Housewife Burnout | Hai assalamualaikum, thanks admin sudi share luahan perasaan seorang housewife yang serabut. Hai korang. Nama aku Ayla. Bulan Julai ni genap 4 bulan aku bertugas sebagai surirumah sepenuh masa. Aku kena terminate dengan notis sehari awal April haritu jadi semua benda aku tak ready. Tapi alhamdulillah hikmah PKP husband full time WFH jadi dia membantu aku uruskan rumahtangga dan anak kitorang yang baru setahun tu.
Cakap pasal tak ready ni maksud aku kena terminate adalah perbuatan yang
pekerja tak rela, betul-betul menganggu emosi dan tindakan selepas tu
tapi nak buat macam mana.
Aku pon dah bawak kes aku ni ke Industrial Court jadi korang doakanlah
kejayaan berpihak kepada pekerja yang teraniaya.
So, rutin aku 4 bulan ni berubah 360, masa awal-awal haritu aku enjoy
jadi housewife time tu husband WFH adelah teman nak berborak or
gilir-gilir jaga anak. Bila dia dah start kerja, konflik dalaman aku ni
pon berperang.
Husband aku now tengah siapkan gov project yang lokasi dia quite jauh
dari rumah kitorang, balik pun around 10pm camtu, kadang-kadang selang
sehari baru dia balik.
Untuk menjadikan routine baru aku ni productive aku siap buat schedule
aktiviti hari-hari untuk aku dan baby. Everything was smooth at first
tapi lama-lama, normally bila petang aku jadi fedap dan letih.
Everytime aku terasa penat mulalah nak marah baby padahal dia baby je
kan? Tapi yang aku perasan bila routine ada jadual memang teratur hidup
cuma entahlah aku je kot yang tak betah duduk rumah?
Aku share sikit jadual harian aku hari-hari 6am aku dah bangun untuk
buat susu anak/ solat/ mandi lepastu anak aku pon sejenis bangun awal
6.30-7am camtu.
7.30am husband dah pergi kerja, anak dah siap mandi. 8am aku dah siap
kemas rumah and start cuci baju, buat breakfast baby, kemas dapur.
Memandangkan anak aku tak pandai makan sendiri lagi jadi aku la kena
suapkan and tunggu dia habis makan dalam 30-45 min camtu. Usually by
9.30am dah siap pasal anak, aku pun baru nak breakfast and prepare bahan
masak untuk lunch.
Habis breakfast dalam 10am aku akan teman baby main and ajar apa2 yang
patut. Ikut hati boleh je pasangkan dia youtube all the time then aku
buat la kerja rumah tapi tak sampai hati pulak kesian dia.
So sambil teman aku akan lipat kain sampailah baby tidur which is around
11am tu dah masa nap dia.
Bila dia dah tidur aku pon start masak utk dia dan lauk kitorang. Aku
kena buat laju-laju sebab kalau baby bangun jadi satu hal pulak dia
teman aku sambil mengemas kat dapur ni.
So tung tang tung tang siap masak dalam 1pm, baby aku kadang-kadang nap
2-3 jam. Kalau dia belum bangun lagi bolehlah aku tengok fon sekejap or
update bisnes kecil-kecilan aku sebagai dropshipper dan agen penapis air.
Schedule tengahari baby akan lunch before 3pm sebab 3pm sampai asar tu
aku akan solat dan mengaji tunggu asar, sambil tu teman baby main dan
sambung lipat kain.
Siap solat asar, arrange baju yang dalam dryer tu pulak untuk nak lipat
nanti dan baru nak lunch, yang ni ikut tahap kelaparan. Kalau blm lapar
malam baru makan.
Tengok jam dah 5pm camtu aku siapkan baby sebab nak bawak dia turun
playground kesian pulak dia haritu masa aku keje dia masuk taska jumpa
rakan-rakan.
Ni dah tak pi taska aku bawaklah dia petang-petang main dengan anak
jiran. Yang ni biasa sejam je pastu kitorang naik before 7pm.
Dah naik cam biasalah busy nak mandikan dia, suapkan makan dengan nak
maghrib lagi. Pulak tu anak aku jenis tidur nak bertepuk jadi paling
kurang amik masa sejam untuk dia lena. Dah lena tu baru aku boleh lurus
kaki dan baring macam starfish.
Bila anak dah tidur time ni la baru rasa penat sangat, nak layan drama
pun takde mood. Kadang-kadang termenung je. I need someone to talk.
Husband pun sampai dah lewat, dia pun busy nak makan nak rehat.
Sometimes aku boleh overcome stress aku ni tapi ada hari ia berlarutan
sampai 2 3 hari which is bila aku burnout aku just baring taknak buat
apa-apa.
Rumah macam kapal karam. Just masak untuk baby. And of course, aku tend
to sedih berpanjangan, idk nak apa, feeling unproductive, rasa useless
entahlah.
Ada jugak rasa nak cubit or pukul baby bila dia merengek tapi aku
istighfar cepat-cepat. Aku sayang anak aku. Maybe i just need kawan
berborak kot?
Sometimes aku tertanya-tanya how surirumah lain rasa eh? Korang penat
gila tak macam aku? Ni tak termasuk nak maintain diri look presentable
dekat rumah taw.
Ingat senang ke nak maintain nampak kemas, rambut wangi, badan wangi dan
kurus, muka nampak fresh. Huh, it takes a lot of effort tawww isteri ni
nak nampak cantik.
Doakanlah aku dapat berkerja semula, kalau tak berkerja pun semoga aku
lebih positive menghadapi hari yang bakal mendatang sebagai surirumah.
Thank you korang yang sudi baca luahan housewife yang burnout ni.
Mungkin akan ada yang cakap aku ni kecoh lebih anak baru sorang. Mak-mak
zaman dulu rileks je handle semua.
Takpe, mak kita memang hebat. Yang tak hebat tu aku lah tu. Hehe.
Salam sayang dari,
– Ayla (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions