13 Tempat Makan Malam Best di Bandar Baharu, Kedah | Bandar Baharu merupakan daerah terletak di Kedah, Malaysia yang berhampiran dengan sempadan negeri Penang dan Perak. Disini, terdapat pelbagai kawasan inap desa yang diusahakan supaya ia menjadi kawasan tarikan pelancongan.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Bandar Baharu, Kedah yang anda boleh cuba.
1. HAHA STATION – MAKAN MALAM
Inginkan tempat makan yang boleh korang bersantai dan melepak dengan tenang? Korang boleh cuba singgah di HaHa Station ini. Disini terdapat pelbagai hidangan Western yang korang boleh cuba. Kalau korang datang kesini, korang kena cuba Chicken Buttermilk yang menjadi pilihan utama para pelanggan. Serious sedap…
Kedai ini terletak di Lot 5586 Kedai Makan Jalan Serdang Batu 30, 34950 Bandar Baharu, Kedah dan beroperasi pada setiap hari, Isnin pada 2 petang hingga 12 pagi, Selasa pada 3:30 petang hingga 10 malam, Rabu pada 2 petang sehingga 10 malam dan Khamis hingga Ahad pada 3:30 petang hingga 12 pago. Kalau ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 016-540 0920
2. SANTAI D’BANDAR BAHARU – MAKAN MALAM
Restoran ini merupakan salah satu destinasi tempat makan disini. Dekat sini terdapat pelbagai makanan yang lazat, servis yang mantap dan juga view sungai yang cantik. Kalau korang nak bersantai-santai sambil menjamu selera, bolehlah datang ke Santai D’Bandar Baharu.
Restoran ini terletak di 34950 Bandar Baharu, Kedah dan dibuka pada setiap hari pada 5 petang hingga 11 malam. Kalau ada sebarang pertanyaan atay ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-3667 5645
3. AZLEE MEE UDANG – MAKAN MALAM
Kalau korang sukakan mee udang, korang wajib datang ke sini. Azlee Mee Udang merupakan salah satu destinasi yang terkenal dengan mee udangnya. Rasa mee disini lain daripada yang lain. Saiz udang agak besar dan juga segar. Bukan setakat mee udang sahaja ada dekat sini, nasi goreng juga ada disini tau.
Restoran ini terletak di Medan Selera, 11, Jalan Sungai, 34950 Bandar Baharu, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Sabtu pada 12 petang hingga 9:30 malam.
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Bandar Baharu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Bandar Baharu, Kedah. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!