Upin & Ipin Bakal Ditayangkan Di Netflix UK dan Australia | Apabila kita bercakap mengenai animasi Malaysia tidak sempurna rasanya tanpa kita menyebut Upin & Ipin yang merupakan satu fanomena bukan sahaja di negara kita malah di Indonesia. Kartun yang mengisahkan kehidupan pasangan kembar dan kawan-kawannya  ini banyak dipenuhi dengan nilai murni dan bukannya hiburan semata-mata. Kali ini Upin&Ipin sekali lagi akan membanggakan negara apabila ia bakal ditayangkan di Netflix UK dan Australia.

Upin & Ipin Bakal Ditayangkan Di Netflix UK dan Australia

Program animasi popular Upin&Ipin sekali lagi berjaya melangkah ke hadapan apabila perkhidmatan penstriman Netflix  di United KIngdom (UK) dan Australia mula menayangkan animasi karya Les Copaque Production Sdn Bhd  ini kepada pelanggan sejak 7 April lalu.

Pengurus Pemasaran Antarabangsa, Karya Budi Mohd Aris,39, berkata, tawaran Netfilx UK dan Australia membuktikan bahawa animasi itu merupakan satu karya yang berkualiti dan bermutu serta diterima ramai.

“Kami berbesar hati apabila Netflix UK dan Australia mahu menyangkan karya kami di platform mereka. Penayangan Upin & Ipin membuktikan kandungan yang kami keluarkan sekali gus memberi petunjuk bahawa kami mencapai standard antarabangsa.

“Kami juga bangga apabila kisah Upin & Ipin diterima baik mana-mana negara. Ini bererti  kandungan kami bermutu untuk dibawa ke luar negara. Upin & Ipin adalah buatan malaysia, ia masih mendapat perhatian di seluruh dunia,” katanya.

Menurut Budi, pihaknya belum dapat memastikan sama ada Upin & Ipin adalah karya animasi tempatan pertama yang dipilih dalam platform penstriman itu.

“Apa yang lebih penting sekarang ini adalah pihak sana menerima kandungan ini, ia sudah cukup membuatkan kami bangga. Saya tidak boleh mengatakan Upin & Ipin adalah animasi pertama yang ditayangkan di platform dua negara terbabit.

“Ini membuktikan hasil kerja kami bukan sahaja diterima di Malaysia malah di luar negara,” katanya.

Siri Upin & Ipin yang ditayangkan di Netflix UK dan Australia itu adalah musim kelima sehingga musim kelapan selain musim 11 dan 12.

Dalam perkembangan lain, Upin & Ipin yang mendapatkan sambutan luar biasa dari Indonesia kini dalam proses menghasilkan musim ke 15.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply