10 Tempat Makan Viral di Kuala Perlis. [Khalifah Media Networks

Kalau sebut Kuala Perlis, mesti ramai terbayang jeti dan feri ke Langkawi. Tapi jangan lupa Kuala Perlis juga syurga makanan laut dan port makan menarik! Sama ada nak dinner sambil tengok sunset, sarapan pagi dengan view sawah, atau cari laksa paling padu, semua ada kat sini. Jom kita terjah 10 tempat makan best di Kuala Perlis yang confirm buat hampa terliur!.

Berikut adalah 10 tempat makan viral dan sedap di Kuala Perlis disusun berdasarkan rasa, populariti, dan pengalaman unik yang ditawarkan. Bukan sekadar viral, tapi berbaloi dan berulang kali nak singgah.

1. Asputra Ikan Bakar Kuala Perlis

Asputra Ikan Bakar Kuala Perlis

Bila tengok video ikan bakar dia meleleh minyak atas bara, confirm perut berkeroncong! Menu paling terlaris kat sini ialah ikan bakar, sotong celup tepung, sambal udang petai, dan ketam masak telur masin. Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan hidangan lain seperti kerang bakar, lala, tiram, jenahak, mentarang, gerut, kerapu, terubuk, dan banyak lagi. Setiap ikan diperap dengan resepi rahsia keluarga, dibakar hingga masak sempurna dan isi ikan yang lembut dan juicy. Sotong dia bukan biasa-biasa besar dan rangup. Udang besar dan memang puas hati. Bila cicah dengan air asam pedas manis dia, confirm nak tambah nasi. Suasana terbuka dan selesa serta parking yang sangat luas.

Ramai influencer dah review dan repeat datang dengan keluarga. Selain itu, restoran ini juga menerima tempahan untuk pelbagai jenis majlis dan sambutan. Antaranya ialah majlis persaraan, jamuan makan persatuan, reunion sekolah atau universiti, family gathering, group dinner staf pejabat dan birthday celebration.  Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 014-3422201.

Alamat: Batu 6 3/4, Jalan Kuala Perlis, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis (Berhadapan Petronas Kuala Perlis )

Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, 5:00  petang – 11:oo malam.

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/feAEfSebDtoiXfWv8

Facebook Page: Asputra Ikan Bakar Kuala Perlis

2. Kak Su Laksa Kuala Perlis

Restoran Kak Su Laksa

Bagi penggemar laksa, kedai Kak Su Laksa ni ibarat mekah untuk peminat laksa utara. Laksa Perlis di sini dibuat menggunakan kuah yang lebih pekat dan berperisa, mi halus dan ikan rebus yang diremuk halus dalam kuah. Uniknya, laksa Perlis dimakan sejuk dan kuahnya bukan panas seperti laksa Penang. Itulah daya tarikannya. Kalau datang waktu tengahari, barisan pelanggan memang panjang. Minum pula dengan air nira sejuk dari kebun nipah berhampiran, memang rasa lengkap. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 0125500365.

Alamat: 97, Lorong Siakap 1, Jalan Kuala Perlis, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa, 12:30 Tengahari – 7:30 Petang

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/2jiTATb4An43zmmg7

3. Bossku House

Bossku House

Bossku House di Kangar, Perlis ialah destinasi makan malam yang semakin popular kerana gabungan suasana santai ala taman terbuka dan menu barat yang menyelerakan. Dengan dekorasi lampu malap, suasana redup bawah pokok, dan ruang makan terbuka yang tenang, ia menjadi pilihan utama anak muda, pasangan dan keluarga yang mahu menikmati makan malam dalam suasana istimewa.

Antara menu kegemaran ramai termasuk chicken chop dengan sos black pepper, fish & chips, chicken buttermilk rice, spaghetti carbonara, burger homemade, dan lamb chop yang empuk. Minuman seperti Mango Float Bossku, Oreo Shake dan pelbagai pencuci mulut juga menambah kemeriahan suasana makan. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 0194550875.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, 5:00  petang – 12:00 pagi.

Google Maps:https://maps.app.goo.gl/twAFz2BR8RszBZ97A

 

4. Dhiya Ikan Bakar & Seafood

dhia ikan bakar

Kalau anda mencari port makan malam tepi laut di Kuala Perlis yang tenang dan menyajikan seafood segar, Dhiya Ikan Bakar & Seafood memang pilihan yang tepat. Restoran ini terkenal dengan aneka ikan bakar, sotong, udang, lala dan kerang yang dimasak panas-panas atas bara arang. Sambal kicap dan air asamnya pula cukup power padu bila dimakan dengan nasi panas dan ulam segar. Selain ikan bakar, antara menu lain yang disukai pelanggan adalah nasi goreng seafood, tomyam, dan sotong goreng tepung yang rangup di luar, lembut di dalam.

