1. Pantai Cunang – pantai
Tempat pelancongan baru yang masih ramai tidak tahu iaitu Pantai Cunang. Menariknya di sini, pasir putih dan air biru jernih memenuhi pantai. Terdapat juga deretan pokok rhu di tepian pantai tersusun cantik, sangat sesuai kalau nak ambil gambar. Kawasan pantai yang tenang menjadi tempat berkelah dan riadah bersama keluarga dan sahabat.
Kalau anda ke sini, boleh juga tidur di resort yang sedia ada. Anda boleh rasa kan suasana Pantai Cunang di sebelah malam pula.
2. Pantai Morib – pantai
Pantai Morib nama yang tidak asing lagi bagi pengunjung dalam mahupun luar negeri. Tempat ini sangat terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang ada. Semakin hari Pantai Morib semakin maju dan telah beri impak yang besar untuk menerima kunjungun orang ramai.
Aktiviti yang popular di sini ialah bola tampar, bola sepak pantai dan main layang-layang. Pantai akan jadi meriah dan sesak ketika hari hujung minggu atau waktu cuti sekolah. Ibu bapa akan ambik kesempatan ini untuk membawa anak-anak mereka riadah di sini.
Tempat untuk menginap juga panjang di sepanjang jelan ke Pantai. Untuk pengetahuan anda, di sinilah tempat di mana Nora Danish dan Farid Kamil shooting untuk filem Cuti-Cuti Cinta.
3. Pantai Remis – Pantai
Terkenal dengan makanan laut yang banyak, Pantai Remis menawarkan banyak jenis makanan laut yang ‘rare’ pun ada di sini. Kepada pengemar makanan laut, sangat rugi kalau datang ke Selangor tapi tidak singgah di pantai Remis. Paling popular di sini adalah oyster yang segar dan size yang besar.
Berdekatan dengan pantai, terdapat sebuah tapak penjaja yang menjual pelbagai jenis barang dan makanan. Untuk kaki OOTD, ada juga pasar bunga di buka di tepi pantai.
Makan sambil layan pemandangan pantai di tambah pula angin bayu sungguh tenang.
4. Pulau Ketam – Pulau
Terletak di Sungai Klang dan hampir dengan Klang. Pulau Ketam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang majoriti rakyat di sini dari bangsa Cina. Untuk ke sini, anda perlu naik bot atau feri dengan bayaran Rm20 seorang untuk perjalanan pergi dan balik.
Spesial di pulau ini adalah pengangkutan utama adalah basikal. Jadi anda jangan terkejut pula kalau lihat orang ramai gunakan basikal untuk bergerak.
Banyak sudut yang cantik untuk ambil gambar di Pulau ini. Malah, di sini juga banyak tempat makan yang sedap, dengan lauk yang diguna pun segar.
Apa tunggu lagi, nak dapatkan pengalaman baru anda perlu datang ke sini!
5. Pantai Acheh – pantai
Lokasi di pantai berada tidak jauh dari Pelabuhan Klang. Pantai Acheh lebih tenang dan sunyi berbanding pantai lain. Sangat sesuai untuk anda yang ingin kan ketenangan dan mahu rehatkan minda. Kewujudan pantai ini masih ramai yang belum tahu, namun pantai ini sangat sesuai untuk kaki pancing.
Jika anda datang ke Selangor, jangan lupa untuk berkunjung ke sini.
6. Pantai Redang – pantai
Sekinchan bukannlah tempat tumpuan utama pelancong, namun jika anda datang ke Selangor masukkan Pantai Redang dalam senarai jadual anda. Pantai Redang ada daya tarikan yang sendiri. Di sini, terdapat sebuah pokok besar yang di namakan sebagai ‘Wishing Tree’. Masyarakat bangsa Cina di sini percaya jika mereka gantung reben merah sambil menyebut hajat di pokok maka hajat kita akan di tunai kan.
Jadi menarik apabila banyak reben-reben merah yang tergantung di pokok ini. Tempat untuk ambil gambar juga banyak di bina di sepanjang tepian pantai. Tidak rugi kalau anda ke sini.
7. Pantai Bagan Lalang – pantai
Tempat yang menarik untuk camping dan berkelah di Selangor iaitu di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Pantai ini menawarkan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Di tambah pula angin bayu dengan derus ombak sangat sesuai untuk lakukan aktiviti bersama keluarga dan sahabat.
kalau anda mahu camping, tak perlu risau, di sini juga sudah ada tapak yang disediakan khas kepada anda hanya perlu bayar sewa saja. Suasana malam di sini sangat cantik, rugi jika anda tidak cuba.
8. Pantai Kelanang – pantai
Jika anda datang ke daerah Banting, boleh singgah di Pantai Kelanang. Pantai ini sangat popular di kawasan ini. Kawasan pantai luas dan bersih, hanya sebelah dari Pantai Morib. Di sini banyak aktiviti boleh dilakukan dengan keluarga anda. Angin di sini lebih kuat banding dengan pantai lain. Anda juga boleh terbangkan layang-layang di sini.
Taman permainan untuk kanak-kanak juga sedia ada. Kemudahan pula lengkap dengan parking yang luas, surau, tandas dan tempat persalinan.
9. Pantai Sasaran/Sky Mirror – pulau
Satu lagi tempat yang menjadi tarikan pelancong di Malaysia iaitu Pantai Sasaran atau popular dengan nama Sky Mirror. Untuk ke sini anda perlu naik bot dari Jeti Kuala Selangor. Ambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai di pasir yang timbul di tengah laut yang dinamakan Pulau Tebing Pasir.
Fenomena ini terjadi selepas berlakunya air pasang surut. Ada masa tertentu saja pengunjung boleh ke sana. Anda juga boleh bayar sewa untuk fotografi, mereka akan tangkap dan edit gambar kita dengan sangat cantik. Lepas ini tak perlu lagi ke luar negara, di tempat kita juga banyak tampat-tampat yang menarik untuk dilawati.
Sekarang ni, kami hanya jumpa 9 pantai/pulau menarik di negeri Selangor. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewpulaupantaikmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Selangor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!