13 Tempat Makan Malam Best di Arau, Perlis | Arau adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Indera Kayangan. Bandar ini adalah salah satu daripada dua bandar utama yang terdapat di Perlis dan dikenali sebagai ibu negeri diraja. Walaupun Arau ini ibu kota diraja tetapi siapa sangka disini terdapat pelbagai tempat makan yang menarik yang anda boleh cuba rasai.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang boleh dikunjungi di Arau, Perlis.
1. RESTORAN CAPATI ARAU – MAKAN MALAM
Kalau korang penggemar capati, korang wajib singgah makan disini. Restoran Capati Arau merupakan destinasi yang terkenal bagi hidangan capati. Dikatakan capati disini lembut dan juga sedap. Antara menu yang menjadi pilihan para pelanggan adalah Capati Kuah Sardin, Capati Kuah Kari Daging dan Capati Kuah Kari Ayam. Korang pasti akan puas hati punya.
Restoran ini terletak di 26 & 28, Jalan 4 Kompleks Tok Arau, Jalan Arau-Kodiang, 02600 Arau, Perlis dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 9 pagi hingga 12 petang dan dibuka semula pada 3 petang hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-3565 6023
2. B’CIK CORNER – OVERLOAD – MAKAN MALAM
Restoran ini adalah salah satu restoran yang menyediakan makan malam yang sedap. Dekat sini terdapat pelbagai menu yang dihidangkan iaitu Nasi Goreng, Koew Tiew, Mee, Nasi Bujang, Kebab, Satay, Chicken Chop dan banyak lagi. Kalau korang datang kesini, bolehlah cuba Nasi Ayam Goreng Kunyit Overload. Serious sedap…
Restoran ini terletak di 141, R137, Arau, 02600 Arau, Perlis dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 3 petang hingga 12 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 019-5410796.
3. NASIR NASI KANDAR & TOMYAM SEAFOOD – MAKAN MALAM
Kedai ini adalah salah satu hidden gem yang menjadi pilihan dalam kalangan penduduk disini. Nasi Kandar disini bukan sahaja sedap malah portion besar dan harga pun cukup berpatutan. Kalau korang datang kesini, bolehlah cuba Nasi Kandar Ayam dan Daging, Nasi Kandar Ayam Goreng. Rugi kalau korang tak singgah.
Kedai ini terletak di sebelah Balai Bomba Arau,Jalan, Pauh, 02600 Arau, Perlis dan dibuka pada setiap hari pada 9 pagi hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 014-942 8578
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/NasirNasiKandar/
4. RESTORAN SRI PAUH – MAKAN MALAM
Restoran ini adalah restoran yang menghidangkan masakan Local. Dekat sini terdapat banyak hidangan masakan panas yang korang boleh pilih dan pastinya akan membuatkan korang gembira. Kalau korang craving nak makan makanan Local, korang bolehlah cuba singgah disini.
Restoran ini terletak di 211, Jln Pauh Tmn Muda Asas, Pauh, 02600 Arau, Perlis dan dibuka pada setiap hari kecuali Sabtu pada 7 pagi hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 012-5763001.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoransripauh/
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Arau ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Arau, Perlis. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!