Terletak di lokasi yang strategik berhampiran pesisir Kuala Perlis, suasana di Dhiya Ikan Bakar & Seafood cukup menyenangkan angin laut, bunyi ombak, dan pemandangan matahari terbenam yang menenangkan.  Tempat ini sangat sesuai untuk makan bersama keluarga, kawan-kawan atau pasangan. Kalau anda nak rasa seafood yang fresh, portion berbaloi dan suasana santai tepi laut, Dhiya Ikan Bakar & Seafood wajib anda cuba bila berada di Perlis!. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 0125514036.

Alamat: Jalan Kuala Perlis, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu operasi: Setiap Hari, 04.00 Petang – 12.00 Pagi

Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/modhnsK2gEg6J1fXA

5. Hameed Nasi Kandar Beratur

hameed nasi kandar

Hameed Nasi Kandar Beratur, yang terletak di Jalan Kampung Bakau–Padang Behor, Kampung Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis, adalah salah satu ikon kulinari malam di negeri ini. Setiap petang menjelang pukul 6, barisan pelanggan mula beratur panjang untuk menikmati nasi kandar autentik Perlis dengan pelbagai lauk seperti ayam goreng, sotong, daging merah, okra dan telur sambal. Nasi putih yang disajikan aroma rempahnya, dicurahi dengan kuah banjir yang kaya rasa, membuatkan ramai suka tambah dua pinggan sekali gus.

Walaupun tempat duduk agak terhad, majoriti pelanggan memilih bungkus tapi jangan risau, gerai ini luas dan mesra pelanggan. Dengan penilaian Google sekitar 4.3 bintang dan reputasi sebagai port nasi kandar terbaik di Kangar, Hameed adalah pilihan tepat untuk santapan malam yang lazat dan berbaloi.

Alamat: Jalan Kampung Bakau – Padang Behor, Kampung Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis.

Waktu operasi: Setiap Hari kecuali Selasa, 06.00 Petang – 11.00 Petang.

Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/9C8w9rovRg2jAUNo7

6. Blackwood Coffee and Chocolate Arau

blackwood

Blackwood Coffee & Chocolate di Arau merupakan cawangan istimewa dari rangkaian kafe terkenal di Perlis dan Kedah, terletak di Tingkat Bawah, Lot 3968, Kompleks Arau, 02600 Arau. Dibuka setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam, kafe ini membawa konsep premium “coffee & chocolate” serta sajian makanan ala Barat dan antarabangsa daripada Fish & Chips (sekitar RM20), Grilled Jade Perch, Chicken Chop, Croissant, hingga pilihan pasta seperti Carbonara dan Aglio Olio. Dengan suasana moden dan nyaman, tempat ini sesuai untuk santai petang bersama rakan, bersantai sebelum atau selepas lawatan ronda Arau, atau lepak bersama keluarga sambil menikmati pencuci mulut dan kopi berkualiti.

Alamat: Lot 3968, Tingkat Bawah, Kompleks Arau, Arau, 02600 Arau, Perlis

Waktu operasi: Setiap Hari, 12.00 Tengahari – 11.00 Petang.

Google Mapshttps://maps.app.goo.gl/NQwwfDA8FUkYK9te6

7. Ana Burger D’ Cafe

ana burger

Kalau sebut tentang tempat makan western yang viral di Perlis, nama Ana Burger D’ Cafe pasti masuk dalam senarai teratas. Terletak di Persiaran Jubli Emas, Kampung Jejawi, Kangar, kedai makan ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk setempat, malah turut menarik perhatian pengunjung dari luar negeri.Apa yang buat Ana Burger D’ Cafe lain daripada yang lain? Pertama sekali, menu western yang padu habis dari burger homemade juicy, grilled chicken, chicken chop, spaghetti bolognese, hingga ke meatball leleh berkeju yang boleh buat orang beratur. Malah, ada juga menu santai macam nasi lemak, so sesuai kalau datang ramai-ramai dan ada yang nak menu lokal.

Suasana di sini memang santai dan bergaya hipster, sesuai untuk lepak bersama kawan-kawan atau bawa keluarga makan malam. Dihiasi dengan lampu warm light, susun atur meja terbuka, dan kadang-kadang ada persembahan live music, memang syok duduk lama-lama sambil menikmati makanan panas-panas. Salah satu menu yang pernah viral di media sosial ialah roti john leleh dan burger keju yang melimpah ruah. Ada pelanggan sanggup drive lebih 100km semata-mata nak merasa sendiri keenakan burger homemade di sini! Bayangkan betapa sedapnya sampai sanggup travel jauh. Dari segi harga pula, Ana Burger D’ Cafe sangat berpatutan – sekitar RM10–RM15 sahaja untuk satu hidangan lengkap. Portion pun besar, confirm kenyang.

Alamat: Jalan Raja Syed Saffi, Kampung Jarak, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi: Setiap hari kecuali rabu, 06.00 Petang – 12.00 Pagi

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/9e4ZxJG6T15d6Ehe7

8. Dunia Yong Tau Foo Jalanan

Dunia Yong Tau Foo Jalanan

Dunia Yong Tau Foo Jalanan, yang terletak di Kampung Padang Behor, Kangar, dan ia sering menjadi pilihan utama bagi pencinta makanan mamak lokal yang mencari kelazatan Yong Tau Foo segar serta lauk pauk melayu ala mamak pada harga sangat berpatutan. Menu utama seperti Yong Tau Foo disediakan dengan pilihan tofu dan sayur dicampur pes ikan atau daging, disertai kuah sampingan yang penuh cita rasa. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh memilih antara mee sup, nasi goreng, paprik pedas, ayam masak kicap, kangkung belacan dan banyak lagi semuanya antara RM5 hingga RM8, manakala hidangan kombinasi mencecah sekitar RM10–RM15 sahaj

Meski sempat dikritik oleh beberapa pelanggan kerana rasa kuah yang terlalu manis atau kawalan trafik pelanggan di waktu puncak, majoriti ulasan memuji kualiti makanan dan servis, terutama sambal belacan yang dikatakan antara paling lazat di Kangar. Chicken chop-nya juga mendapat ulasan positif kerana bahagian besar dan rasa yang berbaloi. Dengan suasana santai dan mesra keluarga, kedai ini menyediakan dine-in, take-away dan servis penghantaran. Jika anda ingin menikmati hidangan Lewat malam di Perlis, Dunia Yong Tau Foo Jalanan memang salah satu tempat makan wajib singgah di Kangar.

Alamat: Kampung Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi: Setiap Hari, 05.00 Petang – 02:00 Pagi

Google Maps:https://maps.app.goo.gl/AUVC5dSU6kHY4kBWA

9. Restoran Api-Api Ikan Bakar

Restoran Api‑Api Ikan Bakar

Restoran Api‑Api Ikan Bakar di Kuala Perlis adalah antara port ikan bakar paling terkenal di Perlis. Dengan lokasi strategik di tepi Sunga­ian Perlis, restoran ini menyajikan ikan bakar segar rempah tradisional yang dibakar di atas sabut kelapa menghasilkan aroma autentik yang menggoda selera. Salah satu sajian wajib cuba adalah ikan jenahak grill berserta wet butter prawn sebagai lauk sampingan yang kaya rasa dan bersos berkuah lembut.

Pengalaman makan jadi lebih menyenangkan apabila dapat melihat panorama sungai sambil menikmati ikan bakar panas. Restoran ini buka setiap hari dari 5 petang hingga 10:30 malam sering penuh awal, jadi datang awal atau buat tempahan kalau boleh. Harga makanan sedikit di atas paras kedai biasa, tetapi setelah dicuba ramai berpendapat ia berbaloi kerana kualiti makanan dan suasana yang ditawarkan.

Alamat: Jalan Dato Ali, Bukit Tok Po, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu operasi: Setiap Hari, 05.00 Petang – 10.30 Petang

Google Maps:  https://maps.app.goo.gl/pwwzWvNRsbpvJEWR6

10.  Speedline Bistro

Speedline Bistro

Speedline Bistro di Kangar adalah destinasi wajib bagi penggemar seafood mewah di Perlis. Dengan menu lobster dan King Crab yang digelar “premium” serta hidangan-bar Western yang berkualiti tinggi seperti Seafood Platter dan Grill Chicken with Butter Rice, bistro ini cepat menjadi pilihan ramai. Suasana santai dan dekorasi moden menjadikannya sesuai untuk makan malam bersama keluarga atau sambutan istimewa.

Paling unik, hidangan lobster besar yang dikongsi antara empat orang sesuai untuk niche pelanggan yang mahukan seafood mewah tanpa perlu ke Pulau Langkawi. Sebagai bonus, pilihan kopi dan minuman seperti mocha latte serta mojito turut menepati citarasa penggemar kopi yang mahukan kualiti “kaw” di Perlis.

Alamat: B-10B, Lorong Bentara 4, Jalan Sekolah Derma, Taman Kechor Indah, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi: Setiap Hari kecuali Rabu, 12.30 Tengahari – 11.00 Petang

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/grc86cdvQbNYEWgv8

 

 

 

Artikel-artikel yang lebih menarik khas untuk anda:

13 Tempat Menarik Untuk Percutian di Kuala Perlis

13 Tempat Makan Best Sarapan di Kuala Perlis

Share.
Leave A Reply