13 Tempat Makan Best Sarapan Di Ayer Keroh, Melaka | Ayer Keroh ada beberapa kawasan pelancongan yang menarik dan adalah antara destinasi utama selain bandar Melaka yang selalu pelancong-pelancong kunjungi tidak kira sama ada dari dalam dan luar negara. Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang terletak di Ayer Keroh adalah tempat untuk adakan aktiviti sama ada di peringkat negeri mahupun negara.

Mereka yang suka food hunting tu boleh datang ke sini dan cuba pelbagai hidangan yang ditawarkan. Teringin nak mencuba sarapan best dan menarik dekat Ayer Keroh tapi tak tahu kat mana? Berikut adalah senarai tempat makan best untuk anda sarapan dekat Ayer Keroh, Melaka.

 

1. AWANG ROTI CANAI – SARAPAN

Warung Awang roti canai adalah warung sarapan yang famous dekat Ayer Keroh ni. Banyak pengunjung dari luar singgah dekat sini kalau datang Melaka. Warung ni famous dengan menu sarapan seperti roti canai, roti telur, roti canai cheese, roti arab, roti titab yang digandingkan dengan kari ikan yang tiptop dan pekat. Selain kari ikan, mereka juga ada sediakan sambal sotong, kari daging, gulai ikan dan kari ayam.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 75450, 620, Jalan Delima 10, Taman Bukit Melaka, 75450 Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 11 pagi.

 

2. WARONG ONIE CORNER – SARAPAN

Restoran sarapan yang berkonsep tradisional, Warong Onie Corner yang terletak di Ayer Keroh, Melaka ini mampu beri kelainan kepada pengunjung berbanding restoran yang ada di sekitar daerah ini. Terdapat juadah istimewa, menarik dan unik seperti roti canai dengan pelbagai menu seperti Roti Gearbox, Roti Tsunami, Roti Sarang Burung, Roti Ayam dan banyak lagi jenis roti yang lain.

Terdapat juga makanan istimewa yang lain seperti Nasi Lemak Ayam, Paru, Sambal Sotong, Ayam Berempah. Tidak dilupakan juga Mi Kari dan Lontong yang enak dan berlemak. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati pengalaman sarapan di Warong Onie Corner. Konsep kedai mereka yang tradisional pasti dapat menggamit kenangan.

Berminat nak datang ke sini tapi tak tahu kat mana? Lokasi kedai ini terletak di755, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Height, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 3.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-638 5724.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warongoniecorner/

 

3. DESA BATU – SARAPAN

Desa Batu ni adalah restoran sarapan pagi konsep layan diri. Terdapat banyak menu sarapan pagi yang ada dekat restoran ini. Antara yang bestseller kat sini ialah nasi lemak, roti canai, lontong, bakso, soto, bihun sup, aneka kuih-muih dan banyak lagi. Kalau korang nak cuba breakfast kat tempat yang besar dan selesa korang boleh datang ke restoran ni. Sesuai untuk family yang besar dan gathering dengan kawan-kawan.

Merancang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di 6, Lingkaran Mitc, Melaka International Trade Centre, 75350 Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang.

 

4. ROTI SELIMUT PAK ALI – SARAPAN

Roti selimut? Korang tahu tak apa yang pak ali selimutkan kat roti dia… Its a cheese gaiss!!! Haaa… Kalau korang nak rasa roti canai dengan cheese korang wajib singgah kat sini. Rata-rata pengunjung yang datang semua bagi review dan komen yang best dan mereka kata sedap. Ajaklah kawan  dan keluarga korang datang breakfast kat sini.

Berminat nak datang ke sini tapi tak tahu kat mana? Lokasi kedai ini terletak di Gerbang Ayer Keroh, Lebuh Ayer Kerob, Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  013-608 5962.

 

Buat masa ini kami hanya jumpa 4 tempat makan best sarapan di kawasan Ayer Keroh ini. Jika anda ada maklumat terkini atau nak premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsi ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply