13 Makanan Tradisional Menarik Dari Terengganu| Khalifah Media & Networks – Jika anda berkunjung ke Terengganu banyak makanan yang menarik dan unik untuk di cuba. Makanan tradisional dari negeri Terengganu banyak yang popular. Banyak makanan tradisional di sini menjadi makanan kegemaran ramai termasuklah orang dari negeri lain.

Jangan risau, kali ini saya akan bantu anda senaraikan beberapa makanan tradisional dari Terengganu untuk anda cuba.

1. Keropok Lekor – makanan

Asal keropok lekor memang tak perlu pertikai lagi. Nageri Terengganu kaya dengan hasil laut. Oleh itu, tidak hairan lah mereka mampu mengeluarkan makanan tradisi ini secara komersial dan menjadi kegilaan ramai. Siapa saja tidak kenal makanan satu ini.

Keropok lekor telah menjadi makanan warisan Malaysia yang diperkenalkan di luar negara. Mungkin masih ada yang kurang tahu, keropok lekor boleh di makan dengan dua cara. Sama ada di goreng rangup diluar dan lembut di dalam atau pun boleh pilih untuk di rebus. Cara ini menjadikan keropok lekor sangat lembut dan dapat rasakan aroma ikan dengan lebih lagi.

Tidak kisah mana-mana cara sekali pon, keropok lekor makanan tradisional dari negeri Terengganu yang wajib di beli untuk di bawa pulang ke rumah sebagai souvenir.

Kredit Imej: Food Market

 2. Nasi Dagang – makanan

Satu lagi makanan tradisional dari Terengganu yang menjadi popular di seluruh Malaysia adalah Nasi Dagang. Hidangan ini ada tarikan sendiri. Nasi dagang di masak menggunakan beras biasa yang di campur dengan beras dan di masak dengan santan. Untuk kuah pula, nasi dagang Terengganu biasa kuah kari tetapi unik nya rempah yang diguna bukan lah rempah ratus yang biasa.

Hidangan ini banyak di jual di tempat lain. Mudah untuk anda rasa kan sendiri menu ini. Walaupun banyak yang jual tapi masih tiada tandingan dengan masakan air tangan anak jati Terengganu.

Kalau sudah sampai terengganu singgah lah kedai makan yang menyajikan menu ini.

Kredit Imej: Datin Ismas Kitchen

3. Rojak Kateh Kaki Lembu – masakan

Ada yang sebutnya Rojok Kateh, menu ini sangat istimewa ketika musim ibadah korban. Ramai yang sedia kan juadah ini dengan daging korban untuk di sajikan kepada tetamu yang hadir.

Rojak kateh kelihatan seperti asam pedas. Rasa kuah yang masam pedas dengan warna yang merah hampir sama dengan asam pedas dari Melaka. Tapi rasa masakan ini memang berbeza dan mesti wajib anda cuba.

4. Sata – kuih

Kuih Sata adalah makanan asal dari daerah Kemaman, Terengganu. Bahan yang digunakan hampir sama dengan otak-otak. Ikan adalah bahan utama yang digunakan dalam kuih ini. Tapi bau aroma dan rasa kuih sata sangat berbeza. Anda perlu cuba untuk tahu beza dua kuih ini.

Sata di balut dengan daun pisang dan bentuk kon. Seperti lidi, sata kemudian di cucuk dan di bakar sehingga bakar sempurna. Juadah tradisi ini sesuai di buat makan petang.

Kredit Imej: Reddit

5. Kayu Keramat – kuih

Kuih kayu keramat adalah kuih yang nampak sama macam cakoi tapi bukan. Kayu keramat lebih besar dan berat banding dengan cakoi ringan. Kalau di Terengganu, kuih ini boleh di makan dengan kuah pencicah yang ikut kesukaan hati.

Ada yang makan kuih ini dengan sambal bilis, kuah kari, kaya dan ada juga yang suka makan dengan teh pengg (teh tarik). Mana-mana kuah pun sama ja, kuih kayu keramat ada rasa yang unik yang patut anda cuba.

Kredit Imej: purrfect bliss

6. Nekbat – kuih

Kuih nekbat atau kuih pencuci mulut ini adalah kuih tradisional asal dari negeri Terengganu. Rasa kuih ini sangat unik dan tiada di tempat lain hanya di Terengganu. Proses untuk buat nekbat agak renyah dan perlu masa yang banyak.

Sebelum sampai ke peringkat hari iaitu untuk hidang, kuih ini perlu di bakar dahulu sehingga masak seperti bahulu gebu dan bulat. Rasa kuih ini setelah di bakar tawar tapi dengan proses ini kuih ini dapat di simpan dengan tempoh yang lama.

Proses kedua untuk siapkan kuih adalah rendam kuih dalam air gula yang di campur dengan daun pandan dan bunga cengkih untuk aroma yang lebih wangi. Setelah semua proses siap maka boleh lah anda nikmati dengan puas kuih nekbat. Tapi jangan lebih pula. Kandungan gula dalam kuih nekbat sangat tinggi ya.

Kredit Imej: Facebook Saji.my

7. Loklik – kuih

Kuih Loklik adalah kuih tradisi yang ramai masih tidak kenal. Kini, kuih ini agak susah untuk jumpa. Namun masih ada beberapa tempat di sekitar Terengganu yang masih jual kuih ini. Bahan untuk buat kuih ini adalah daripada nasi dingin yang di jemur sehingga kering. Kemudian ia akan di goreng dan di tumbuk halus.

Untuk siapkan kuik loklik, ia perlu di campur dengan bahan lain seperti gula kabung kelapa parut. Rasa kuih ini memang sedap dan berbaloi untuk di cuba.

Kredit Imej: Amazing Terengganu

8. Menganang/Nganang – kuih

Jangan silap pulak, kuih menganang bukan kuih bakar. Kuih tradisional Terengganu ini sangat lemak dan manis. Ada 3 jenis kuih yang ada iaitu kuih menganang telur, menganang beras, dan menganang kacang. Semua jenis kuih ini sangat sedap dan ada keistimewaan sendiri.

Kredit Imej: Air Tangan Zuhaida

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 makanan tradisional menarik di negeri Terengganu. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Terengganu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

 

 

Share.

Leave A Reply