Himpunan Di Mahkamah. Ini Luahan Ketua Pengarah Kesihatan. | ‘Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri’
Itu luahan kecewa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya pada Selasa.
Beliau menzahirkan rasa terkilan kerana hampir setiap hari Kementeri Kesihatan mengingatkan rakyat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.
“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.
Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan. Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 28, 2020
Sumber : Astro Awani