13 Makanan Tradisional Menarik Dari Sarawak| Khalifah Media & Networks – Selain Sabah Sarawak adalah negeri yang terdiri dari ramai kaum yang tinggal bersama. Setiap mereka ada budaya dan adat masing-masing menjadikan negeri Sarawak adalah negeri yang sarat dengan budaya.

Malah dari segi makanan juga banyak untuk kita pelajari. Di sini, saya senaraikan beberapa makanan tradisional yang asal dari orang Sarawak. Semua makanan ini nampak enak dan menyelerakan.

Selamat Mencuba!

1. Laksa Sarawak – makanan

Hidangan tradisi yang menjadi kegemaran ramai adalah laksa Sawarak. Laksa Sarawak pernah masuk senarai sebagai makanan Top 10 paling sedap oleh Chef Antarabangsa Anthony Bourdain. Unik nya laksa sarawak adalah dari kuah. Tidak seperti laksa dari negeri lain yang menggunakan ikan, namun laksa sarawak menggunakan udang, belacan, santan dan banyak lagi.

Rasa yang cukup lemak menjadikan ia pilihan ramai. Hidangan tradisi ini sangat popular sehingga ada di jual di negeri lain. Tapi, untuk dapatkan rasa asli, anda mesti kunjung ke Sarawak dan cuba menu satu ini.

Kredit Imej: Kuali

2. Mee Kolok – makanan

Hidangan tradisi  ini telah dinobatkan sebagai makanan warisan negara pada Pengisytiharan Objek Warisan 2024 yang berlansung baru ini. Mee kolok merupakan sejenis makanan berasaskan mee yang ringkas dan mudah untuk di masak. Makanan ini menjadi popular di setiap negeri di Malaysia.

Mee akan di gaul bersama kicap dan minyak. Selalu mee hoon yang di gunakan untuk nikmati laksa Sarawak. Dimakan pula dengan hirisan daging, bawang dan taugeh.

Memang rugi kalau ke Sarawak tapi tak cuba makanan tradisional menarik ini!

Kredit Imej: Bernama

3. Terung Dayak – masakan

Masakan yang menggunakan buah asam Sarawak juga di panggil terung dayak. Buah asam ini berbentuk bulat warna kuning hijau di kulit luar. Isi dalam warna kuning dan tekstur lebih kenyal tapi  rasa masam. Buah asam sarawak sesuai di masak tumis, di jadikan sambal, asam pedas dan banyak lagi. Salah satu nya yang popular adalah menu terung dayak.

Terung dayak adalah masakan di jadikan lauk untuk makan dengan nasi putih. Lagi layan jika makan dengan nasi panas-panas. Banyak warung dan kedai makan sajikan menu unik ini.

Kredit Imej: Wikipedia

 

Kredit Imej: Diari Ayish Dan Family

4. Manok Pansoh – makanan

Merupakan menu makanan yang popular dari kalangan suku kaum Iban.  Manok Pansoh adalah juadah makanan iaitu ayam yang di masak bersama serai dan pucuk ubi di dalam buluh. Kemudian buluh itu di bakar dengan api perlahan untuk dapatkan hidangan ayam yang penuh aroma dan rasa rempah semua.

Manok Pansoh di makan bersama nasi sebagai pelengkap juadah makan. Menu yang unik ini juga tersenarai dalam makanan warisan negara. Susah dapatkan ayam manok pansoh di mana-mana kedai makan yang luar dari Sarawak.

Jadi, anda perlu rasa manok pansoh bila berada di negeri Kenyalang ini.

Kredit Imej: Pinterest

5. Mee Tomato Ranggup – makanan

Satu lagi makanan mee yang unik tapi rasa sangat sedap. Kalau makan sekali mesti mahukan lagi. Mee Tomato Ranggup tidak terlalu popular seperti menu mee yang lain. Tapi di Sarawak menu ini menjadi hidangan yang di gemari tidak kira usia.

Apa yang unik dengan mee ini?

Menggunakan yee mee yang tidak di masak dan masih ranggup bersama kuah tomato yang di masak sempurna. Di hidangkan sekali dengan makanan laut, daging dan sayur-sayuran. Di setengah kawasan di Sarawak panggil menu ini sebagai mee dawai kerana yee mee yang keras.

Kredit Imej: Reddit

6. Midin Masak Belacan – masakan

Masakan tradisi yang di padankan dengan nasi putih berlauk iaitu Midin Masak Belacan. Bahan utama yang di gunakan adalah sayur midin atau di tempat lain di sebut daun pucuk paku. Hidangan ini di masak tumis dengan hirisan bawang dan belacan.

Bahan yang di gunakan sangat mudah untuk dapat dan cepat untuk siap masak. Ada juga yang masak midin bersama ikan masin dan ikan bilis. Mana-mana resepi dan cara masa sekali pun semua nya sedap dan membangkit selera untuk makan.

Kredit Imej: Facebook Borneo

7. Ulat Mulong – makanan

Makanan satu ini nampak pelik dan menggelikan bagi sesetangah pihak. Ulat mulong atau ulat sagu datang daripada dalam batang sagu. Badan ulat mulong bentuk bulat dan gemok. Bagi pengemar makanan ini mengatakan rasa ulat ini lemak dan rasa seperti udang.

Cara masak yang paling popular adalah dengan bakar, masak kicap atau di buat sate. Lagi sedap makan bersama nasi. Di sini, ulat mulong senang jumpa di gerai atau market. Tapi harga ulat mulong agak mahal kerana usaha untuk keluarkan ulat dari batang sagu sangat susah.

Walau bagaimanapun, dalam agama Islam hukum makan ulat mulong atau ulat sagu adalah haram. Namun masih ada setengah golongan yang kurang pengetahuan tentang hukum ini.

Kredit Imej: Steemit

8. Kuih Celorot – kuih

Celorot adalah sejenih kuih tradisional orang sarawak. Kuih ini sangat sesuai untuk menjadi menu untuk sarapan pagi dan minum petang. Rasa kuih celorot sangat sedap dengan rasa asli gula apong bersama berlemak santan memang menjadi kegilaan ramai.

Yang menariknya, daun nipah muda digunakan untuk balut kuih ini menjadi bentuk kon. Jika anda nak buat sendiri pun mudah. Kos modal untuk buat kuih ini tidak terlalu mahal. Malah bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk dapat.

Tapi kalau anda nak beli terus pun boleh. Banyak gerai malah gerai tepi jalan juga banyak yang jual kuih ini dengan harga yang mampu milik.

Kredit Imej: Pei Tze Go Around

9. Dabai – buah

Buah Dabai atau popular dengan nama lain iaitu ‘Zaitun Sarawak’ adalah sejenis buah yang unik. Bentuk seperti buah kurma tapi tekstur luar sangat keras. Cara untuk nikmati buah dabai adalah dengan merendam di dalam air garam selama 15 minit kemudia luaran yang keras akan berubah menjadi lembut seakan akan buah kurma.

Rasa buah ini sangat berlemak dan berkrim. Bila buah sudah lembut, sekali dengan biji dalam pun boleh di makan. Buah tradisi ini boleh di cari di market atau kedai buah dia sekitar negeri Sarawak.

Banyak nutrien penting yang di perlukan dalam ada dalam buah dabai. Menjadikan buah ini sangat di sukai ramai.

Kredit Imej: KakMimDotCom

10. Tebaloi – biskut

Makanan tradisional menarik dari Sarawak yang mesti di cuba adalah Tebaloi. Biskut tebalau adalah sejenis biskut sagu yang popular dalam kalangan suku kaum Melanau.

Biskut ini ada dalam banyak bentuk. Selalu kita nampak dalam bentuk segi empat tepat dan warna warni. Yang paling menarik tentang biskut tebaloi adalah cara masak. Biskut sagu ini akan di bakar sedikit untuk dapatkan aroma berasap lebih enak di makan.

Kredit Imej: Taste Atlast

Sekarang ni, kami hanya jumpa 10 makanan tradisional menarik di negeri Sarawak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Sarawak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply