Wanita, Dirimu Sangat Berharga

| July 27, 2020 | 0 Comments

Wanita, Dirimu Sangat Berharga | Assalamualaikum. Sedikit info perkenalan diri. Nama aku Akim. Umur aku nak masuk 30-an dan aku bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat SME di Malaysia. Dan aku juga lelaki.

Baru-baru ini aku ada terbaca tentang beberapa luahan muslimah, yang
sudah terlanjur dan ada juga yang belum sampai ke tahap itu, tapi sudah
biasa ‘ringan2’.

Aku jadi sangat sedih, walau aku tahu ia bukan mewakili muslimah
majoriti. Kerana maruah kalian sangat tinggi wahai muslimah. Tapi
mengapa kalian perlu murahkannya kepada insan bernama lelaki yang tidak
berhak ke atas dirimu.

Tiada istilah ringan-ringan pada aku, kerana harga diri kalian aku lihat
sangat-sangat berharga.

Aku memang pencinta wanita. Eh jangan salah anggap, bukan buaya daratan
tu. Tapi aku memang secara genuine attracted kepada wanita (ofkos sebab
aku lelaki).

Kalau tidak kerana aku lihat Islam melarang perhubungan special antara
lelaki dan wanita sebelum pernikahan, dah lama aku couple. Jujur.

Cerita pasal couple, Allah pernah selamatkan aku darinya ketika aku di
bangku sekolah Form 5. Perempuan itu merupakan perempuan baik dan
masing-masing menunjukkan interest.

Jadi waktu tu, aku dah beranikan diri set nak ajak dia bercouple.

Tapi ada sesuatu yang buat aku rasa sedikit tidak selesa, jadi malam tu
aku solat istikarah di surau sekolah asrama kerana plan esoknya tu
bolehlah nak berterus terang dengan si dia. Mintak petunjuk Allah,
konfiden sikit.

Jadi aku pun bersolatlah istikarah pertama kalinya dalam hidupku.

Solat sunat 2 rakaat, do’a, dah. Siap. Simple. Tup tup selesai sahaja
aku solat, aku terus ke bilik study room, dan apa yang aku lihat
kemudiannya buat aku terkejut.

Kebetulan seorang kawan aku sedang memegang satu artikel tentang
‘haramnya couple’ dan kesedihan terpapar di wajahnya.

Dia memang dah bercouple dengan seorang perempuan satu batch di sekolah,
tapi malam tu dia kata dia nak move on sebab tak nak buat benda yang
Allah larang lagi.

Aku pun cubalah baca artikel tu, tak nak buat kesimpulan terburu-buru.
Aku baca sepatah-sepatah. Hujahan dalam artikel itu sangat clear.

Kalau korang pernah baca ada satu artikel yang ditulis seperti soal
jawab, “bolehkah bercouple dalam islam… ada tak istilah couple
islamik..” dsb, memang jelas dalam artiket tu yang tiada hubungan khusus
sah antara lelaki dan wanita mahram melainkan pernikahan.

Jawapan-jawapan diberi bukan pendapat peribadi tapi semuanya dibalas
dengan dalil-dalil dari Quran dan hadis, satu-satu.

Waktu tu aku terpana. On the spot Allah menasihat aku. Kalau dengan
hujjah jelas depan mata macam tu pun aku menolak, aku takut Allah tak
sudi lagi beri aku hidayah lepas ini.

Jadi dengan berat hati, mahu atau tidak, aku kena stop niat aku nak
bercouple itu. Esoknya, aku fotostat artikel tersebut, sign atas kertas
dan masukkan di bawah meja wanita itu.

And the rest is history. Cuma sekarang apabila melihat kebelakang, aku
rasa sangat bersyukur sebab Allah telah memelihara aku dari bercouple
waktu tu.

Dia jualah yang telah melindungi kami berdua yang masih muda dari
perhubungan yang tak tahu hendak di bawa ke mana itu. Semenjak kejadian
itu sampai ke hari ini aku tak pernah bercouple.

Fast forward, di universiti, keinginan aku untuk bercouple terus ada,
selain dari tarikan yang ada pada wanita, ia juga kerana aku seorang
yang suka persahabatan yang eksklusif. Cam bff atau kawan rapat
one-to-one. Biasanya lelaki, kawan jenis beramai-ramai.

Huha huha dengan satu geng. Kawan heart-to-heart tu kurang. Sebab itu
kadang muncul rasa ingin berteman.

Aku pernah terfikir, kalau ada satu sahaja perkara yang Islam larang,
tapi Allah nak benarkan pada aku, aku akan mintak untuk bercouple. Dan
kalau memang dibenarkan, akulah orang pertama akan melakukannya.

Heh. Kerana aku tak couple bukan sebab apa-apa social benefits dsb, tapi
hanya sebab aku percaya Islam tak ajar aku untuk fokus perkara tu
sekarang. Belum masanya lagi.

Dan aku juga tak nak jadi perosak kepada wanita yang bakal jadi isteri
orang. Sepertimana aku juga mengharapkan dapat isteri yang masih
terpelihara dari nodaan sang lelaki.

Apa yang aku nak cuba sampaikan di sini, wanita kalian sebenarnya sangat
special. Wanita selalu memandang rendah terhadap kemampuan yang ada pada
mereka. Wanita ini ada persona. Tak kiralah yang cantik atau kurang
cantik, pada wanita ada tarikan.

Kerana itu apabila wanita melintas, autom4tic sebahagian lelaki akan
menoleh, sebab persona yang ada pada seorang wanita. Dan wanita yang
paling dihorm4ti adalah wanita yang terpelihara dirinya.

Wanita yang terjaga ni, ramai tak tahu, tapi dia akan menimbulkan satu
respek yang tinggi pada orang-orang di sekelilingnya, terutamanya
lelaki. Siryes.

Bila kalian memilih untuk menjaga diri, memakai pakaian-pakaian yang
sopan, menjaga batasan pergaulan, berprinsip, autom4tik nilai kalian
akan terangkat tinggi.

Lelaki tidak lagi hanya melihat kalian sebagai objek kecantikan tapi
satu susuk yang dihorm4ti atas dasar intellectual. Bukan sekadar tarikan
rupa, tapi pada prinsip diri dan maruah yang kalian pelihara.

Sebab itu Nabi s.a.w. kata, seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita
solehah.

Wanita ini dah memang hebat. Kadang wanita nak rasa hebat, dia rasa dia
perlu compete atau bersaing dengan lelaki. Lelaki nak bekerjaya besar,
mereka nak bekerjaya. Lelaki hebat bersukan, mereka pun nak bersukan.
Tak, tak salah nak bekerjaya apa semua tu.

Tapi salahnya apabila wanita meletakkan tanda aras kemuliaan itu pada
apa yang ada di sisi lelaki, maka sampai bila-bila wanita akan rasa diri
mereka kurang kerana mereka tidak menghargai apa yang ada pada sisi
mereka sendiri.

Ini aku ambil dari kata-kata Ustadha Yasmin Mogahed. Para lelaki tak
sibuk pula nak menyusu, mengandung dsb, tapi wanita ramai yang sibuk nak
kejar apa yang lelaki ada dan mengabaikan kelebihan yang ada pada diri
sendiri.

Ustadha Yasmin kata, selagi wanita meletakkan target standard pada apa
yang lelaki ada, bukan pada standard yang Allah beri, maka selagi itu
wanita akan selalu ‘tewas’ pada lelaki.

Islam telah memuliakanmu wanita. Syurga di telapak kaki ibu. Nabi s.a.w.
menyebut, siapakah yang lebih utama di sisi anak, jawapannya, ibu, ibu,
ibu… dan kemudiannya baru ayah.

Tidak kurang juga kisah ulamak-ulamak besar seperti Imam As-Syafie yang
disebaliknya adalah berkat seorang ibu yang banyak berkorban dan bijak
mendidik anaknya dengan baik.

Wanita ada peranan mereka. Lelaki juga sama. Wanita yang memainkan
peranannya dengan sebaik-baiknya, mereka mampu menggoncangkan dunia.
Serius talk.

Jadi nasihat aku kepada wanita. Mahalkan dirimu. Sebab kalian memang
mahal. Harga diri kalian sangat tinggi di sisi Islam. Pelihara mahkota
‘malumu’, maka kau akan dapati lelaki-lelaki mainan tak akan mudah
mendekatimu dan kau akan lebih dihorm4ti mereka.

Yang lebih utama, lakukannya ikhlas kerana Allah. Pasti, Allah akan
memberikan balasan yang terbaik buatmu. Ingat, jagalah (hak) Allah dan
Allah pasti akan menjagamu… hadis..

Kepada semua adik-adik pula, tak kiralah lelaki atau perempuan, mungkin
boleh follow pesan Kak Normaliza Mahadi.

Hidup ini panjang lagi ceritanya. Nak habiskan belajar. Nak kerja. Nak
tolong mak ayah. Nak buat simpanan. Nak pergi haji. Nak tambah ilmu
agama. Nak belajar hidup berdikari.

Tak perlu nak terburu-buru hal cinta dan jodoh. Persiapkan diri dengan
ilmu dan mandiri, nanti dah sampai masanya, barulah fikir soal kahwin
semua tu. Banyak lagi benda penting dalam dunia ini dik selain cinta dan
lelaki/ perempuan.

Ok, tu saja kut yang nak aku luahkan. Tolong doakan untuk aku juga agar
bertemu dengan wanita sebaik-baik perhiasan dunia untuk dijadikan
sebagai isteri dan peneman bersama untuk melalui ujian hidup di dunia
ini.. Thanks.

– Akim (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , , ,

Category: AGAMA, DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *