13 Makanan Tradisional Menarik Dari Pahang| Khalifah Media & Networks – Pahang adalah negeri yang terpanjang di semenanjung Malaysia. Banyak daerah ada di sini. Budaya dan adat mereka juga banyak yang popular dan dikenali ramai.

Pahang juga terkenal dengan masakan ikan patin. Namun, sebenarnya banyak lagi makanan tradisi orang pahang yang masih ramai yang tidak tahu.

Oleh itu, saya akan perkenalkan anda beberapa makanan tradisional yang sangat menarik dari negeri Pahang ini. Harap dapat bantu anda mencari makanan bila anda sampai ke negeri Pahang Darul Makmur.

1. Ikan Patin Gulai Tempoyak – masakan

Bila tiba musim durian menu yang paling menjadi pilihan ramai di negeri Pahang adalah masak ikan patin gulai tempoyak. Masakan tradisi ini yang paling popular dan menjadi simbolik di Pahang. Rugi kalau datang pahang tidak cuba.

Kalau sebut saja gulai tempoyak mesti terbayang gabungan bersama ikan patin lagi best. Hidangan ini bukan saja terkenal di Pahang malah negeri lain selain Pahang juga menyajikan menu satu ini. Banyak kedai mana dan restoran jual lauk ini.

Selamat mencuba!

Kredit Imej: F&N Life

2. Sambal Hitam Pahang – masakan

Selain masak gulai di negeri Pahang juga popular dengan sambal hitam. Rasanya manis, masam, masin, pedas semuanya cukup. Bahan utama untuk buat sambal hitam ini adalah buah belimbing buluh. Buah ini akan di rebus sampai lembut dan ditumis dengan ikan bilis, bawang, cili dan beberapa bahan lain lagi.

Kemudian, untuk dapatkan hasil akhir yang cantik dengan warna yang hitam, sambal ini mesti di kacau sampai masak dan sebati elok. Hidangan tradisi ini di jadikan lauk penambah rasa bila di makan bersama nasi putih panas panas.

Kredit Imej: Halal Street UK

3. Opor Daging – masakan

Masakan yang menjadi simbolik orang Pekan, Pahang adalah opor daging. Opor daging biasanya mudah kita jumpa waktu majlis keramaian seperti majlis kahwin, hari raya, majlis khatan dan sebagainya. Boleh makan begitu saja atau sesuai juga bersama nasi putih, nasi impit, ketupat, lemang dan roti.

Rasa yang sangat sedap dan sesuai untuk semua. Jika anda rancang ke Pahang, jangan lupa untuk cari menu autentik satu ini.

Kredit Imej: Opor Daging

4. Puding Raja – manisan

Manisan kudapan yang penting dan wajib ada ketika majlis dalam kerabat raja Pahang. Puding ini juga ada pada sambutan Hari Pertabalan Agong yang lalu.

Bahan penting untuk jadikan puding raja adalah pisang lemak manis, kacang gajus, susu cair dan banyak lagi. Apa yang paling penting dalam manisan ini adalah jaring emas yang dibuat daripada susu, telur, esen vanila dan sebagainya.

Bahagian atas puding akan di hias dengan bahan yang mereka sukai. Antara bahan yang sering di gunakan adalah kurma, kacang gajus, kismis, dan ceri. Anda boleh dapatkan manisan kudapan ini di warung dan kedai yang menjual pencuci mulut.

Kredit Imej: Rumah Kueh KakZu

5. Gulai Asam Rong – masakan

Masakan gulai asam rong sangat unik dan menarik untuk di cuba. Ramai tahu manfaat pokok getah dari batang, daun hingga air pokok getah sendiri amat penting dan memberi banyak kebaikkan. Tapi tahu kah anda, biji pokok getah yang sering kita main waktu kecil dulu juga ada manfaat tersembunyi.

Biji pokok adalah bahan utama untuk jadikan gulai asam rong sempurna. ‘Rong’ bawa maksud isi dalam biji asam. Isi ini akan di kering dan di kisar halus bersama bahan lain. Kemudian di masak untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Gulai asam rong boleh di masak dengan ayam, ikan, siput sedut dan banyak lagi. Jika ada ke Pahang, boleh cuba masakan asli Pahang yang ada rasa unik ini.

Kredit Imej: MALAYFOODLICIOUS

 

Kredit Imej: Flickr

6. Badak Kubang – kuih

Kuih tradisional orang Pahang yang wajib kita tahu adalah kuih badak kubang. Nama kuih ini agak pelik tapi jangan risau tidak seperti namanya, kuih ini hanya menggunakan tepung pulut dan tepung pulut. Bahagian dalam akan di masukkan inti kelapa.

Untuk tambah lagi rasa istimewa kuih ini di kukus bersama santan dan di lapit dengan daun pisang. Rasa lemak krim santan memang lengkap kan rasa kuih. Aroma daun pisang pula menaikkan bau yang sedap.

Kuih badak kubang sangat sesuai di makan untuk sarapan pagi atau jadi kan juadah pencuci mulut. Kini, agak susah untuk cari badak kubang tapi masih ada beberapa penjual yang masih kekal kan resepi orang lama.

Kredit Imej: Koleksi Resepi Ibu Ekk

7. Apam Baghdad – kuih

Kuih apam baghdad beza jika banding dengan kuih apam negeri lain. Beza nya, kuih ini di makan bersama sekaya. Apam di beri warna kuning manakala sekaya selalunya warna hijau. Gabungan dua warna ini sangat bangkitkan selera siapa sahaja yang lihat.

Hidangan tradisi ini banyak di majlis keramaian seperti majlis kahwin dan sebagainya. Kuih apam baghdad paling banyak ada di daerah Pekan. Jika anda datang ke Pahang, jangan lupa singgah Pekan untuk cuba juadah Apam Baghdad.

Kredit Imej: RASA

8. Nasi Kebuli/Keduli – makanan

Sajian yang dipercayai wujud sejak 100 tahun dulu masih menjadi kegemaran masyarakat di Lipis Pahang. Nasi Kebuli atau Keduli ada kisah sejarah sendiri. Di mana satu ketika dulu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah (1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya ke Kuala Lipis.

Baginda meluahkan rasa ingin makan ayam kampung. Seorang penduduk di situ nama Hussin masak ayam kampung dengan nasi dan hidangan istimewa itu telah di beri nama sebagai nasi kebuli yang di kenali hari ini.

Nasi kebuli/keduli mendapat nama sempena Ke Bawah Duli.

Kredit Imej: The Ambitious Salted Fish

9. Kuih Pepena – kuih

Juadah tradisi dari daerah Chenor, Pahang. Kuih pepena di buat menggunakan tepung pulut dan di kukus bersama santan dan bahan bahan lain. Menariknya, untuk beza kan kuih ini dengan yang lain, ada lukisan bintang di atas kuih dengan menggunakan bancuhan tepung pulut.

Kuih pepena agak sukar di jumpai. Namun, jika ada ingin mencari dan rasai sendiri keenakkan kuih ini boleh dapatkan dari air tangan jati dari daerah Chenor ini.

Kredit Imej: Chef Naem

10. Kuih Mahbob – kuih

Sejenis juih tradisi yang jarang di jumpai tapi masih banyak di Pekan, Pahang. Kuih mahbob di beri nama atas seorang Jeneral Mahbob. Cara penyediaan kuih ini sangat unik.

Bahan utama adalah tepung beras yang di sangai di atas api yang perlahan sehingga menjadi kuning. Kemudian tepung beras itu akan di campurkan dengan bahan lain sehingga sebati baru lah di kukus.  Setelah masak, kuih ini akan di sajikan bersama tahi minyak.

Memang nampak menyelerakan.

Kredit Imej: Utusan TV

11. Dodol Kukus – kuih

Kuih satu ini, dodol kukus ada keistimewaannya. Resepi dan bahan untuk hasilkan adunan dodol sama seperti dodol lain. Yang membezakan hanya lah cara untuk masak. Kuih dodol biasa selalu kita tahu perlu di kacau di atas api sehingga kental. Selalunya jenis ini ambil masa yang agak lama untuk masak.

Namun, dodol yang popular di Pahang ini pula akan di kukus. Hasil akhir, dodol tetap akan kenyal dan ada rasa yang sendiri untuk menjadikan kuih dodol kukus ini unik. Di atas dodol akan di tabur dengan tahi minyak untuk melengkapkan rasa.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba. Banyak yang jual dodol ini.

Kredit Imej: Facebook Dodol Kukus Pahang

Sekarang ni, kami hanya jumpa 11 makanan tradisional menarik di negeri Pahang. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Pahang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply