7 Kebaikan Saffron Yang Mungkin Ramai Tak Tahu | Saffron dikenali sebagai Crocus sativus, adalah rempah mahal yang dipetik dari bunga Crocus. Saffron telah menjadi bahan dalam masakan dan ubatan tradisi selama ribuan tahun. Beberapa kajian memberi usul bahawa saffron miliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia.
Saffron juga adalah salah satu pewarna dalam masakan. Saffron antara rempah yang paling mahal kerana ianya sukar untuk didapati. Petani mesti menuai urat halus dari setiap bunga dengan tangan. Dikatakan bahawa 1 kg saffron memerlukan 13,000 batang bunga Crocus.
Selain itu, di bawah ini juga ada banyak info menarik yang dapat anda ketahui dengan lebih lanjut.
Apa itu Saffron?
Saffron adalah rempah ratus yang menjadi bahan perubatan dan pewarna dalam masakan. Saffron dituai dengan teliti untuk menghasilkan stigma merah yang ada di bunga crocus saffron. Setiap bunga hanya mendapat hasil dalam jumlah yang kecil seperti 2 ke 3 urat dalam satu bunga. Oleh kerana itu saffron perlukan jumlah bunga yang banyak untuk menghasilkan kuantiti kecik saffron. Jadi tidak hairan mengapa harga saffron ini mahal namun kuantitinya kecil.
Saffron telah menjadi salah satu bahan dalam masakan, dan kosmetik selama ribuan tahun dan kini masih terkenal kerana warna dan jenis yang unik.
Kebaikan Saffron Yang Ramai Tak Tahu
1. Sebagai antioksidan
Sebatian seperti crocin, crocetin, dan safranal yang memberi kesan antioksidan kepada tubuh badan manusia. Antioksidan ini boleh kawal sel-sel badan dari merosak akibat dari radikal bebas dan tekanan pada badan. Radikal bebas ialah atom atau molekul dengan satu elektron yang tidak berpasangan, menjadi punca ianya sangat reaktif. Ianya juga meneutralkan radikal bebas dengan memberi hampir separuh dari elektron mereka tanpa menyebabkan mereka tidak stabil.
2. Mengurangkan Risiko Kanser
Beberapa kajian makmal memberi usul bahawa sebatian saffron mungkin miliki sifat anti-kanser. Menurut kajian juga, saffron miliki antioksidan yang tinggi. Dalam kajian makmal, saffron dan sebatiannya dilihat telah bunuh atau halang pertumbuhan sel kanser kolon secara selektif, sel sihat yang lain juga tidak berada dalam keadaan bahaya.
3. Meningkatkan Penglihatan
Safranal iaitu sebatian dalam saffron ini yang ada kaitan dengan penglihatan yang lebih baik contohnya katarak. Kesan ini dapat dilihat pada sel-sel kanser lain seperti sel kanser kulit, prostat, serviks, paru-paru dan payudara. Namun, masih banyak kajian lanjut diperlukan atas sebab kajian ini masih lagi kurang berlaku ke atas manusia.
4. Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular
Safron mungkin punyai potensi untuk bantu kawal kesihatan jantung dengan menjaga tekanan darah dan kawal risiko masalah kardiovaskular. Sebatian antioksidan dalam saffron adalah bahan penting yang boleh bantu kepada kesan ini.
5. Mengurangkan Kemurungan dan Depresi
Salah satu penemuan yang paling tepat mengenai kebaikkan saffron ialah aktiviti antidepresannya. Terdapat ujian makmal yang dijalankan, menilai kesan saffron dalam kemurungan. Kajian dapati bahawa saffron adalah lebih memberi kesan selain dari ubat makmal. Kemurungan boleh menjejaskan kualiti hidup kerana fakta bahawa ia boleh menbawa kepada sakit kepala, sukar fokus dan hilang minat. Safranal, sebatian dalam saffron, telah dikaji untuk sifat antidepresan yang punyai potensi untuk halang depresi dari terjadi.
6. Mengurangkan PMS (Sindrom Prahaid)
Beberapa kajian menunjukkan manfaat saffron dalam mengurangkan gejala PMS. Kajian ini telah membuktikan bahawa saffron miliki potensi untuk kurangkan gejala sindrom pramenstruasi (PMS), yang juga dikenal sebagai sindrom prahaid. Saffron telah diguna pakai untuk menghalang gejala sindrom prahaid dari berlaku, seperti sakit perut dan mood tidak teratur, susah hati, dan gejala lainnya
7. Turunkan berat badan
Berdasarkan kajian, antara manfaat saffron ialah ia boleh bantu kawal pengambilan snek dengan cara turun selera makan. Saffron telah dikaitkan dengan pengurangan selera makan dalam sedikit kajian, lebih-lebih lagi dalam kaedah tradisional. Dipercayai bahawa saffron dapat kawal selera makan dan bantu stabilkan berat badan.
Namun, penting untuk ketahui bahawa konsum saffron untuk kurangkan selera makan atau salah satu dari proses penurunan berat badan harus dibuat dengan bantuan dan nasihat pakar.
Sumber: Nutrition Today