13 Makanan Tradisional Menarik Dari Sabah| Khalifah Media & Networks – Sabah sememangnya popular dengan tempat pelancongan yang cantik dan indah. Pantai dan pulau yang ada di sini juga menjadi tarikan utama pelancong datang ke sini. Namun, masih ramai yang kurang kenal makanan tradisional dari negeri ini.

Saya akan bantu anda dengan senaraikan beberapa makanan tradisional menarik asal dari Sabah untuk anda rasai jika berkunjung ke sini nanti.

1. Hivana – makanan

Makanan tradisional dari suku kaum Kadazan Dusun iaitu Hivana atau di sebut juga Hivana Ginapan. Bahan utama untuk makanan ini adalah ikan. Antara ikan yang di gunakan adalah ikan yu dan ikan tenggiri. Disebabkan ikan yu di ancam kepupusan maka kini rakyat sabah banyak gunakan ikan tenggiri atau hidupan laut lain seperti sotong, udang, kerang dan banyak lagi.

Ikan segar yang tidak di masak tapi di basuh bersih akan di campur dengan bahan lain seperti bambangan, cili merah, halia, bawang merah dan perasa. Paling sedap jika makan dengan nasi putih atau sambal pedas. Hivana sangat popular di majlis keramaian seperti majlis kahwin atau Pesta Menuai.

Kredit Imej: Tatler Asia

2. Ambuyat – makanan

Ambuyat merupakan makanan daripada kaum Bisaya (Brunei dan Sabah) tetapi ianya juga popular dan di sukai oleh kaum lain seperti Dusun, Bajau, Kadazan dan Murut. Makanan ini menjadi hidangan kedua selepas nasi oleh kaum Bisaya. Rasa yang unik dan cara makan yang menarik juga menjadi tarikan utama pelancong cuba makanan tradisional ini.

Ambuyat diperbuat daripada sagu rumbia iaitu sagu dalam batang pokok rumbia. Tekstur ambuyat seperti gam, melekit dan warna putih jernih. Lagi sedap di makan waktu masih panas bersama kuah kari atau kuah ikan rebus, kuah tempoyak serta pelbagai jenis kuah yang lain.

Perlu makan gunakan Candas (chopstick tempatan) dan boleh di telan terus tanpa kunyah. Rugi kalau datang ke Sabah tapi tidak rasa makanan tradisional orang Sabah iaitu ambuyat.

Kredit Imej: We Fly For Food

3. Lidah Buaya – kuih

Kuih Lidah Buaya ada banyak nama panggilan seperti kuih lidah, kuih tiram, kuih susu dan lain-lain lagi. Walaupun ia ada banyak nama, tapi ia adalah jenis kuih yang sama. Tekstur yang rangup dan manis gula jadikan kuih sangat menarik untuk di cuba.

Lidah buaya ini sering di jumpa di kedai runcit atau mana-mana kedai. Kerana makanan tradisional ini sangat popular oleh itu mudah untuk anda dapatkan. Boleh juga di bawa pulang sebagai cenderahati untuk keluarga dan kawan.

Kredit Imej: Che Nom

4. Noonsom – makanan

Satu lagi makanan tradisional asal dari negeri Sabah adalah noonsom. Makanan tradisi ini daripada suku kaum Kadazan-Dusun. Noonsom adalah sejenis makanan seperti jeruk yang dijadikan penambah perasa untuk nasi agar jadi lebih sedap.

Ada tiga jenis noonsom yang popular di Sabah. Antaranya, Noonsom Sada yang di buat daripada ikan air tawar, Noonsom Bambangan iaitu di buat daripada buah-buahan dan akhir sekali Noonsom Tuhau yang di buat daripada tumbuh-tumbuhan.

Kredit Imej: The Ambitious Salted Egg

5. Barobbo – makanan

Makanan tradisional dari suku kaum Bugis di Sabah terutama di kawasan daerah Tawau. Barobbo atau di sebut juga sebagai berobok adalah sejenis bubur nasi yang di campur dengan jagung, ayam, sayur dan banyak lagi. Hidangan ini sesuai di makan waktu pagi untuk sarapan ataupun waktu minum petang bersama keluarga.

Barobbo juga popular ketika majlis kahwin atau majlis keramaian lain. Jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri Barobbo. Makanan tradisi ini boleh dapatkan di banyak kedai makan atau di daerah Tawau.

Kredit Imej: Facebook Recipe Umij

6. Pinaasakan – masakan

Pinaasakan makanan tradisional sabah yang menarik untuk di cuba. Masakan tradisi ini guna ikan basung sebagai bahan utama dan di gabung bersama takob, akob, bambangan dan perasa tambahan. Lagi sedap makan bersama nasi putih yang masih panas.

Masakan tradisi ini menjadi kegemaran bagi suku kaum Kadazan Dusun dan sangat popular di sabah. Setiap kedai makan di Sabah mesti ada yang jual menu satu ini.

Kredit Imej: Amie’s LIttle KItchen

7. Hinompuka – kuih

Kuih yang menjadi hidangan waktu petang bersama secawan kopi adalah Hinompuka. Di hasilkan daripada 3 jenis beras pulut dan di masak bersama santan. Kuih ini akan di balut dengan daun pisang dan di kukus sehingga masak.

Aroma daun pisang menaikkan rasa dan lemak dari santan juga menjadikan kuih ini popular dan pilihan rakyat Sabah. Kuih Hinompuka masih di sukai oleh semua generasi tanpa kira peringkat umur.

Kredit Imej: Munch Malaysia

8. Amplang – kudapan

Dibuat daripada ikan tenggiri dan di campur bersama tepung ubi dan tepung gandum kemudian di goreng sehingga kembung dan ranggup. Amplang sangat popular dalam kalangan pelancong untuk di borong dan di bawa pulang sebagai cenderahati.

Kudapan ini seperti keropok yang enak di makan begitu saja dan boleh di makan pada bila-bila masa. Amplang berbentuk bulat dan menjadi kudapan yang sangat popular di daerah Sandakan dan Tawau.

Kredit Imej: Carousell

9. Linopot – makanan

Linopot adalah sejenis nasi atau keladi yang di hancurkan dan di balut dengan daun tarap. Satu ketika dulu, Linopot sangat popular kerana ia senang di bawa untuk ke hutan atau untuk ke ladang sebagai bekalan.

Cara makan linopot ini adalah dimakan dengan masakan tradisi yang lain seperti bosou, bambangan, tahau, hivana dan sebagainya. Anda jika datang ke Sabah perlu cuba pengalaman baru dengan rasai keunikkan yang ada pada linopot ini.

Kredit Imej: MySabah.com

Sekarang ni, kami hanya jumpa 9 makanan tradisional menarik di negeri Sabah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Sabah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

 

Share.

Leave A Reply