13 Tempat Makan Malam Best di Kangar, Perlis | Kangar, ibu negeri bagi Indera Kayangan. Bandar ini adalah bandar terbesar di Perlis dan dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Walaupun Kangar ini tidak begitu terkenal seperti bandar-bandar Malaysia yang lain tetapi siapa sangka, disini terdapat banyak tempat makan yang lazat dan unik.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Kangar, Perlis yang anda boleh kunjungi.
1. CAPATI LABU SAYONG & NASI GULAI PANAS -MAKAN MALAM
Korang craving Capati pada waktu malam? Capati Labu Sayong & Nasi Gulau Panas adalah tempatnya. Kedai ini merupakan salah satu tempat yang terkenal dengan hidangannya, Capati. Dikatakan capati disini sungguh lembut dan gravy. Capati Ayam, Daging dan Sardin adalah antara menu yang korang boleh cuba makan. Pasti korang akan repeat lagi.
Restoran ini terletak di 26, Jalan Raja Syed Saffi, Kampung Bintong, 01000 Kangar, Perlis dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 7 pagi hingga 12 petang dan dibuka semula pada 5 petang hingga 12:30 pagi. Kalau ada pertanyaan, boleh hubungi di no tel: 014-613 3341
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/capatilabusayung/
2. HAMEED NASI KANDAR BERATUR – MAKAN MALAM
Sebut sahaja Nasi Kandar, pasti restoran ini akan menjadi sebutan dahulu. Hameed Nasi Kandar Beratur merupakan restoran yang sangat popular dalam kalangan penduduk disini. Terdapat pelbagai pilihan lauk yang pastinya membuatkan anda terliur. Kalau korang singgah, korang kena cuba Nasi Kandar bersama Ayam Goreng mereka. Rasa ranggup dan kuah banjir yang sungguh memukau.
Restoran ini terletak di Jalan Kampung Bakau – Padang Behor, Kampung Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis dan dibuka pada 6 petang hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-1142 6002
3. CHORTIEZ & CO – MAKAN MALAM
Ingin menikmati makanan Western sambil ditemani suasana yang cantik dan nyaman? Korang bolehlah datang ke sini. Chortiez & Co, restoran yang popular di sekitar Kangar ini. Disini terdapat pelbagai makanan Western yang sedap seperti Aglio Olio, Chicken Chop, Chicken Grill dan banyak lagi. Harganya cukup berpatutan, portion yang banyak dimana ia sesuai untuk anda seisi keluarga atau rakan anda. Korang pasti akan puas hati punya.
Restoran ini terletak di 5, Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah, 01000 Kangar, Perlis dan dibuka pada setiap hari 6 petang hingga 12 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 019-613 3592
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Chortiez-Co-100063543014749/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/chortiez/
4. MAULANA CAFE – MAKAN MALAM
Restoran ini merupakan salah satu destinasi yang popular dengan suasana yang unik dimana membuatkan anda terasa seperti rumah pokok kerana restoran ini dibina menggunakan kayu. Maulana Cafe ini menghidangkan pelbagai makanan Western yang boleh anda nikmati. Antara hidangan yang menjadi pilihan ialah Burger, Lamb Chop, Spaghetti Bolognese dan Chicken Chop. Pasti korang akan gembira.
Restoran ini terletak di 460, KG. SRI MEDAN, 01000 Kangar, Perlis dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 4 petang sehingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 017-320 5874
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/maulanacafe/
5. SPEEDLINE BISTRO – MAKAN MALAM
Bagi korang yang suka lobster dan king crab, korang wajib cuba singgah di Speedline Bistro. Cafe ini merupakan lubuk makanan Lobster dan King Crab yang paling padu di Perlis. Dikatakan hidangan ini adalah salah satu hidangan yang wajib cuba. Saiznya cukup besar pasti buatkan anda makan dalam kepuasan.
Cafe ini terletak di B-10B, Lorong Bentara 4, Jalan Sekolah Derma, Taman Kechor Indah, 01000 Kangar, Perlis dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 12:30 petang hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 019-773 3446
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/speedline_bistro/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Kangar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kangar, Perlis. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!